• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota GT86 dengan Aneka Grafik Retro, Imbau Era Gemilang Sukan Permotoran

Toyota GT86 dengan Aneka Grafik Retro, Imbau Era Gemilang Sukan Permotoran

April 10, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


TOYOTA GT86
ialah hadiah Toyota kepada peminat dunia automotif. Bukan senang syarikat korporat besar dengan pelbagai hierarki mahu melabur dalam segmen niche sebegini. Ini kerana apabila projek seumpama itu dilaksanakan, ada kemungkinan jualan jatuh di tempat kedua. Semestinya sudah terang lagi bersuluh ia tidak dapat menandingi jualan model arus perdana berstatus massa lain.

GT86 hadir dalam bentuk moden, dengan adunan berasaskan model klasik, 2000GT. Pada 2015, Toyota pernah tampil dengan projek eksklusif sebagai tribut kepada kereta rali jenama itu, 50 tahun lalu.

BACA >>> Toyota 86 British Green Limited Edisi JDM yang Serba Istimewa

TOYOTA GT86 GAYA RETRO IMBAU LEGASI SUKAN PERMOTORAN

Toyota GT86 Klasik.01
Toyota GT86 Klasik.02
Toyota GT86 Klasik.03
Toyota GT86 Klasik.04
Toyota GT86 Klasik.05

Sebanyak enam GT86 muncul dengan gaya retro sempena mengimbau semula era kegemilangan jentera Toyota suatu masa dahulu. Setiap unit diilhamkan khas daripada model seperti 2000GT dan jentera rali, Celica 1600GT dipandu Ove Andersson, dan unit kempen awal Toyota dalam program penuh sukan permotoran antarabangsa.

Turut diberi penghormatan ialah Celica IMSA GTU yang bersaing di Amerika Utara sekitar era 1980-an, Celica GT-Four dalam Kejuaraan Rali Dunia (WRC) pada 1990-an, dan Supra Esso Ultron Tiger dalam Kejuaraan Kereta Grand Touring Seluruh Jepun (JGTC), juga dikenali sebagai Super GT.

Toyota mendapatkan khidmat pakar vinil, Motor Mode UK untuk merekabentuk semula grafik asal mengikut bentuk badan GT86. Profil kereta direndahkan kepada 40mm, manakala Rota membekalkan rim aloi baharu dalam pelbagai kemasan untuk mengimbau rupa retro asal. Sistem ekzos pula daripada Milltek Sport supaya bunyi kereta sepadan dengan grafik dikenakan.

Projek ini hanya berkonsepkan one-off saja dan kali pertama ditayangkan kepada orang ramai pada pameran automotif, Goodwood Festival of Speed’s Moving Motor Show 2015. Hasilnya memang menarik!

BACA >>> Datang Jerman dan Beli Toyota GT86 'Tiger'! Ada 30 Unit Sahaja

FAKTA RINGKAS TOYOTA GT86 EDISI TRIBUT

1. YATABE SPEED TRIAL TOYOTA 2000GT

toyota-86-yatabe-speed-trial-toyota-2000gt-1
toyota-86-yatabe-speed-trial-toyota-2000gt-2
toyota-86-yatabe-speed-trial-toyota-2000gt-3

Model ini mencatatkan beberapa rekod kelajuan baharu dunia dan antarabangsa, termasuk enduran dalam perlumbaan 72 jam di Yatabe High Speed Testing Course, Jepun pada 1966. Model ini mempamerkan komitmen Toyota dalam membangunkan kereta sport dengan potensi bertaraf antarabangsa.

2. SHELBY TOYOTA 2000GT

toyota-gt86-shelby-toyota-2000gt-1
toyota-gt86-shelby-toyota-2000gt-2
toyota-gt86-shelby-toyota-2000gt-3

Pelumba legenda, Carroll Shelby ialah tokoh di sebalik program perlumbaan Toyota untuk model 2000GT di Amerika Syarikat (AS). Objektif pada masa itu ialah bagi mempamerkan keupayaan model tersebut dalam menyaingi jenama AS dan Eropah yang lebih terkenal.

Pelumba Scooter Patrick dan Dave Jordan pula menggalas tugas dengan baik apabila berjaya mencatatkan beberapa kejayaan semasa musim perlumbaan 1968.

3. TOYOTA CELICA 1600GT OVE ANDERSSON

toyota-gt86-toyota-celica-1600gt-ove-andersson-1
toyota-gt86-toyota-celica-1600gt-ove-andersson-2
toyota-gt86-toyota-celica-1600gt-ove-andersson-3

Penyertaan Andersson  dalam perlumbaan rali dunia dengan Celica generasi pertama merintis kepada penubuhan Toyota Team Europe yang kemudian menjadi Toyota Motorsport hari ini.

GT86 kali ini meraikan penyertaan ke perlumbaan Daily Mirror RAC Rally 1972 dengan sokongan rasmi Toyota. Beliau berjaya menjuarai kelas perlumbaan dan berada di tempat ke-9 keseluruhan yang menjadi tanda awal kerjasama itu membuahkan hasil positif.

BACA >>> #BikinKereta: Toyota FT86 Iron Man yang Ditala untuk Berlumba

4. TOYOTA CELICA IMSA GTU 

toyota-gt86-toyota-celica-imsa-gtu-1
toyota-gt86-toyota-celica-imsa-gtu-4
toyota-gt86-toyota-celica-imsa-gtu-2

Celica ialah model Toyota pertama digunakan untuk perlumbaan di Amerika Utara di bawah naungan Toyota Racing Developments (TRD) dan bersaing dalam siri IMSA GT. Celica IMSA GT cemerlang di bawah Dan Gurney dengan pasukan All-America Racing Team pada 1983-85.

5. CASTROL TOYOTA CELICA GT-FOUR

toyota-gt86-castrol-toyota-celica-gt-four-1
toyota-gt86-castrol-toyota-celica-gt-four-5
toyota-gt86-castrol-toyota-celica-gt-four-2

Model Group A ini memang terkenal. Langkah bermula dengan debut dalam WRC 1994 dan mencatat kejayaan gemilang apabila memenangi tujuh podium dalam tujuh aksi perlumbaan sepanjang 1995, termasuk kejayaan Didier Auriol dalam Tour de Corse, di Perancis.

6. ESSO ULTRON TIGER TOYOTA SUPRA

toyota-gt86-esso-ultron-tiger-toyota-supra
toyota-gt86-esso-ultron-tiger-toyota-supra-2
toyota-gt86-esso-ultron-tiger-toyota-supra-3

Supra ialah model yang lama bersaing dalam JGTC/Super GT , bermula 1995 hingga 2006. Malah, penyertaan tetap diteruskan walaupun Supra sudah tamat pengeluaran. Selepas tidak lagi berlumba, khidmat Supra diteruskan lagi dalam perlumbaan komputer Gran Turismo.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Toyota 86 dan Subaru BRZ Tiada Pengecas Turbo?

FacebookTwitter

Filed Under: Jenama, Roda4, Toyota Tagged With: Goodwood Festival of Speed’s Moving Motor Show 2015, Motor Mode UK, Ove Andersson, Roda4, Toyota, Toyota Celica 1600GT, Toyota GT86

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
    #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
  • #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
    #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
  • #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
  • Yamaha NVX (2020) Perkenal Warna Baharu, Harga Kekal RM10,888
    Yamaha NVX (2020) Perkenal Warna Baharu, Harga Kekal RM10,888

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my