Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tiada Lagi Enjin V8 untuk Continental GT, GTC, dan Flying Spur di UK, Pasaran Lain Bakal Menyusul!
Auto Terkini

Tiada Lagi Enjin V8 untuk Continental GT, GTC, dan Flying Spur di UK, Pasaran Lain Bakal Menyusul!

Abang HirataBy Abang Hirata07/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MASANYA sudah tiba, Bentley Motors pada Mei lalu mengumumkan persaraan enjin 4.0L V8 turbo kembar untuk Continental GT, Continental GTC dan Flying Spur.

Kumpulan pasaran pertama ialah Britain, Eropah dan Timur Tengah, manakala pasaran lain bakal menyusul.

Namun, pelanggan masih berpeluang mendapatkan enjin sama melalui Bentayga. Sebagai makluman, Bentley terlebih dahulu menamatkan pengeluaran enjin 6.75L V8 pada 2020.

Penamatan pengeluaran untuk Continental dan Flying Spur adalah antara langkah strategi Beyond100 yang mana semua model Bentley ditawarkan pilihan trenkuasa hibrid pada 2024.

Perjalanan bermula melalui pengenalan Bentayga dan Flying Spur Hybrid dengan mendapat sambutan mengatasi jangkaan. Enjin pembakaran dalaman (ICE) V8 memainkan peranan penting dalam kenderaan Bentley selama lebih 75 tahun.

Enjin Siri L V8 pertama diperkenal pada Bentley S2 1959 berkuasa 180hp daripada ‘mesin’ 6.2L. Enjin V8 hari ini pula menghasilkan tiga kali ganda kuasa dengan sesaran lebih kecil atau dua pertiga daripada asal.

Enjin 4.0L V8 turbo kembar (foto atas) diperkenal pada 2012 dan sejak itu lebih 53,000 enjin menjadi nadi Continental GT, GTC dan Flying Spur. Setiap satu dipasang dengan tangan di kilang Dream Factory Bentley, di Crewe, England.

Enjin V8 moden Bentley direka untuk ‘menghadiahkan’ daya kilas tinggi dan pada masa sama melepaskan emisi lebih rendah dan memberikan kecekapan sebaik mungkin. Enjin pula berkuasa 542hp dan tork setinggi 770Nm @ 2,000rpm-4,500rpm.

Bentuk enjin segiempat tepat dengan panjang lejang dan gerek silinder 86mm memberikan keseimbangan terbaik antara kuasa dan tork.

Bersama pengecas turbo skrol kembar, enjin menghasilkan lebih 135hp setiap liter. Tempahan untuk Britain, dan Eropah Timur Tengah sudahpun ditutup. Penghantaran terakhir Continental GT, GTC dan Flying Spur dengan enjin V8 dijadual pada Jun lalu.

Jika sempat, pelanggan masih boleh mendapatkan unit sedia ada melalui rangkaian pengedar atau penjual.

Auto Terkini Bentley Bentley Motors Bentley UK
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.