Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Corolla TREK dengan Gaya Off-Road Lancar di UK
Roda4

Toyota Corolla TREK dengan Gaya Off-Road Lancar di UK

Han OthmanBy Han Othman24/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INI ialah Toyota Corolla TREK, iaitu versi ilham off-road daripada barisan wagon Corolla Touring Sports yang dibina sempena kerjasama perkongsian antara Toyota dan pengeluar basikal Amerika, TREK.

Toyota setakat ini sudah membekalkan 16 unit kenderaan sokongan kepada pasukan basikal Jelajah Dunia TREK-Segafredo (TREK Segafredo World Touring, TSWT).

Versi rombak semula untuk model standard Toyota Corolla Touring Sports, terdiri daripada set rim aloi 17 inci, pelekap luaran plastik hitam, gril radiator sarang lebah aka honeycomb, cermin privasi belakang, lampu kabus depan baharu dan lampu utama LED.

Suspensi Corolla TREK ditinggikan 20mm, manakala plat skid pelindung dipasangkan bawah bampar depan dan belakang. Walaupun suspensi bergaya off-road, tetapi semua model adalah pacuan roda depan (FWD) dan tiada versi 4×4 ditawarkan.

BACA >>> Toyota Corolla Altis Serba Baharu Kini Buka Tempahan, Harga Bermula RM129k

Ruang dalaman Corolla TREK mendapat kemasan upholsteri fabrik dua-tona, papan pemuka direka semula dengan kemasan kayu dekoratif dan lencana TREK untuk sil pintu dan lid but. Pembeli juga mendapat kluster instrumen digital 7 inci,  sistem infotainment 8 inci, kawalan jelajah adaptif, sistem pengesan sikal dan pintu but automatik.

Sama seperti barisan Corolla lain, model TREK ini ditawarkan dalam varian enjin hibrid 4-silinder 1.8L dan 2.0L. Berbanding model biasa dengan output 120hp, versi baharu ini mendapat janaan kuasa hingga 178hp. Kedua-dua varian enjin menggunakan transmisi CVT dengan angka penggunaan bahan api sekitar 4.7 liter per 100km.

Toyota belum mengumumkan harga rasmi untuk Corolla TREK, tetapi dijangka bermula sekitar £29,000 (RM150,531). Pra tempahan turut dibuka dan proses penghantaran dijadualkan bermula penghujung tahun ini.

BACA >>> Toyota Corolla Sedan, Touring Tampil Berbeza untuk Pasaran Jepun, Ikut Versi China

GALERI
off-road Roda4 Toyota Toyota Corolla TREK Toyota UK Wagon
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

26/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

26/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

26/06/2026
Autotainment

Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

26/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

By Syafie23/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

By Abang Hirata20/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.