Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Corolla Cross 2025 Facelift Lancar dalam Varian Petrol, HEV dan GR Sport!
Roda4

Toyota Corolla Cross 2025 Facelift Lancar dalam Varian Petrol, HEV dan GR Sport!

ShawkathBy Shawkath09/12/2024
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


UMW Toyota Motor (UMWT) melancarkan tiga varian Toyota Corolla Cross versi dipertingkat (facelift) ke pasaran tempatan sempena Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.

Tiga varian kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C itu ialah produk pemasangan tempatan (CKD) terdiri daripada dua varian hibrid (HEV) dan satu varian petrolpada harga seperti berikut:

  • Corolla Cross 1.8V – RM133,800
  • Corolla Cross 1.8 HEV – RM140,800
  • Corolla Cross 1.8 HEV GR Sport – RM148,800

1.8V DAN 1.8 HEV

  • Model versi facelift ini menerima rekabentuk baharu pada bahagian depan dengan gril lebih tipis, dan rekaan lampu utama dwi-LED baharu berserta lampu siang (DRL).
  • Rekabentuk bampar kini nampak lebih lebar dan dinamik berbanding model terdahulu.
  • Ada lima warna pilihan disediakan: Red Mica Metallic (merah), Platinum White Pearl (putih), Silver Metallic (perak) dan warna baharu Dark Turquoise (biru gelap).
  • Versi HEV pula ada warna tambahan Celestite Grey Metallic (kelabu).

1.8 HEV GR SPORT

  • Varian GR Sport tampak lebih menarik dengan wajah depan berbeza berbanding dua varian lain.
  • Menerima pakej bumbung dwi-tona (bumbung hitam)
  • Pakej luaran GR Sport terdiri daripada gril eksklusif GR Sport, lampu belakang jernih, kemasan bampar belakang dan lencana GR/GR Sport.
  • Suspensi GR Sport ditala lebih keras, dengan bar casis prestasi dan respons stereng lebih berprestasi menerusi unit kawalan elektronik (ECU) Sport pada sistem stereng kuasa elektrik (EPS).
  • Warna GR Sport menggunakan kombinasi bumbung hitam dengan Platinum White Pearl (putih), Red Mica Metallic (merah) dan Dark Turquoise (biru gelap).

TRENKUASA

Corolla Cross 1.8 V

  • Dijana enjin 4-silinder sebaris 1.8L DOHC 16 injap VVT-i menawarkan output kuasa 139ps (137hp) @ 6,400rpm dan tork 172Nm @ 4,000rpm.
  • Transmisi automatik CVT 7-kelajuan dengan Sequential Shiftmatic.

Corolla Cross 1.8 HEV, 1.8 HEV GR Sport

  • Trenkuasa petrol sama seperti 1.8V dengan tambahan motor elektrik yang memberikan prestasi berikut:
    • Output enjin: kuasa 98ps (96hp) @ 5,200rpm, dan tork 142Nm @ 3,600rpm
    • Output motor: kuasa 53kW (71hp), dan tork 163Nm.
  • Sistem transmisi E-CVT.
  • Menggunakan pek bateri Ni-MH yang membekalkan kuasa kepada dua unit motor elektrik.

APA ANDA PERLU TAHU?

  • Semua varian menggunakan rim 18 inci dengan tayar Toyo 225/50 Toyo. Rim varian 1.8V dan 1.8 HEV berwarna kelabu gelap, manakala GR Sport dipasang rim dwi-tona.
  • Varian 1.8 V menerima kluster instrumen dengan paparan multi-info (MID) berwarna 4.2 inci.
  • Semua varian hibrid (HEV) dipasang unit infotainment skrin sentuh 12.3 inci, terbahagi kepada tiga susunan dalam empat visual pilihan (Casual, Smart, Tough dan Sporty).
  • Dua varian hibrid ada paparan visual grafik aliran kuasa dan elektrik antara enjin, motor, pek bateri dan roda.

  • Unit infotainmen skrin sentuh 10.1 inci dilengkapi konektiviti wayarles untuk sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Tiada lagi brek kaki digunakan sebagai brek parkir. Corolla Cross facelift kini beralih kepada brek parkir elektronik (EPB) dengan ciri brek pegun automatik (auto hold).
  • Upholsteri 1.8 V dan 1.8 HEV menggunakan material kulit hitam dengan sulaman benang perak dan kemasan aksen coklat.
  • GR Sport menerima kemasan hitam dan sulaman benang merah dengan stereng, tombol gear dan but, serta kerusi dibalut kulit.
  • Ada logo GR pada perehat kepala varian GR Sport dan butang penghidup enjin.
  • Semua varian dilengkapi but kuasa dengan ciri sensor kaki untuk akses dengan meletakkan kaki bawah bampar belakang,  ataupun boleh dibuka menggunakan butang kunci pintar.
  • Kapasti but 440 liter
  • Pek bateri hibrid disorok bawah kerusi penumpang belakang.
  • Enjin boleh dihidupkan menggunakan aplikasi Toyota MY dalam telefon pintar.
  • Dilengkapi pakej keselamatan Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Toyota Safety Sense 2.0 seperti Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Amaran Keluar Lorong (LDW) dengan Bantuan Kemudi (Steer Assist), Bantuan Jejak Lorong (LTA), Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) dan Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB).
  • Pembelian dipakejkan waranti kenderaan lima tahun tanpa had perbatuan, dan waranti lapan tahun tanpa had perbatuan untuk pek bateri hibrid, inverter dan ECU.
autoterkini Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024) Roda4 Toyota Corolla Cross UMW Toyota
Shawkath

Artikel Berkaitan

Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Honda CR-V 2026 | Jepun
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

01/03/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.