Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota GR Yaris Lancar di Malaysia, Dijual 200 Unit Sahaja, Harga RM299k!
Roda4

Toyota GR Yaris Lancar di Malaysia, Dijual 200 Unit Sahaja, Harga RM299k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/12/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA sebelum ini Thailand memperkenalkan GR Yaris, kini giliran wakil pengedar rasmi kenderaan Toyota di Malaysia, UMW Toyota Motor pula melancarkan hatchback prestasi tinggi itu ke pasaran tempatan.

Pasaran Malaysia menerima 200 unit GR Yaris dengan pakej Performance Pack Edition pada harga RM299,000 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans) yang didatangkan dengan nombor plat eksklusif.

GR Yaris ditawarkan dalam tiga warna istimewa:

  • Platinum White Pearl (putih)
  • Emotional Red 2 (merah)
  • Precious Black (hitam)

Sempena memperingati model khas lumba, UMW Toyota Motor menawarkan Pakej Pembeli Terawal bernilai RM5,000 yang mana pembeli akan menerima beg helmet eksklusif, model skala GR Yaris dan menyertai aktiviti Pengalaman Memandu GR.

BACA >>> Toyota Australia Bangunkan GR Yaris AP4, Khas untuk Rali Sahaja!

MEKANIKAL BERKUASA TINGGI

Apa yang menarik mengenai aspek mekanikal GR Yaris ini?

  • Dikuasakan enjin 3-silinder sebaris 1,618cc DOHC pengecas turbo berkuasa 259hp @ 6,500rpm dan tork 360Nm @ 3,000-4,600rpm.
  • Enjin patuh regulasi WRC2 ini dikatakan enjin 3-silinder paling berkuasa di dunia, dan juga unit turbo 1.6L paling ringan dan unit pengeluaran paling kecil.
  • Dipadankan transmisi manual pintar (i-MT) 6-kelajuan yang menawarkan tukaran gear mengikut kelajuan enjin untuk fiil lancar dan selesa. Tombol gear diletakkan tinggi di konsol tengah dan lebih dekat dengan stereng untuk tukaran gear pantas. Anjakan gear pendek dan ringan untuk fiil kawalan lebih tinggi.
  • Menggunakan sistem pacuan empat roda (AWD) sepenuh masa, GR-Four.
  • Ada tiga mod pemanduan: Normal, Sport dan Track. Ini pertama dibangunkan Toyota sejak sistem pacuan empat roda (4WD) untuk GT-4 kira-kira 20 tahun lalu.
  • Sistem GR-Four mengagihkan kuasa antara gandar depan dan belakang melalui kombinasi respon tinggi dan klac multiplat yang dikawal secara elektronik.
  • Dalam mod Normal, agihan tork depan dan belakang dalam nisbah 60:40, mod Sport (30:70) dan mod Track (50:50). Performance Pack Edition juga dilengkapi diferensial gelincir terhad (LSD) Torsen.
  • Suspensi rali ditala pasukan Toyota GAZOO Racing (TGR) World Rally dengan geometri dan tetapan untuk memaksimumkan cengkaman tayar. Bar anti-oleng depan Performance Edition Pack adalah lebih tebal dan manakala spring suspensi depan ditambah untuk meningkatkan kestabilan dan kelincahan.
  • Menggunakan brek cakera liang saiz 356mm dengan kaliper GR aluminium merah 4-piston (depan) dan cakera liang 297mm dengan kaliper GR merah aluminium 2-piston (belakang).

GAYA AGRESIF MENYERLAH

  • Rekabentuk depan GR Yaris menampilkan rupa garang dan mengancam yang menyerlahkan identiti kompetitif.
  • Bukaan besar depan mengikut bentuk radiator, direka untuk prestasi penyejukan maksimum.
  • Bukaan udara menegak pada dua sisi bampar depan bertujuan menyejukkan brek.
  • Permukaan tekstur pada bampar depan berfungsi menyerlahkan profil supaya tampil lebih lebar dan rendah.
  • Bahagian belakang GR Yaris mendapat sentuhan bumbung tiru dengan pilar belakang disempurnakan spoiler GR tinggi untuk meningkatkan daya mendap (downforce) keseluruhan.
  • GR Yaris dipasangkan rim aloi 18 inci dengan tayar Michelin Pilot 4S saiz 225/40R18- eksklusif untuk Performance Pack Edition.
  • Lencana khas GR turut menghiasi bampar depan, fender depan dan pintu belakang.

