Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota GR Supra Sport Top – Model Konvertibel Tribut Supra 90-an!
Auto Terkini

Toyota GR Supra Sport Top – Model Konvertibel Tribut Supra 90-an!

Abang HirataBy Abang Hirata05/01/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


REKABENTUK Toyota Supra, terutama generasi keempat memiliki daya tarikan tersendiri. Lama tanpa pengganti, Supra generasi kelima (A90), juga paling terbaharu dilancarkan pada 2019 yang melonjakkan kembali nama Toyota sebagai pengeluar model sport terkemuka.

Model prestasi seperti Supra memang tidak dapat dipisahkan dengan dunia modifikasi. Buktinya, Toyota tampil memperkenalkan GR Supra Sport Top (2021) sempena Pameran Persatuan Barangan Khas (SEMA) yang berlangsung secara maya.

Apa menarik tentang GR Supra Sport Top ialah model modifikasi tersebut mengingatkan kita kepada Supra A80 era 90-an jenis konvertibel, atau bumbung boleh buka. Walaupun hanya projek one-off untuk acara tertentu, idea gaya konvertibel untuk Supra A90 memang menarik untuk ditawarkan secara rasmi.

Projek modifkasi itu diterajui pasukan khas diketuai Pengarah Operasi Pusat Teknikal Permotoran Toyota (TMTC), Marty Schwerter. Ia bukan sekadar modifikasi menukar rim baharu dan memasang kit badan sporty, tetapi melibatkan ubah suai bumbung Supra yang perlu dipotong.

Asas kepada projek itu ialah GR Supra Heritage Edition (foto atas) yang ditayangkan pada SEMA edisi lepas dengan persamaan pada bahagian visual dan naik taraf prestasi.

Menurut Schwerter, proses menanggalkan bumbung Supra memang sukar dan memerlukan penyelesaian inovatif bagi mengekalkan kekuatan casis asal. Semua kerja tersebut dilakukan pemilik KC’s Paint Shop di Fort Worth, Texas, Amerika Syarikat (AS), KC Mathieu.

Mathieu berkata, memandangkan besi Supra agak sukar dipotong, proses awal dimulakan dengan menggunakan gergaji udara (air saw). Namun selepas 30 minit, saiz besi yang dapat dipotong baru satu inci.  Mathieu akhirnya menukar kepada alatan pemotong lain.

Di bawah ini ialah antara siri video yang memaparkan klip video pasukan KC’s Paint Shop mengubah suai bumbung GR Supra.

Berikut ciri utama Toyota GR Supra Sport Top:

  • Rekabentuk bumbung baharu terdiri daripada dua panel komposit yang dicetak secara 3D daripada Toyota Motor North America Research and Development (TMNA R&D) di Ann Arbor, Michigan.
  • Panel bumbung mempunyai kontur mengikut garis badan GR Supra dengan komponen seperti header cermin depan. Struktur badan bumbung bahagian sisi dikekalkan.
  • Bagi mengekalkan kekuatan struktur, pasukan modifikasi menguatkan struktur luar bumbung dan mengukuhkan bahagian bawah kereta dari enjin ke tab kereta.
  • Difuser belakang dan laluan angin bawah badan dibuat supaya operasi lebih cekap.
  • Ekzos diperbaharui semula dengan dua corong keluar pada tengah bampar.
  • Spoilerbelakang tinggi dan lampu bulat ala Supra A80.
  • Warna badan dicat BASF khas, yang menyamai warna putih OEM GR Supra, Absolute Zero White.

Selain komponen utama itu, GR Supra Sport Top ini menggunakan rim HRE dan brek Brembo besar.
BACA >>> Toyota Yaris Cross Masuk Australia, Harga Mula RM82.5k! 
BACA >>> Toyota GR Yaris Lancar di Malaysia, Dijual 200 Unit Sahaja, Harga RM299k!

Kereta Sport Pameran Persatuan Barangan Khas (SEMA) pameran SEMA Roda4 Toyota Toyota GR Supra Toyota GR Supra Sport Top Toyota Supra
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.