Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#TMS2019: Toyota Mirai Concept (2020) – Kenderaan Elektrik Hidrogen yang Sifar Emisi
Roda4

#TMS2019: Toyota Mirai Concept (2020) – Kenderaan Elektrik Hidrogen yang Sifar Emisi

Han OthmanBy Han Othman23/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA memperkenalkan model konsep kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV), ‘Mirai Concept’ sempena Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019 yang bermula hari ini.

Mirai Concept ialah model pembangunan fasa akhir untuk Mirai generasi kedua yang akan ditayangkan di ‘Future Expo’ bermula 24 Oktober ini hingga 4 November di Megaweb.

Rekabentuk Mirai dirombak sepenuhnya itu yang dilihat sebagai satu langkah mara ke depan dalam pembangunan produk FCEV menerusi  jarak pemanduan lebih jauh dan prestasi ditambah baik serta rekabentuk sporty dan elegan untuk lebih keselesaan dan keluasan.

BACA >>> Toyota ‘Tokyo 2020 Version’ – Kenderaan e-Palet untuk Atlet Olimpik, Paralimpik 2020

Ketua Jurutera Mirai, Yoshikazu Tanaka berkata, Mirai Concept dibangunkan sebagai sebuah kereta yang sentiasa mahu dipandu pelanggan. Ia bukan saja memiliki rekabentuk emosional dan menarik, tetapi juga memberikan prestasi responsif dan dinamik yang mampu membuatkan pemandu tersenyum.

Saya mahu pelanggan cakap, ‘saya pilih Mirai sebab saya memang mahu kereta ini dan ia baru saja jadi FCEV. Kami akan teruskan kerja pembangunan yang menumpukan kepada perasaan, dan kami harap Mirai baharu akan jadi peneraju dalam merealisasikan masyarakat tenaga hidrogen.”

YOSHIKAZU TANAKA, Ketua Jurutera Mirai

SEL BAHAN API SEBAGAI SUMBER TENAGA

Dilancarkan pada 2014, Mirai generasi pertama (foto atas) membuktikan kepada dunia tentang potensi hidrogen sebagai sumber tenaga untuk mobiliti mampan dan bersih. Ini dinilai menerusi gabungan jarak pemanduan dengan masa isian semula minyak yang setara kenderaan konvensional, dan paling penting tiada emisi, kecuali air.

Kira-kira 10,000 unit Mirai terjual seluruh dunia yang membuka jalan kepada masyarakat hidrogen dalam usaha mengurangkan emisi, mempelbagaikan sumber tenaga dan menjana pertumbuhan ekonomi global.

Dijadualkan dilancarkan lewat 2020, bermula di Jepun, Amerika Utara dan Eropah, Mirai generasi kedua ini bukan sekadar kereta eko, tetapi meletakkan penanda aras baharu dalam teknologi FCEV.

Penambahbaikan dalam prestasi sistem sel bahan api dan peningkatan kapasiti storan hidrogen meningkatkan 30 peratus jarak pemanduan Mirai. Ia juga direka semula sepenuhnya berasaskan platform TNGA pacuan roda belakang (RWD) yang menggabungkan ketangkasan dan prestasi pemanduan terhebat dalam rekabentuk luaran serba elegan dan slik.

BACA >>> #Spyshot: Foto Toyota Yaris (2020) Bocor, Rekabentuk Serba Baharu Sepenuhnya

Apakah yang menarik tentang Mirai Concept?

1. KENDERAAN MODEN DAN BERGAYA DENGAN PENGALAMAN MEMANDU DIPERTINGKAT

Mirai Concept memiliki rekabentuk luaran dinamik yang dibina berasaskan platform baharu Toyota, TNGA (Arkitektur Global Baharu Toyota). Ini menjadikan model ini lebih rendah dan besar dengan rekabentuk elegan dan slik, manakala saiz rim 20 inci membuatkan ia tampak menyerlah.

Ia juga dipersembahkan dalam warna biru khas, Force Blue Multiple Layers yang menggunakan lapisan warna untuk mencapai tahap kecerahan dan kedalaman terbaik.

Ruang dalaman dilengkapkan skrin lebar 12.3 inci pada konsol tengah dan panel instrumen fokus pemandu dengan ruang yang ringkas dan moden untuk fiil keselesaan dan kehangatan. Konfigurasi sistem sel bahan api berasaskan platform TNGA turut membolehkan Mirai Concept memuatkan lima kerusi, berbanding empat kerusi untuk model sebelum ini.

2. PRESTASI PEMANDUAN DITAMBAH BAIK

Sejak awal lagi, platform modular baharu Toyota memang dibangunkan untuk menampung trenkuasa jarak penuh Toyota, termasuk sel bahan api hidrogen. Ini membuatkan Mirai Concept lebih rigid yang menyumbang kepada ketangkasan dan tahap responsif lebih baik, manakala pusat graviti rendah (CoG) memberikan pengendalian lincah.

Penambahbaikan ke atas sistem sel bahan api turut meningkatkan jarak pemanduan dan respon enjin lancar, serta menyatukan input terotel pemandu dan pecutan kereta. Pengendalian kini lebih ringan dan mudah ketika memandu di jalan raya berliku, manakala pemanduan lebuh raya memberikan sensasi kuasa hebat pada setiap kelajuan.

3. TEKNOLOGI FCEV FASA TERKINI

Mirai Concept menampilkan sistem sel bahan api yang direka semula sepenuhnya, terdiri daripada pek sel bahan api untuk kesan prestasi memberangsangkan.

Toyota mensasarkan peningkatan jarak pemanduan sebanyak 30 peratus berbanding model terdahulu. Terima kasih kepada kapasiti storan hidrogen yang dipertingkat.

BACA >>> Toyota Yaris (2020) Serba Baharu Didedahkan, Kini dengan Rekabentuk Lebih Seksi

SPESIFIKASI

Panjang: 4,975mm
Lebar: 1,885mm
Tinggi: 1,470mm
Jarak Roda: 2,920mm
Sistem Pemanduan: Pacuan Roda Belakang (RWD)
Penumpang: 5 orang
Jarak: Peningkatan kira-kira 30% daripada generasi sekarang

* Angka mengikut unjuran dalaman Toyota

GALERI
Auto Terkini FCEV Fuel Cell Electric Vehicle (FCEV) kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV) model konsep Pameran Auto Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019 Roda4 TMS 2019 Tokyo Toyota Toyota Mirai Concept Yoshikazu Tanaka
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

AFEELA Prototype 2026
Auto Terkini

Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

27/03/2026
Roda4

#BIMS2026: Nissan Kicks e-POWER Terima Facelift di Thailand

27/03/2026
Auto Terkini

JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

27/03/2026
Roda4

#BIMS2026: Geely EX5 Max Dilancar di Thailand, EV SUV Segmen C dengan Jarak Hingga 525 km

27/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Petrol RON95
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

By Syafie26/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Roda2

MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

By Shazwan Hisam24/03/2026
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.