Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Bikin Supra Boleh Drift Tanpa Pemandu untuk Bangunkan Teknologi Elak Kemalangan
Auto Terkini

Toyota Bikin Supra Boleh Drift Tanpa Pemandu untuk Bangunkan Teknologi Elak Kemalangan

Abang HirataBy Abang Hirata28/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUKAN drift memang menyeronokkan untuk ditonton terutama sekali bagaimana pemandu menggunakan kemahiran untuk mengawal jentera liar mereka. Bukan setakat sukan, sudah ada pengeluar menawarkan mod drift pada kenderaan yang dijual kepada umum.

Bagaimanakan pula jika aksi drift dapat dibuat tanpa pemandu?

BACA >>> Volkswagen Golf R (2022) Debut dengan Kuasa 315hp, Mod Drift

Inilah dilakukan Pusat Kajian Toyota (TRI) yang membuat kajian menggunakan Toyota GR Supra! Pasukan jurutera TRI berjaya memprogramkan GR Supra untuk drift tanpa pemandu dengan melepasi beberapa halangan di litar tertutup yang juga pertama di dunia!

Kajian itu bukan untuk menawarkan fungsi drift tanpa pemandu pada kereta massa. Sebaliknya, ia dibuat supaya kereta dapat drift secara autonomi dan terkawal untuk mengelak kemalangan dengan melepasi halangan atau kondisi jalan berbahaya secara tiba-tiba.

TRI menggunakan metod dipanggil Kawalan Prediktif Model Bukan Linear (Nonlinear Model Predictive Control, NMPC).

BACA >>> Drift Atas Jalan Raya Awam Sebab Gian Punya Pasal Sampai Kereta Kena Sita

Setahun lalu, TRI dan Makmal Rekabentuk Dinamik di Universiti Stanford bekerjasama dalam merekabentuk tahap baharu keselamatan aktif  bagi membantu mengelak kemalangan dan mencegah kecederaan dan kematian. Projek itu turut direalisasikan dengan kerjasama pakar prestasi automotif GReddy dan legenda drift Ken Gushi.

Melalui pembangunan skil setara dengan pemandu mahir, teknologi tersebut dapat membantu pemandu biasa bertindak balas dalam situasi bahaya dan ekstrem selain membantu pengguna kekal selamat atas jalan. GR Supra itu diuji di litar Thunderhill Raceway di Amerika Syarikat yang dilengkapi peralatan khas dengan kawalan komputer seperti stereng, pedal, transmisi sekuensial, klac anjakan dan pembrekan secara bebas.

Maklumat kondisi kenderaan diperolehi daripada dua antena RTK-GNSS-aided INS system pada 250hz dan kontroler NMPC menggunakan komputer x86. Komponen seperti suspensi, enjin, transmisi, casis, rangka keselamatan, pemadam kebakaran diubahsuai sama seperti digunakan dalam pertandingan Formula Drift.

BACA >>> #BikinKereta: Toyota Tacoma Overlanding Concept dengan Pakej Lengkap untuk Kembara!
BACA >>> TGR Hasilkan Semula Alat Ganti Toyota Levin AE86!

Auto Terkini GReddy Ken Gushi Pusat Kajian Toyota (TRI) Toyota Toyota GR Supra Toyota Research Institute
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.