Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Corolla (2019) Versi Sedan Ini Mungkin ke Malaysia Tahun Ini?
Roda4

Toyota Corolla (2019) Versi Sedan Ini Mungkin ke Malaysia Tahun Ini?

Abang HirataBy Abang Hirata05/01/2019
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEJAK beberapa tahun lalu, Toyota cuba membetulkan bahtera supaya kekal mantap dek badai persaingan. Daripada sekadar membuat kereta dengan kaedah sama berulang-ulang, pengeluar dari Jepun itu kini tampil dengan model yang membawa DNA keseronokan.

Toyota belum sampai ke tahap itu sepenuhnya, terutama dari segi pemanduan dan pengendalian, tetapi model-model yang dijual hari ini mempunyai penampilan agresif. Lihat sahaja gaya agresif Frontier, Camry, Harrier, Vellfire dan Alphard. Rekabentuk sebegitu belum sampai kepada khalayak ramai hingga Corolla Hatchback diperkenalkan awal tahun ini.

BACA >>> 9 Fakta | Toyota Corolla (2019) yang Perlu Anda Tahu

Satu lagi isu, walaupun menarik, pasaran Asean bukan destinasi tradisional Corolla Hatchback kerana setakat ini model itu cuma dipasarkan di Eropah, Jepun, Australia dan Amerika Syarikat (AS). Pelancaran jentera baharu itu mungkin signal kepada pengguna ASEAN yang mereka kini berpeluang memiliki model itu dalam bentuk sedan.

Toyota baru saja melancarkan Corolla sedan di AS dan Corolla Levin di China. Versi negara manakah yang bakal memasuki negara kita? Belum pasti, tetapi versi AS tampak lebih ranggi, manakala versi China lebih matang dan mirip Camry baharu.

Berikut butiran tentang Toyota Corolla sedan versi AS:

  • Corolla ialah nama isi rumah, jualan sejak 1966 sudah lebih 46 juta unit.
  • Model generasi ke-12 ini menggunakan platform baharu Arkitektur Global Baharu Toyota / Toyota New Global Architecture (TNGA).
  • Walaupun platform baharu, jarak roda (wheelbase) kekal sama seperti model terdahulu, 2,700mm.
  • Bagaimanapun, ukuran lain lebih besar. Lebar depan + 11.9mm, dimensi trek belakang + 22mm.
  • Overhang depan dipendekkan 33mm, overhang belakang dipanjangkan lebih 12.5mm.
  • Tinggi dan bonet enjin masing-masing direndahkan 20.3mm dan 35.6mm. Enjin kini dipasangkan lebih rendah.
  • Pusat graviti direndahkan 9.9mm yang menjadikan model itu lebih lincah dan sedap dipandu.
  • Menggunakan lampu LED Bi-BEAM dan lampu penunjuk dan signal LED bergantung kepada varian. Lampu belakang juga LED.
  • Teknologi Sistem Lampu Depan Adaptif / Adaptive Front-lighting System (AFS) menjadikan suluhan lampu lebih pintar dengan mengikut putaran stereng dan kelajuan kereta.
  • Ada 2 pilihan tayar mengikut varian: 18 inci (SE, XSE) dan 16 inci (XLE, LE)
  • Ada 2 pilihan enjin: 1.8 2ZR-FAE (L, LE, XLE) dan 2.0 M20A-FKS (XSE, SE)
  • Enjin 2.0L ialah serba baharu dengan nisbah mampatan tinggi 13:1. Menggunakan teknologi VVT-i pada ekzos dan VVT-iE pada ambilan. VVT-iE menggunakan kawalan motor elektrik berbanding tekanan minyak untuk mengawal injap pemasaaan variabel.
  • Berkuasa 169hp @ 6,600 rpm dan 204Nm @ 4,800 rpm.
  • Ada 2 pilihan transmisi: Dynamic-Shift CVT dengan simulasi 10-kelajuan; dan iMT 6-kelajuan.
  • Transmisi iMT mempunyai tukaran gear ke bawah dengan fungsi padanan putaran enjin (rev match)
  • Teknologi keselamatan ditawarkan: 8 beg udara untuk semua varian dan Sistem Keselamatan Bintang Toyota (Toyota’s Star Safety System) seperti Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) Diperbaharui, Kawalan Traksi (TC), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Teknologi Henti Pintar (IST).
  • Semua varian dilengkapkan ciri Toyota Safety Sense 2.0: Sistem Pra Pelanggaran (PCS), Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC), Amaran Tukar Lorong (LDA) dengan Bantuan Stereng, Bantuan Jejak Lorong (LTA), Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB), Bantuan Tanda Jalan (RSA).
  • Walaupun lengkap pelbagai teknologi, Sistem Amaran Titik Buta (BLIS) dijadikan opsyen mengikut varian.

Kepada mereka yang teruja dengan Corolla (Altis) baharu ini, ada berkemungkinan UMWT menawarkan model ini tahun ini. Mungkin pertengahan atau hujung tahun, jika mengikut trend CH-R dan Camry baharu. Diharapkan juga UMWT tidak memasarkan Corolla seperti CH-R dan Camry 2.5 baharu pada harga lebih tinggi daripada pesaing terdekat iaitu Honda HR-V dan Accord.

BACA >>> Toyota Corolla Touring Sports (2019), Versi Wagon dengan Ekstra Ruang, Kualiti Premium

GALERI
Toyota Toyota Corolla Toyota Corolla Generasi ke-12
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.