Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Australia Bangunkan GR Yaris AP4, Khas untuk Rali Sahaja!
Auto Terkini

Toyota Australia Bangunkan GR Yaris AP4, Khas untuk Rali Sahaja!

Abang HirataBy Abang Hirata10/12/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA GR Yaris dibangunkan daripada dunia rali dan bakal kembali ke perlumbaan mencabar tersebut.

Terbaharu Toyota Australia membangunkan projek kereta rali GR Yaris AP4 yang bakal digunakan pasukan lumba Toyota GAZOO Racing Australia (TGRA) untuk berentap dalam Kejuaraan Rali Australia (ARC) 2021.

Toyota sebelum ini sudah lama menyokong pasukan rali tempatan (factory-backed rally team) yang sememangnya jadi tradisi banyak pengeluar dalam dunia perlumbaan.

BACA >>> UMW Toyota Lancar Model Baharu 17 Disember Ini, Adakah GR Yaris, Vios GR Sport?

Bagi projek itu, Toyota Australia mengambil pendekatan berbeza. Buat kali pertama bahagian Perancangan dan Pembangunan Produk (PP&D) terlibat aktif dalam merekabentuk sebuah jentera rali. GR Yaris AP4 dibangunkan dengan kerjasama Neal Bates Motorsport (NBM) yang dikendalikan juara ARC empat kali, Neal Bates yang juga pengurus pasukan rali TGRA.

Dibina berasaskan GR Yaris serba baharu, gaya luar GR Yaris AP4 dibikin pasukan Toyota PP&D secara dalaman di Port Melbourne, Australia.

Toyota mula bekerjasama dengan NBM untuk projek GR Yaris AP4 sejak Mac 2020 dengan menggunakan teknologi realiti maya (VR) untuk konsep rekabentuk.

Kemudian, lakaran awal dibuat untuk beberapa komponen seperti fender depan, pod bampar depan dan belakang, panel suku belakang, ventilator bonet dan cermin yang diperhalusi menggunakan rekabentuk digital. Selepas diluluskan, data diperoleh digunakan untuk membuat fail akhir perisian rekabentuk CAD sebelum menjalani operasi mesin canai CNC untuk membuat acuan bagi menghasilkan komponen gentian kaca.

Semua komponen itu kini ada bersama NBM untuk pembangunan kereta rali tersebut. Menurut Bates, GR Yaris ialah platform terbaik menghasilkan komponen seperti bumbung gentian karbon, pintu aluminium dan enjin 3-silinder pengeluaran massa paling berkuasa di dunia.

GR juga mempunyai badan lebar dan pacuan semua roda (AWD) yang asasnya dibina untuk rali.

BACA >>> Toyota GT86 dengan Aneka Grafik Retro, Imbau Era Gemilang Sukan Permotoran

Pasukan NBM akan membina dua unit GR Yaris AP4 untuk pemandu utama TGRA, Harry Bates dan adiknya Lewis Bates sempena ARC 2021. Dua beradik itu menamatkan perlumbaan di tempat pertama dan kedua pada ARC 2019.

Dari segi pengalaman, Bates mempunyai pengalaman karier bersama Toyota dan sukan permotoran selama lebih 30 tahun. Kereta pertama dibina ialah Celica GT-Four dengan enjin turbo AWD. GR Yaris AP4 ini pula spesifikasi rantau Asia Pasifik yang patuh regulasi R5 FIA untuk Eropah.

BACA >>> Toyota Perkenal Tiga Varian GR Yaris dalam Versi Turbo dan NA

GR Yaris AP4 Neal Bates Motorsport (NBM) rali Roda4 Toyota Toyota GAZOO Racing Australia (TGRA) Toyota GR Yaris Toyota GR Yaris AP4 Toyota Yaris
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    10/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.