Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Tentang Hyundai i30 N yang Baru Masuk Malaysia
Roda4

Tentang Hyundai i30 N yang Baru Masuk Malaysia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HYUNDAI Sime Darby Motors (HSDM) baru saja memperkenalkan hot-hatch paling berkuasa jenama itu, i30 N untuk jualan pasaran Malaysia menerusi pratempahan serendah RM2,000 sempena Jualan Mega Hujung Tahun 12.12.

Harga penuh model ini di Malaysia ialah RM298,000. Ini bermakna bukan calang-calang orang mampu memiliki hatchback berkuasa ini. Jom kita reviu sekejap tentang spesifikasi i30 N edisi Malaysia ini.

BACA >>> Hyundai i30 N Kini di Malaysia, Tempahan Serendah RM1k di Lazada, 20 Unit Sahaja!

LAWAN GOLF GTI, MEGANE RS DAN CIVIC TYPE R

i30 N adalah pesaing kepada Volkswagen Golf GTi, Renault Megane R.S dan Honda Civic Type R. Model ini dijana enjin 2.0L T-GDI Turbo berkuasa 273hp dan tork 353Nm dengan transmisi manual 6-kelajuan.

Tahap pemanduan sporty boleh disesuaikan dengan lima mod pemanduan: Eco, Normal, Sport, N dan N Custom. Sistem Kawalan N Grin akan menukar mod pemanduan dan melaraskan parameter enjin, damper dan mengaktifkan Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Diferensial Gelincir Terhad Elektronik (E-LSD), bunyi ekzos, stereng dan padanan rev aka rev matching.

Sebagai tambahan, pemandu boleh memilih punat rev matching pada stereng untuk meningkatkan putaran enjin ketika menukar gear tinggi ke rendah, manakala ciri Kawalan Luncur (Launch Control) membantu melancarkan pergerakan kenderaan ketika memecut awal dari posisi pegun menerusi kawalan tork enjin.

Jika ciri rev matching melancarkan tukaran gear, fungsi overboost pula meningkatkan tork sebanyak 8 peratus dan pecutan (6-7 peratus).

SENTUHAN BADAN DIVISYEN N

Hatchback 5-pintu ini dipadankan rim 19-inci yang dibalut tayar Pirelli yang tertera logo N dengan jarak lega tanah rendah 8mm. Sentuhan imej perlumbaan dapat dilihat menerusi padanan warna merah pada kaliper brek dan gril depan silang  berserta warna badan biru lembut, dinamakan Performance Blue.

Ilham luaran i30 N diambil daripada Hyundai Motorsports WRC dan TCR. Imej sporty dapat dilihat pada penampilan lampu depan dengan bilah hitam. Lampu siang (DRL) LED horizontal yang diletakkan pada ventilator udara di penjuru bampar depan berfungsi meningkatkan penyejukan brek dan menambah baik aerodinamik jentera.

Sentuhan spliter depan dan spoiler sayap belakang pula dibangunkan bagi meningkatkan daya mendap (downforce) dan keseimbangan aerodinamik. Lampu brek belakang bentuk segitiga memberikan pandangan unik yang dipadankan spoiler hitam berkilat dan dwi-ekzos.

KABIN SPORTY

Sebagai kereta yang menumpukan kepada pengalaman pemanduan sporty, semestinya susun atur sistem kawalan kabin direka untuk memudahkan capaian tangan pemandu. Punat kiri stereng (warna biru muda) tersedia tiga mod pemanduan, Normal, Sport dan Eco, manakala punat kanan stereng tersedia mod N dengan simbol bendera perlumbaan untuk tetapan kustom skrin navigasi.

Tombol gear jenis bulat dan stereng diwarnakan biru dengan lencana N. Kluster instrumen elektronik direka untuk memudahkan pandangan pemandu dengan bahagian atas memaparkan indikator posisi gear.

Iluminasi LED pada panel meter akan berubah mengikut prestasi pemanduan dan suhu minyak enjin. Skrin infotainment jenis apung 8 inci memaparkan mod seperti meter G-force. Bahagian kerusi menawarkan ciri sokongan lumbar dengan lencana N tertera pada penyandar belakang, juga ada kusyen tambahan untuk ekstra kestabilan dan keselesaan.

CIRI BREK KECEMASAN AUTONOMI

i30 N didatangkan dengan ciri keselamatan Brek Kecemasan Autonomi (AEB) terkini yang berfungsi dalam tiga tahap melalui sensor kamera. Tahap Pertama, pemandu akan menerima amaran visual dan audio. Kedua, sistem akan mengawal brek mengikut situasi bahaya perlanggaran; dan Ketiga, sistem akan membrek keras untuk mengelak perlanggaran atau meminimumkan kerosakan.

Selain itu, i30 N juga disediakan Amaran Perhatian Pemandu (DAA), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS) dan sistem Bantuan Suluh Tinggi (HBA).

Berminat mahu tempah i30N? Baca SINI.

GALERI
Auto Terkini hot-hatch Hyundai i30 N Jualan Mega Hujung Tahun 12.12 Lazada Lazada 12.12 Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Denza Z Diperkenal di Eropah, 1,604 PS, 0-100 KM/J Hanya 1.96s, Cas 10-97% 9 Minit!

    12/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.