Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tiada Lagi Himpunan RXZ Member 6.0?
Auto Terkini

Tiada Lagi Himpunan RXZ Member 6.0?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HIMPUNAN RXZ Member 5.0 (2023) yang berlangsung di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak di Terengganu menarik lebih 60,000 peserta, termasuk pemilik dari empat negara jiran iaitu Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Bagaimanapun, acara dua hari itu mengundang masalah apabila sebilangan peserta ditahan pihak berkuasa atas pelbagai kesalahan.

Menurut penganjur dipetik Harian Metro berkata, pihaknya belum memutuskan sama ada penganjuran program itu akan diteruskan tahun depan atau sebaliknya.

Akhbar itu menyatakan pihak penganjur memberi bayangan penganjuran acara yang bermula sejak 2017 itu mungkin terakhir diadakan tahun ini. Pengarah program, Mohamad Faizal Mat Ali berkata;

Sambutan Himpunan RXZ Member 5.0 kali ini begitu meriah dan luar biasa berbanding RXZ Member 1.0 hingga 4.0, lebih 60,000 peserta seluruh negara hadir termasuk dari Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura.

“Mereka sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menyertai dan memeriahkan lagi program tahunan kali kelima itu yang menawarkan hadiah cabutan bertuah lumayan termasuk motosikal Ducati.

“Namun bagi saya ia begitu mengecewakan dengan apa yang berlaku sepanjang dua hari penganjuran itu kerana ada peserta ditahan dan motosikalnya disita pihak berkuasa atas pelbagai kesalahan.

“Saya sendiri pun perlu berjumpa beberapa kali dengan pihak polis untuk menyelesaikan masalah itu kerana ramai meminta tolong kerana sambutan diterima daripada peserta luar biasa kali ini.

“Saya menangis kecewa dan buntu, namun saya tidak nafikan yang ditahan itu melakukan pelbagai kesalahan walaupun garis panduan dan peraturan sudah dimaklumkan.

“Jadi untuk Himpunan RXZ Member 6.0 tahun depan saya belum pasti sama ada program tahun ini yang terakhir atau sebaliknya.”

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilaporkan mengenakan tindakan sitaan terhadap 126 motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang sembilan hari Operasi Khas Motosikal (OKM) peringkat Terengganu, termasuk peserta Himpunan RXZ Member 5.0.

SUMBER: HMetro

autoterkini Himpunan RX-Z 5.0 (2023) Himpunan RXZ Himpunan RXZ Member 5.0 (2023) Jabatan Pengangkutan Jalan Litar Permotoran Terengganu Mohamad Faizal Mat Ali roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.