• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menteri: Motosikal e-Hailing Bukan untuk Gojek Indonesia Sahaja

Menteri: Motosikal e-Hailing Bukan untuk Gojek Indonesia Sahaja

September 3, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook hari ini membetulkan kekeliruan umum apabila menegaskan Kabinet meluluskan konsep perkhidmatan motosikal e-hailing, dan bukan dikhaskan untuk Gojek sahaja.

Sebelum ini ramai beranggapan Kerajaan menganaktirikan pengusaha tempatan apaila dilaporkan mengadakan perbincangan tertutup dengan Gojek, iaitu syarikat start-up  yang berpangkalan di Indonesia.

Terbaharu, Loke dipetik Astro Awani berkata, mana-mana syarikat operator perkhidmatan, termasuk Dego Ride, boleh beroperasi selepas kerangka undang-undang mod pengangkutan tersebut diluluskan Parlimen.

“Ramai masih keliru dengan isu ini. Kabinet bukan beri kelulusan kepada Gojek, tetapi beri kelulusan kepada konsep perkhidmatan motosikal e-hailing.

“Kalau kami sudah beri kebenaran (kelulusan Parlimen) kepada perkhidmatan ini, kami mengalu-alukan mana-mana syarikat yang ingin beroperasi untuk menyertai.

“Bagaimanapun, mereka perlu ikut kerangka undang-undang yang kami sediakan,” kata Loke selepas melancarkan buku berjudul ‘My Journey by Bus’ di Rex KL, hari ini.

Beliau turut mengalu-alukan penyertaan mana-mana syarikat perkhidmatan teksi motosikal yang mahu beroperasi di negara ini selepas undang-undang diluluskan.

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, auto terkini, Dego RIDE, GO-JEK, Kementerian Pengangkutan, Menteri Pengangkutan, Motosikal e-Hailing, teksi motor, Teksi Motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
    #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my