Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Thailand Lancar Yamaha QBIX Baharu, Skuter Urban Hipster dengan Rekabentuk Kiub
Roda2

Thailand Lancar Yamaha QBIX Baharu, Skuter Urban Hipster dengan Rekabentuk Kiub

AryonBy Aryon03/04/20193 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA memperkenalkan skuter urban gaya baharu, QBIX baharu sempena Pameran Motor Bangkok 2019 dengan menampilkan rekabentuk kiub seperti bongkah permainan LEGO. Pelancaran skuter ini ialah cubaan Yamaha untuk mengetengahkan inovasi rekaan baharu dalam usaha menarik minat penunggang muda.

Jika dilancarkan di Malaysia, QBIX akan jadi model baharu sepenuhnya yang pasti mengundang jelingan mata pengguna atas jalan. Dengan rekaan gaya kiub, nama QBIX sebenarnya diambil daripada perkataan ‘kubik’ (kiub @ cube). Penampilan paling menonjol ialah bentuk kepala segiempat dan fairing dada segiempat bujur.

BACA >>> Yamaha Nozza Grande 125 – Skuter Hibrid Enjin Kecil untuk Ekstra Jimat Kini di Vietnam

REKABENTUK UNIK, TEKNOLOGI BLUECORE

Lampu utama, lampu belakang dan lampu brek QBIX menggunakan mentol LED sepenuhnya, yang masing-masing berbentuk kotak atau bersegi. Skrin LCD digital agak ringkas seperti dipasangkan sebuah powerbank. Laci depan disediakan soket USB untuk mengecas peranti pintar, manakala ruang simpanan bawah pelana berkapasiti 22.5 liter mampu memuatkan dua helmet atau barangan peribadi. Bagaimanapun, kunci penghidup masih tradisional, tetapi ditambahkan ciri pengesan lokasi.

Sistem brek menggunakan brek cakera di depan, dan brek dram di belakang. Varian QBIX premium didatangkan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), manakala saiz rim ialah 12 inci.

Aspek teknikal, QBIX dijana enjin 4-lejang 125cc penyejukan cecair dengan teknologi BlueCore berkuasa 9.5hp @ 8,000rpm dan tork 9.6Nm @ 5,500rpm. Di pasaran Thailand, skuter ini ditawarkan dalam 3 varian pada harga:

  • QBIX Standard – AS$1,700 (RM6,900)
  • QBIX S – AS$1,780 (RM7,300)
  • QBIX ABS – AS$1,900 (RM7,800)

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Teknologi ‘Yamaha Blue Core’?

Tidak pasti sama ada model ini ada aau tidak dalam perancangan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM). Tetapi jika mengkaji pe’el pengguna dan HLYM sendiri, terpaksalah kita berhuhuhu saja.

GALERI

SUMBER: News.Zing

Pameran Motor Bangkok 2019 roda2 skuter Yamaha Yamaha QBIX Yamaha Thailand
Aryon

    Artikel Berkaitan

    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
    Auto Terkini

    G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

    07/07/2026

    3 Comments

    1. AJ on 03/04/2019 23:49

      Klo x silap tmpt isi mnyak kt tengah diantara perehat kaki penunggang

      Reply
    2. Sonazz on 01/10/2019 15:54

      ride scooter ni kat Phuket, mmg terbaik.. layan.. harap Yamaha Malaysia jual

      Reply
    3. WAN SUET LIN on 08/08/2020 11:34

      Hi. I’m malaysia penang. I mahu tahu adakah ECO Digital? Pls email or Line ID vivo55

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.