Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Toyo Proxes Sport 2 – Tayar Prestasi Ekstra Cengkaman Jalan Basah, Harga Mula RM700
Aksesori

Toyo Proxes Sport 2 – Tayar Prestasi Ekstra Cengkaman Jalan Basah, Harga Mula RM700

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize21/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYO Tyre Sales and Marketing Malaysia Sdn Bhd (Toyo Tires) melancarkan tayar terbaharu, Toyo Proxes Sport 2 yang direka dengan teknologi tayar terkini.

Inovasi baharu ini direka buat peminat kereta prestasi tinggi bagi memastikan keselamatan dan ketahanan luar biasa. Dua ciri terbaharu yang membezakan Toyo Proxes Sport 2 dengan tayar siri sebelumnya adalah kestabilan pengendalian dan cengkaman mantap atas permukaan jalan basah.

Ciri baharu itu membolehkan tayar Toyo Proxes Sport 2 memudahkan pemandu melalui selekoh dengan memberikan cengkaman sempurna atas jalan walaupun dalam kondisi cuaca mencabar.

Tayar terbaharu ini juga mempunyai corak rekabentuk asimetri unik dan dapat menawarkan prestasi unggul atas permukaan jalan basah dan kering. Kompaun bunga asimetri unik itu dapat memastikan kestabilan pengendalian selekoh dan meningkatkan cengkaman atas permukaan basah.

Toyo Proxes Sport 2

Toyo Proxes Sport 2 dihasilkan daripada bahan termaju seperti kompaun yang membolehkan cengkaman mantap dan seimbang bagi memberikan pengalaman pemanduan selesa, selamat dan mampu meningkatkan prestasi tayar.

Presiden dan Pengarah Urusan Toyo Tyre Sales and Marketing Malaysia Sdn Bhd, Tan Song Chye berkata, Toyo Proxes Sport 2 dioptimum untuk kuasa tork tinggi bagi pemanduan mengujakan untuk semua pemandu.

Dengan komitmen kami terhadap inovasi dan kecemerlangan, kami yakin tayar ini akan menjadi pilihan utama pemandu yang mencari tayar prestasi tinggi,” katanya.

Proxes Sport 2 boleh didapati dalam 31 saiz untuk kereta daripada segmen-C (termasuk segmen eksekutif kompak) hingga segmen-F, di Pusat Tayar Toyo seluruh negara bermula harga RM700 hingga RM1,300 setiap tayar bergantung saiz tayar dipilih.

Toyo Open Country A/T III (OPA/T 3)

Selain Proxes Sport 2, Toyo Tires juga melancarkan tayar Open Country A/T III (OPA/T 3). Tayar jenis semua rupa bumi (all-terrain) itu mempunyai peningkatan alur sisi untuk cengkaman off-road lebih baik walaupun dalam kondisi jalan mencabar.

Tayar serba boleh itu direka dengan corak bunga agresif untuk lebih cengkaman atas pelbagai permukaan jalan, dan memberikan pengembaraan atas jalan raya biasa, termasuk off-road lebih baik.

Tayar OPA/T 3 juga menggabungkan teknologi T-Mode dan Nano Balance untuk menawarkan keseimbangan, keselesaan dan prestasi tayar terunggul.

OPA/T 3 boleh didapati dalam 14 saiz bermula harga RM500 hingga RM1,200 setiap tayar bergantung saiz tayar dipilih. Maklumat lanjut tayar Proxes Sport 2, Open Country A/T III, dan produk tayar Toyo lain boleh layari laman web www.toyotires.com.my.

BACA >>> Aktivis Alam Sekitar Pancit Tayar Lebih 10k SUV!
BACA >>> BFGoodrich g-Force PHENOM T/A, Tayar Prestasi dengan 25 Saiz Pilihan

aksesori Open Country All Terrain 3 Proxes Sport 2 Tayar Toyo Tires
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Sukan Permotoran

    dari April Fool ke Litar: BMW M3 Touring 24H Sah Berlumba di 24 Hours of Nürburgring

    18/03/2026
    Lepas Malaysia buat baju raya khas
    Auto Terkini

    Lepas Tampil Strategi Jenama Berteras Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.