Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota: EV Bukan Satu-Satunya Cara Capai Neutral Karbon 2050
Auto Terkini

Toyota: EV Bukan Satu-Satunya Cara Capai Neutral Karbon 2050

Han OthmanBy Han Othman25/10/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PANDULaju kini berada di Tokyo untuk membuat liputan sempena Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2023 yang sebelum ini dikenali sebagai Pameran Motor Jepun (TMS).

Pada acara itu, Toyota Motor Asia Pacific (TMAP) mendedahkan beberapa perkara menarik mengenai sasaran dalam menghadapi cabaran masa depan syarikat itu yang bukan hanya sekadar kenderaan elektrik (EV).

Presiden TMAP dan Timbalan Ketua Pegawai Ekssekutif Asia, Hao Quoc Tien berkata, Toyota menganggarkan pasaran Asia akan merekodkan jualan EV jenama itu antara 20 peratus dan 30 peratus menjelang 2030 nanti dengan Singapura akan mencatatkan penggunaan EV tertinggi, disusuli Thailand kira-kira 25 peratus, manakala negara lain mungkin lebih rendah disebabkan kekeurangan infrastruktur pengecasan.

Namun, Hao mengulangi pendirian Toyota yang EV bukan satu-satunya cara maju ke depan yang menjadi sasaran mutlak dalam mencapai visi neutral karbon.

Katakankah kami dapat 30 peratus (jualan EV di Asia), jika kita tidak tambah baik 70 peratus lain, matlamat neutral karbon kita akan terlepas.

“Semua ini bukan tentang EV, tiada masalah dengan EV. Saya fikir teknologi EV sangat bagus, tetapi ada had sebenar (buat masa sekarang). Mungkin lagi 10 atau 20 tahun, peratusan EV akan jadi lebih tinggi, dan saya fikir sepatutnya bermula sekarang hingga ke depan nanti, apa kita kena buat? Inilah soalan utama,” katanya.

Toyota buat masa ini bekerja keras mengurangkan emisi karbon melibatkan pelbagai teknologi untuk 70 peratus jualan bukan EV sebagai pendekatan pelbagai cara untuk kelestarian. Toyota juga yakin setiap teknologi ada peranan dalam membantu mengurangkan emisi karbon.

Salah satu teras utama mara ke depan adalah menawarkan mobiliti bersih tanpa meninggalkan sesiapa saja di belakang. Tambahan lagi untuk pasaran yang belum bersedia menyambut kehadiran EV penuh.

Kepelbagaian teknologi yang dibangkit itu adalah seperti enjin pembakaran dalaman (ICE) sama ada petrol atau diesel, gas asli termampat bahan api bio (bio-fuel) (CNG), kenderaan elektrik hibrid (HEV), kenderaan hibrid plug-in (PHEV), kenderaan elektrik bateri (BEV atau EV), dan kenderaan elektrik sel bahan api hibdrogen (FCEV).

Dengan bantuan minimum, Toyota menegaskan akan mencari apa saja penyelesaian yang bukan menumpukan EV semata-mata sebagai cara mencapai misi neutral karbon. Adakah ada setuju dengan kenyataan Toyota ini?

Auto Terkini Hao Quoc Tien JMS 2023 Kenderaan Elektrik (EV) Neutral Karbon 2050 Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2023 Toyota Toyota Motor Asia Pacific (TMAP)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Logo GWM
PHEV

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

24/06/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

MOF Pertimbang Konsep ‘Approved Person’ Dalam BUDI Diesel

24/06/2026
CAAM jadi badan berkanun bebas
Auto Terkini

Jangan Buat 6 Kesalahan Jalan Raya Ini Kalau Tidak Mahu Dikompaun Maksimum RM500 Mulai 2029

24/06/2026
Auto Terkini

Pemandu Lori Terima RM10,000 Selepas Selamatkan 21 Penumpang Bas Di Menora

24/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia โ€“ Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Roda2

#KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

By Shazwan Hisam18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.