Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tiada Operasi Gojek di Malaysia
Auto Terkini

Tiada Operasi Gojek di Malaysia

WahidBy Wahid25/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SYARIKAT e-hailing dari Indonesia, Gojek memberi kata putus tidak akan beroperasi di Malaysia.

Kenyataan tersebut dikeluarkan berikutan tular foto kelibat sebuah kereta dengan pelekat logo Gojek di ibu kota baru-baru ini hingga menimbulkan spekulasi penyedia perkhidmatan e-hailing itu akan beroperasi di Malaysia.

BACA >>> Gojek Jadi Masuk Pasaran Malaysia?
BACA >>> #SembangDeras: Boleh Jadi Macam Tokyo, Kenapa Pilih Gojek untuk Jadi Jakarta?

Bagaimanapun, syarikat platform kerja, media dan acara dari Singapura, Tech In Asia mendakwa kereta dengan logo Gojek itu digunakan untuk penggambaran satu kempen yang dijangka dilancarkan lewat tahun ini.

Sebenarnya ada 33 syarikat e-hailing didaftarkan dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) selain GrabCar, seperti AirAsia Ride, MyCar, Mula Car, Riding Pink setakat 7 Jun lalu, tetapi Gojek tiada dalam senarai tersebut.

Gojek pernah dibenarkan melakukan ujian rintis selama enam bulan di Malaysia pada 2020. Namun, rancangan itu dihentikan pada 2021 atas faktor keselamatan kerana kadar kemalangan tinggi dalam kalangan penunggang dan pembonceng motosikal Malaysia.

Malah ada kalangan netizen mengkritik isu sentuhan fizikal antara pembonceng dan penunggang, yang membawa kepada pengenalan pengadang galas yang perlu dipakai penunggang selain disebabkan faktor pandemik Covid-19.

Gojek kini beroperasi di Indonesia, Singapura dan Vietnam. Aplikasi Gojek juga dimuat turun lebih 200 juta kali dengan mengumpul lebih dua juta pemandu dan penunggang seluruh Asean. Malah, Gojek ialah syarikat Indonesia pertama mencapai penilaian lebih AS$1 bilion (RM4.4 bilion).

BACA>>> Gojek Indonesia Cipta Panel Pengadang Boleh Galas untuk Elak Covid-19
BACA >>> Dego Ride, Gojek Mula Uji Operasi Motosikal e-Hailing di KL, Januari 2020
BACA >>> Penunggang ‘Gojek Rwanda’ Wajib Guna Motosikal Elektrik

Auto Terkini GoJek Gojek Indonesia Perkhidmatan e-Hailing Syarikat e-Hailing Tech In Asia Tiada Gojek di Malaysia
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.