• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Aktivis Alam Sekitar Pancit Tayar Lebih 10k SUV!

Aktivis Alam Sekitar Pancit Tayar Lebih 10k SUV!

December 5, 2022 By Shawkath Leave a Comment

74
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERGERAKAN anti-SUV (kenderaan utiliti sukan) yang menamakan diri mereka sebagai Tyre Extinguishers mendakwa berjaya menghalang pergerakan ratusan SUV seluruh dunia dengan memancitkan tayar.

Kumpulan aktivis iklim tanpa pemimpin itu bergerak agresif di banyak bandar utama seluruh dunia untuk mencapai misi 'sukar memiliki SUV di kawasan bandarseluruh dunia.’

Kenyataan Tyre Extinguishers mendakwa sudah memancitkan tayar lebih 10,000 unit SUV sejak Mac tahun ini.

Kempen terbaharu dan terbesar dianjurkan 28-29 November lalu dengan penyokong kumpulan itu sudah memancitkan tayar kira-kira 900 SUV di 19 bandar di lapan negara.

900 SUVS HIT IN 8 COUNTRIES IN HUGE NIGHT OF ANTI-SUV ACTION🚨

🚗SUVs disarmed last night from NYC to Innsbruck, Austria
🚗At least 25 actions overnight by TX cells in 18 cities, including 7 actions across London, UK
🚗Largest-ever night of action against SUVs

🧵... pic.twitter.com/eDN9PZGvn8

— The Tyre Extinguishers (@T_Extinguishers) November 29, 2022

Aktivis yang membuang angin tayar SUV turut meninggalkan risalah atas kenderaan mangsa untuk menjelaskan alasan mereka berbuat demikian.

Kumpulan itu dilaporkan mendesak Kerajaan mengharamkan SUV di kawasan bandar, menuntut cukai lebih tinggi dan membuat pelaburan tinggi untuk pengangkutan awam percuma.

Laman web Tyre Extinguishers turut menyiarkan beberapa tip cara mengenal pasti SUV dengan foto dan perincian memancitkan tayar SUV.

Kumpulan aktivis itu bukan hanya mensasarkan SUV petrol atau diesel, tetapi juga model dikuasakan trenkuasa elektrik. Ini kerana kumpulan aktivis berkenaan menganggap kenderaan besar sebagai tidak selamat untuk pengguna jalan raya lain.

Jurucakap Tyre Extinguishers, Marion Walker berkata;

Kami mahu menunjukkan sesiapa saja tidak kira di mana jua boleh ambil tindakan melindungi iklim untuk menamatkan dominasi kenderaan besar di bandar-bandar. Pergerakan kami akan terus berkembang dan sukar dihentikan."

Secara realiti, misi aktivis seperti itu agak rumit kerana SUV kini menjadi kenderaan paling popular seluruh dunia.

Malah tindakan memancitkan tayar kenderaan orang lain bukan cara terbaik menyampaikan mesej mengenai kesedaran perubahan iklim tetapi menjerat diri sendiri dengan tindakan undang-undang.

BACA >>> SUV Elektrik Toyota bZ4X (2023) Lancar di Indonesia, Harga RM346k
BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Trak Pikap Lebih Bahaya daripada SUV, Van Mini?
BACA >>> Misteri Selesai!!! Tayar 'Hantu' Bergolek di LPT1 Rupanya Milik SUV Peronda Polis
BACA >>> SUV Bagnaia Terbabas Masuk Longkang di Sepanyol, Rupanya Mabuk Rai Menang MotoGP

SUMBER: CarScoops

Artikel Berkaitan

74
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Marion Walker, Pergerakan Anti SUV, Roda4, SUV, Tyre Extinguishers

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
    Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
  • Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
    Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
  • Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
    Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
  • 'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...
    'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my