• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dego Ride, Gojek Mula Uji Operasi Motosikal e-Hailing di KL, Januari 2020

Dego Ride, Gojek Mula Uji Operasi Motosikal e-Hailing di KL, Januari 2020

November 6, 2019 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


WARGA Lembah Klang bakal mendapat pilihan medium pengangkutan baharu, iaitu  motosikal e-hailing bermula Januari tahun depan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook semalam di Parlimen berkata, kelulusan perkhidmatan motosikal e-hailing adalah tertakluk kepada Peraturan dan Undang-Undang Pelesenan di bawah Akta Pengangkutan Jalan

Menurutnya, perkhidmatan tersebut akan dibenarkan beroperasi di Lembag Klang sebelum diperluaskan ke kawasan lain jika ada permintaan.

BACA >>> #SembangDeras: Boleh Jadi Macam Tokyo, Kenapa Pilih Gojek untuk Jadi Jakarta?

“Perkhidmatan motosikal e-hailing tertakluk kepada syarat sama seperti ditetapkan dalam perkhidmatan e-hailing. Kerajaan membenarkan perkhidmatan motosikal e-hailing selepas menimbangkan ia sebagai cara meningkatkan tahap perkhidmatan pengangkutan awam dalam negara.

"Perkhidmatan motosikal e-hailing akan menjadi salah satu komponen utama dalam usaha Kerajaan menyediakan sistem pengangkutan awam menyeluruh, dan akan jadi perkhidmatan perhubungan yang pertama dan terakhir," katanya.

PROJEK RINTIS SEBELUM RANGKA UNDANG-UNDANG

Menurutnya lagi, Kerajaan melaksanakan projek rintis kerana undang-undang relevan buat motosikal e-hailing mengambil masa untuk dirangka, dibentangkan dan diluluskan Parlimen.

Projek rintis tersebut, menurut Loke, adalah melibatkan Dego Ride dan Gojek yang mana tempoh percubaan mengambil masa enam bulan, dan penyedia perkhidmatan perlu memenuhi syarat digariskan Kementerian Pengangkutan.

Antara syarat diwajibkan:

  • Ada lesen penuh dan umur tidak kurang 18 tahun.
  • Hanya seorang penumpang dibenarkan dibawa pada satu-satu masa, dan umur mesti tidak kurang 18 tahun.
  • Motosikal digunakan mesti ada tanda jelas yang menunjukkan penunggang itu melakukan perkhidmatan mo.tosikal e-hailing
  • Penunggang mesti memakai seragam atau baju khas yang menunjukkan mereka penunggang motosikal e-hailing.

Loke berkata, penguatkuasaan akan dibuat dengan kerjasama polis. Penyedia motosikal e-hailing perlu memainkan peranan penting dengan berkongsi semua data yang dikumpul dengan Kerajaan untuk pemantauan selain memastikan peraturan dan undang-undang dipatuhi.

Kabinet pada Ogos lalu bersetuju memperkenalkan perkhidmatan motosikal e-hailing Gojek (dari Indonesia) untuk beroperasi di Malaysia. Tidak lama selepas itu Kerajaan menyatakan perkhidmatan itu tidak terhad untuk Gojek sahaja, tetapi juga terbuka kepada penyedia tempatan.

BACA >>> Menteri: Motosikal e-Hailing Bukan untuk Gojek Indonesia Sahaja

BACA >>> Survei: 56 Peratus Pembaca Tak Setuju Gojek, Mat Motor Berbelah Bahagi

SUMBER: TheSunDaily

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, aplikasi mobil, auto terkini, Dego RIDE, GoJek, Motosikal e-Hailing, roda2, teksi e-hailing, teksi motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
    #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my