Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Bakal Lancar GR Corolla Pertengahan Tahun Depan?
Auto Terkini

Toyota Bakal Lancar GR Corolla Pertengahan Tahun Depan?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JUALAN GR Yaris yang laris bak pisang goreng panas di mana-mana pasaran membuatkan Toyota bersemangat mengembangkan lagi model di bawah lencana GR. 

Kali ini, GR Corolla dikatakan bakal dilancarkan pertengahan tahun depan. Menurut laman web automotif Jepun, Best Car Web, model itu akan berkonsi beberapa aspek mekanikal sama seperti GR Yaris.

Berikut ciri menarik yang dijangka dimiliki GR Corolla:

  • Dikuasakan enjin G16E-GTS yang sama dengan GR Yaris iaitu 3-silinder 1.6L pengecasturbo. Enjin GR Yaris menghasilkan 268hp @ 6,500rpm dan tork 370Nm @ 3,000-4,600 rpm serta dipadankan kotak gear manual 6-kelajuan.
  • GR Corolla juga akan menggunakan sistem pacuan semua roda (AWD) yang berkebolehan menghantar 70 peratus tork kepada tayar belakang, sama seperti GR Yaris. 

  • Berbeza GR Yaris yang menumpukan kepada homologasi rali, GR Corolla dijangka ditala lebih kepada pemanduan normal.
  • Struktur badan hadir dengan rekabentuk lima pintu berbanding tiga pintu untuk lebih keselesaan penumpang belakang. 
  • Kereta ini dilaporkan hadir dengan dimensi badan 20mm lebih lebar untuk menempatkan tayar dan 10mm lebih rendah daripada Corolla biasa. 

Pada masa sama, Best Car Web turut mengesahkan kehadiran model hot wagon di bawah jenama GR iaitu Corolla Touring. Model ini juga mungkin dikenali sebagai Caldina GT-Four, tetapi tiada perincian lebih lanjut.

BACA >>> Toyota GR Yaris Lancar di Malaysia, Dijual 200 Unit Sahaja, Harga RM299k!
BACA >>> Toyota AE86 Ini Akan Guna Enjin GR Yaris!

SUMBER: BestCarWeb

Gazoo Racing Roda4 Toyota Toyota GR toyota gr corolla Toyota GR Yaris
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Logo GWM
    PHEV

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    24/06/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    MOF Pertimbang Konsep ‘Approved Person’ Dalam BUDI Diesel

    24/06/2026
    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    Jangan Buat 6 Kesalahan Jalan Raya Ini Kalau Tidak Mahu Dikompaun Maksimum RM500 Mulai 2029

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Lori Terima RM10,000 Selepas Selamatkan 21 Penumpang Bas Di Menora

    24/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.