Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tiada Lagi Lanjutan Pengecualian SST, Harga Kereta Baharu Naik 1 Julai Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Lanjutan Pengecualian SST, Harga Kereta Baharu Naik 1 Julai Ini

ShawkathBy Shawkath20/06/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KERAJAAN nampaknya tidak bercadang melanjutkan lagi tempoh pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) untuk tempahan kenderaan baharu, menandakan tarikh akhir insentif itu ialah 30 Jun 2022. Perkembangan terbaharu itu diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz.

Bagaimanapun, tempoh pendaftaran kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilanjutkan sehingga 31 Mac 2023 untuk mereka yang membuat tempahan kenderaan sebelum 30 Jun ini.

BACA >>> Insentif Pengecualian Cukai Kenderaan Bantu Selamatkan Industri Automotif?
BACA >>> Hanya 1,921 Unit Kenderaan Baharu Dijual Sepanjang Jun 2021, Susut Sampai 96%

Tengku Zafrul berkata:

“Ini bagi membolehkan pembeli yang membuat tempahan kenderaan sehingga 30 Jun terus menikmati insentif pengecualian cukai jualan.”

LANJUTAN MASA DAFTAR KENDERAAN

Sebelum ini, Kerajaan pernah melanjutkan tempoh pengecualian SST beberapa kali untuk membantu memulihkan industri automotif tempatan yang terjejas akibat beberapa perkembangan semasa termasuk pandemik Covid-19, gangguan bekalan mikrocip dan komponen.

BACA >>> MAA: 84,303 Kenderaan Dijual Sepanjang Januari-Februari 2022
BACA >>> MAA Mohon Kerajaan Lanjut Tempoh Pengecualian SST untuk 6 Bulan Lagi

Beliau menyatakan lanjutan tempoh pendaftaran kenderaan diberi sebagai satu penyelesaian titik tengah untuk mengimbangi kepentingan pengguna dan hasil cukai negara yang perlu ditingkatkan semula selepas fasa pandemik. Tujuannya untuk memastikan kebajikan rakyat dan kesejahteraan ekonomi negara terus terpelihara.

Tengku Zafrul menjelaskan ada sebanyak 264,000 unit kenderaan ditempah dalam tempoh pengecualian SST yang masih belum siap pemasangan dan gagal dikirim kepada pembeli.

Faktor melambatkan kiriman berpunca akibat gangguan rantai bekalan global membabitkan industri automotif.

MANFAAT PENGECUALIAN SST

  • Sejak diperkenalkan, sebanyak 868,422 unit kenderaan di bawah insentif SST.
  • Rakyat khususnya pembeli kenderaan menikmati manfaat pengecualian cukai jualan berjumlah RM4.7 bilion.
  • Insentif diberi untuk kenderaan penumpang, kenderaan pelbagai guna (MPV), kenderaan utiliti sukan (SUV) merangkumi model pemasangan tempatan (CKD) dan import (CBU).
  • Model CKD menerima manfaat 100 peratus manakala CBU diberi pengecualian 50 peratus.
  • Insentif diperkenalkan Kerajaan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana). Mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkannya pada 5 Jun 2020.

BACA >>> Jualan Honda Malaysia Jatuh Teruk, Petanda Buruk Industri Automotif Negara?
BACA >>> Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan CKD, CBU Lanjut Hingga 30 Jun 2022
BACA >>> Pengecualian 100 Peratus Cukai Jualan Kenderaan CKD Lanjut Hingga 31 Disember 2021
BACA >>> PENJANA: Kerajaan Mansuhkan 100 Peratus Cukai Jualan untuk Kenderaan CKD
BACA >>> Harga Motosikal CKD Bawah 150cc Turun April ini?

SUMBER: FMT

autoterkini Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) Insentif Pengecualian Cukai Sevis dan Jualan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Tengku Zafrul Aziz
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.