Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Tentang Subaru dan Type RA, Kenapa Begitu Istimewa dan Popular?
Roda4

Tentang Subaru dan Type RA, Kenapa Begitu Istimewa dan Popular?

Han OthmanBy Han Othman09/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUBARU memperkenalkan model WRX STI Type RA-R versi pasaran domestik Jepun (JDM) sempena meraikan ulang tahun divisyen sukan permotoran jenama itu, STI kali ke-30. Soalannya, bilakah label Type RA ini mula popular, istimewa dan jadi arus perdana?

Kembali ke tahun 1990-an, kejayaan Subaru atas trek rali menjadi sebab utama kenapa pengeluar dari Jepun itu menghasilkan Impreza yang laju dalam versi lebih ringan dan mudah dikekang. Di sinilah lahirnya RA yang membawa maksud ‘Race Altered’, iaitu model yang diubah daripada versi lumba.

BACA >>> Subaru WRX STI Type RA-R Edisi JDM Sempena Ulang Tahun STI – 324hp, 500 Unit

Jika fiil memandu lebih penting berbanding tingkap kuasa dan lampu kabus, RA ringan ialah model yang sangat sesuai untuk anda. Type RA datang dengan janaan kuasa setinggi 280hp bersama berat diperhalusi, iaitu antara 1,020kg dan 1,270kg. Menariknya, ini bukan kereta di bawah divisyen STI, tetapi produk sampingan atau spin-off daripada gred WRX.

Type RA hanya ada dalam warna putih – Pure White – sahaja, dan datang dengan rim aloi 5 jejari perak-kelabu serta tanpa spoiler. Agak pelik kenapa kereta sebuas ini tidak diberikan spoiler yang sinonim dengan  jentera prestasi? Jawapannya, kurangkan berat! Pada masa sama, penampilan itu jugalah yang menjadi ciri khas Type RA.

SPIN-OFF KUASA TIGA

Subaru Impreza WRC (1995)

Ambil contoh model Subaru Impreza WRX V5 Type RA 555 WRC Limited Edition (1999)(foto bawah). Model bernama panjang ini cuma dihasilkan 1,000 unit dan dikatakan jentera spin-off kuasa tiga. 😛 Ia sengaja dibikin sempena meraikan kejayaan Subaru dalam Kejohanan Rali Dunia (WRC) era pertengahan 1990-an dulu di bawah label ikonik, 555. Ia juga jadi sebab kenapa Subaru cukup terkenal dengan warna biru – Sonic Blue – dan rim emas.

Walaupun dibina berasaskan RA ringan, model ini ada lampu kabus dan tingkap kuasa (dipasangkan semula). Malah, ada spoiler juga. Berat pula bertambah 30kg. Kalau RA ialah model rali versi street, tetapi yang ini di-mainstream-kan semula (perubahan kuasa tiga). Lihat foto asal di bawah ini:

Itupun masih juga dicari-cari peminat kereta seluruh dunia. Ini kerana walaupun edisi terhad, ia juga berbeza spesifikasi. Model ini misalnya dilengkapkan dengan kerusi biru cerah seperti model rali yang siap dengan sulaman 555 pada bahagian penyandar. Kerusi belakang jenis biasa, manakala spesifikasi lain ialah original daripada kereta rali klasik Impreza.

Kereta tersebut ialah milik seorang warga Britain dengan catatan perbatuan kira-kira 200,000km. Menurutnya, model itu diimport dari Jepun setahun lalu, dan dibeli daripada pemilik asal yang menjaganya selama 11 tahun. Bagaimanapun, set pemain CD bukan lagi versi original. Kondisi rim juga sangat cantik, mungkin sudah di-touch-up, manakala rupa fizikal masih elok.

BACA >>> Subaru Impreza – Jaguh Rali Jepun Paling Ikonik, Kalahkan Mitsubishi Evo

Brek cakera jenis lubang juga bukan original, tetapi mudah saja diganti versi asal. Pada harga £8999 (RM47,708) dengan sejarah WRX, bolehlah dianggap berbaloi dimilik buat masa sekarang sebelum harga semakin meroket naik beberapa tahun lagi.

SUMBER: CarThrottle

Kejohanan Rali Dunia (WRC) RA Race Altered Roda4 Subaru Subaru Impreza Subaru Impreza WRX Type RA 555 Limited (1999) WRC
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

21/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Aksesori

Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

19/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.