GAYA BADAN DAN KABIN

GR Yaris dibekalkan ciri kabin premium seperti berikut:

  • Bahagian bumbung dengan material karbon tempa baharu (dan bukan dijalin) dan C-SMC, manakala material aluminium digunakan pada bonet, pintu depan dan but belakang. Bentuk badan tiga pintu menawarkan pengurangan berat badan 24kg selain kepingan keluli nipis pada sayap dan sisi.
  • Ruang kabinm menampilkan set kerusi ringan yang dibalut kulit hitam dan sulaman benang merah, termasuk kemasan stereng tiga jejari.
  • Ruang kabin mengetengahkan kemasan tona hitam dengan perincian aksen perak pada hendal pintu dalam, lubang udara sisi dan konsol tengah.
  • Pedal sport aluminium mempunyai permukaan jejak lebih luas yang memudahkan anjakan kaki pada pedal. Paparan maklumat terdiri daripada meter analog yang menampilkan angka putih dengan penunjuk merah untuk pemanduan sport dengan jarak pandang tinggi.
  • Paparan multiinfo berwarna TFT 4.2-inci (MID) dengan penunjuk pacuan semua roda (AWD) yang memaparkan taburan tork dan mod pemanduan yang dipilih untuk sistem GR-Four, penunjuk posisi gear, dan monitor tekanan turbo.
  • GR Yaris juga didatangkan dengan paparan dongak (HUD).
  • Aspek hiburan menggunakan unit infotainment skrin sentuh 7 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto, radio FM, USB, Bluetooth dan sistem audio enam pembesar suara.
  • Juga dibekalkan sistem penyaman udara dwi-zon, cermin pandang belakang electrokromik, stereng kuasa elektrik (EPS), sistem entri pintar, butang kuasa dengan lencana GR, dan tingkap kuasa dengan fungsi automatik buka-tutup dengan Jam Protection.

KESELAMATAN LEBIH CANGGIH

Berasaskan tahap keselamatan tinggi untuk sebuah jentera WRC, GR Yaris dilengkapi sistem keselamatan seperti berikut:

    • 6 beg udara SRS
    • Kawalan Daki Bukit (HAC)
    • Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC)
    • Kawalan Traksi  (TRC)
    • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
    • Bantuan Brek (BA)
    • Agihan Brek Eleltronik (EBD)

Ciri keselamatan dipertingkat dengan teknologi bantuan pemandu, Toyota Safety Sense (TSS), terdiri daripada:

      • Sistem Pra-Perlanggaran (PCS)
      • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC)
      • Amaran Tukar Lorong (LDA)
      • Bantuan Jejak Lorong (LTA)
      • Lampu Tinggi (AHB)

GR Yaris ditawarkan pakej waranti 5 tahun daripada tarikh pertama pendaftaran, tanpa had perbatuan (tertakluk terma dan syarat).

BACA >>> Toyota Yaris (2020) Serba Baharu Didedahkan, Kini dengan Rekabentuk Lebih Seksi
BACA >>> Honda N-One (2021) Kini dengan Kit Badan Mugen untuk Gaya Lebih Sporty

autoterkini Toyota Toyota GR Yaris UMW Toyota Motor
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026

    1 Comment

    1. Alson P on 19/12/2020 00:39

      360nm York… Jadi GR Yaris boleh digelar raja tork segment-B…!!
      Tapi tak boleh dikatakan sebagai enjin 3 silinder paling berkuasa didunia…
      Koenigsegg Gemera paling berkuasa
      three-cylinder with 2 turbochargers camless piston engine driving the front wheels, rated at 447 kW (600 hp; 608 PS)

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.