Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»#TahukahAnda: Tentang Rim WedsSport TC105N vs TC105X yang Perlu Anda Tahu
Aksesori

#TahukahAnda: Tentang Rim WedsSport TC105N vs TC105X yang Perlu Anda Tahu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA anda peminat sukan permotoran seperti GT300, GT500, dan beberapa siri perlumbaan lain, jenama WedsSport atau lebih spesifik WedsSport TC series pasti bukan asing. Jenama rim sport itu bermula sejak 1993 dan saban tahun sentiasa menampilkan pembaharuan.

Generasi terkini siri TC, TC105N adalah antara produk rim sport popular yang menjadi pilihan pelumba trek dan pemilik kereta harian masa kini. Seperti TC105N sedia ada, rim sport TC105X baharu turut menjalani banyak ujian penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam siri perlumbaan SuperGT Jepun.

Data dikumpul WedsSport daripada kejuaraan itu digunakan sepenuhnya untuk menghasilkan rim yang memiliki ketahanan tekanan ekstrem tanpa berat berlebihan. Berbanding TC105N, siri TC105X menampilkan enam perubahan utama yang menjadikan rim itu lebih kuat dan pada masa sama tidak mengubah penampilan luaran, iaitu masih kekal dengan ciri signatur 10-jejari.

BACA >>> 10 Rekabentuk Rim Sport Aftermarket Paling Ikonik

1. N-FRAME DIKEMAS KINI

TC105N
TC105X

Perubahan pertama dilakukan WedsSport adalah mengkaji struktur frem N-Frame. Frem rim ini direka untuk meningkatkan tahap rigid jejari dan menambah baik sebaran impak. Dengan menjadikan N-Frame sedikit lebih tinggi, WedsSport dapat meningkatkan kekuatan rim. Ia juga agak lebih besar pada model baharu, tetapi jika cuba cari perbezaan, anda mungkin tidak sedar.

2. POTONGAN SISI JEJARI

TC105N
TC105X

WedsSport menggunakan rekabentuk sama pada rim terdahulu dan berjaya. Jadi, cara sama juga digunakan pada TC105X baharu. Dengan potongan besar pada sisi jejari (spoke), berat rim kini jadi lebih ringan tanpa mempengaruhi kekuatan.

Malah, potongan itu meningkatkan bahagian permukaan jejari dan menawarkan sebaran beban lebih baik. Siri lama TC105N menggunakan jejari rata berbeza pada sisi jejari bertentangan dengan N-Frame. Agak mudah mengesan perbezaan dua rim itu dalam gambar.

3. PROFIL BAREL

Barel (barrel) rim adalah salah satu bahagian paling kritikal kerana menghubungkan muka dan belakang rim. Barel yang lemah berkemungkinan besar boleh pecah akibat impak. Jadi sangat penting barel menggunakan rekabentuk yang kuat.

Sudah tentu, barel akan jadi agak besar dan penggunalan terlalu banyak material akan menyebabkan rim jadi sangat berat. Bagaimanapun, TC105X mempunyai lekuk tengah (drop-centre) yang turut digunakan WedsSport pada rim lain. Lekuk tengah itu berfungsi sebagai penguat muka rim roda dan menambah baik keseluruhan kekuatan rim.

BACA >>> Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?

4. BEBIBIR DIUBAHSUAI

TC105N
TC105N
TC105X
TC105X

Bebibir (flanges) adalah bahagian rim paling jauh dan kerap disalah guna. Bagi TC105X, WedsSport melenturkan bebibir depan dan menipiskan bebibir belakang. Ini meningkatkan kekuatan keseluruhan rim dan mengurangkan potensi untuk mudah pecah.

5. DI SEBALIK POTONGAN JEJARI

TC105N
TC105\X

Usaha mengurangkan berat rim turut disumbangkan potongan kecil belakang jejari. Bagi model TC105N, belakang jejari adalah rata, tetapi WedsSport mendapati sejumlah kecil material boleh diketepikan tanpa menjejaskan kekuatan jejari.

Jadi, TC105X menampilkan potongan belakang jejari yang kecil. Ini mungkin bukan penjimatan berat yang ketara, tetapi ia sebenarnya sudah jadi rim yang lebih ringan.

BACA>>>Rim Kawasaki Ninja ZX-25R Versi Lumba Buatan Indonesia?

6. BAHAGIAN TENGAH DIPERKUAT

TC105N
TC105X

Perubahan terakhir dilakukan pada TC105X adalah kawasan tengah yang diubahsuai sedikit untuk meningkatkan keseluruhan bahagian permukaan dengan menambah baik agihan beban. Seperti dimaklumkan di atas, walaupun sekadar perbezaan kecil, perubahan itu semestinya akan menambah baik rim yang sedia hebat.


PERLUKAH NAIK TARAF RIM?

Jika anda sekarang menggunakan satu set rim TC105N, anda mungkin tertanya adakah perlu naik taraf? Jika anda suka berlumba trek, memiliki rim ringan dan kuat adalah perkara yang sangat penting. Jadi memang perlu naik taraf.

Jika kereta anda digunakan untuk pemanduan harian, tiada masalah untuk anda naik taraf, tetapi bukanlah satu keperluan.  Seperti disebut di atas, TC105X adalah evolusi rim siri TC, bukan revolusi. Perubahan adalah kecil, tetapi tetap memberikan lebih manfaat berbanding TC105N.

BACA >>> Lelaki Ini Bikin Arca Guna Penutup Rim, Boleh Jual Sampai RM40k!

SUMBER: VividRacing

aksesori aksesori kereta rim rim sport Roda WedsSport TC105N WedsSport TC105X Wheels
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    30/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    29/05/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build, Tunjuk Keupayaan Overlanding Dengan 3.8L V6

    21/05/2026
    Honda V2H Stand
    Aksesori

    Honda V2H Stand: Peranti Bekalkan Elektrik daripada EV kepada Rumah

    22/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.