Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota GR Yaris, GR Corolla, dan Corolla GR Sport Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM149k
Roda4

Toyota GR Yaris, GR Corolla, dan Corolla GR Sport Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM149k

SyafieBy Syafie06/01/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


UMW Toyota Motor Sdn Bhd secara rasmi melancarkan tiga model paling dinanti-nantikan peminat automotif semalaysia, iaitu Toyota GR Yaris 2025,GR Corolla 2025, dan Corolla GR Sport 2025 pada harga bermula RM149,800.

Berpegang kepada legasi cemerlang Toyota GAZOO Racing (TGR) dalam sukan permotoran dan kejuruteraan termaju, pengenalan model tersebut menjadi pemangkin keterujaan dan inspirasi dalam kalangan peminat automotif tempatan sejak debut global pada 2007.

Berikut harga ditawarkan untuk tiga model Toyota tersebut:

  • GR Yaris 2025 – RM315,600
  • GR Corolla 2025 – RM367,000
  • Corolla GR Sport 2025 – RM149,800

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K berkata;

Toyota menjadi nadi kehidupan rakyat Malaysia selama hampir tujuh dekad, membawa inovasi, kebolehpercayaan, dan kegembiraan kepada setiap generasi pemandu.”

“Bagi Toyota, pemanduan bukan sekadar bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain, tetapi satu pengalaman penuh emosi yang menghubungkan jiwa dengan jalan raya dan menghidupkan rasa gembira dalam setiap perjalanan.”

“Dengan pelancaran model GR dan GR Sport, Toyota meneruskan legasinya, mengangkat pengalaman memandu ke tahap luar biasa.”

Perincian Ketiga-Tiga Model GR 2025

Toyota GR Yaris 2025
  • Dipacu enjin 3-silinder G16E-GTS 1.6L turbo dengan transmisi manual 6-kelajuan dalam pacuan semua roda (AWD) GR-Four
  • Menghasilkan output kuasa 300ps dan tork 400Nm
  • Menggunakan teknologi penyejukan subradiator dan sistem semburan intercooler.
  • Sistem suspensi dipertingkat
  • Bahagian depan dilengkapi Functional MATRIX Ver 2
  • Bahagian belakang dilengkapi sistem ekzos, difuser, dan pencahayaan baharu
  • Unit infotainment GR TFT penuh 12.3 inci
  • Tali keledar keselamatan merah
  • Konsol sisi penumpang dilengkapi port USB
  • Ada empat warna, termasuk warna baharu Precious Metal
Toyota GR Corolla 2025
  • Dikuasakan enjin 3-silinder G16E-GTS 1.6L turbo dengan transmisi manual 6-kelajuan dalam pacuan semua roda (AWD) GR-Four
  •  Output kuasa 300ps dan tork 400Nm yang meletakkan model ini sebagai hot-hatch prestasi tinggi
  • Sistem suspensi dipertingkat termasuk spring pemulihan dan optimum
  • Ventilator ambilan udara diperbesar
  • Bampar depan baharu
  • Ada empat warna pilihan seperti Platinum White Pearl Mica, Precious Black, Precious Metal, dan Emotional Red 2.
Toyota Corolla GR Sport 2025
  • Dilengkapi enjin 1.8L dengan transmisi automatik, CVT Sport Sequential Shiftmatic 10-kelajuan.
  • Menggunakan skema warna dwi-tona dengan bumbung hitam
  • Gril khas GR Sport dengan corak heksagon silang (mesh)
  • Mempunyai aksen aerodinamik pada bampar dan spoiler
  • Dipasangkan rim aloi 18 inci GR Sport dengan corak multi-spoke baharu
  • Kerusi balutan sued dan kulit premium dengan trim sulaman benang merah
  • Stereng GR dengan trim logam perak smoke
  • Sistem audio definisi tinggi (HD)
  • Unit infotainmen 10-inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto
  • Diberikan ciri tambahan seperti pengecasan wayarles, kawalan penyaman udara dwi-zon, dan corong penyaman udara untuk penumpang belakang
  • Ada empat warna dwi-tona seperti Platinum White Pearl Mica, Red Mica Metallic, dan Attitude Black Mica
Toyota GR Yaris 2025
Toyota GR Corolla 2025
Toyota Corolla GR Sport 2025
Corolla GR Sport 2025 GR Corolla 2025 GR Yaris 2025 Roda4 Toyota Gazoo Racing UMW Toyota Motor Sdn Bhd
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda ZR-V 2026 Jepun Tiada Turbo, Cross Touring Bawa Imej Off-Road

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Toyota Hilux Travo 2026 Debut Di Bangkok, Generasi Kesembilan Kini Dengan Versi EV

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Thailand Terima Toyota Land Cruiser FJ – SUV Kompak, 166 Horsepower, Dari RM152k

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Honda e:N2, EV Fastback Kini Di Bangkok, 204 Horsepower, Jarak 530 km

    30/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.