Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tempahan Toyota Corolla Altis Facelift Dibuka – 7 Beg Udara Standard Semua Varian
Auto Terkini

Tempahan Toyota Corolla Altis Facelift Dibuka – 7 Beg Udara Standard Semua Varian

Abang GYLBy Abang GYL12/11/20162 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Toyota Corolla Altis FaceliftBERMULA hari ini, UMW Toyota Motor membuka tempahan bagi model Toyota Corolla Altis facelift dengan beberapa penambahan ciri keselamatan.

Ditawarkan dalam tiga varian iaitu 1.8E, 1.8G dan 2.0V, Toyota Corolla Altis facelift dijual pada harga bermula RM120,900 hingga RM138,900.

HARGAToyota Corolla Altis Facelift

JAMINAN LIMA TAHUN

Toyota Corolla Altis didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. Dalam erti lain, anda boleh lenjan sampai puas.

Lebih menarik, tempoh jaminan turut boleh dipindah kepada pemilik baharu biarpun ia dijual dalam tempoh berkenaan.

toyota corolla altis facelift7 BEG UDARA

Dari aspek keselamatan, kesemua varian Toyota Corolla Altis facelift dilengkapi tujuh beg udara bersama Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC). Ya, standard untuk semua varian biarpun versi standard.

toyota corolla altis faceliftENJIN KEKAL

Bagaimanapun, aspek mekanikal masih dikekalkan. Toyota Corolla Altis facelift dijana unit enjin 1.8L 2ZR-FE yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 137hp  dan tork puncak 173Nm.

Manakala varian 2.0V pula dipadankan enjin 3ZR-FE bersesaran 2.0L. Dengan padanan kotak gear CVT automatik 7-kelajuan, ia menghasilkan kuasa sebanyak 143hp bersama tork puncak 187Nm.

Apa tunggu lagi. Pastikan anda buat tempahan segera jika hati sudah berkenan. Maklumat lanjut, layari www.toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol Toyota di 1-800-8-TOYOTA (869682).toyota corolla altis facelift

altis Toyota Corolla Altis 1.8E Toyota Corolla Altis 1.8G Toyota Corolla Altis 2.0V Toyota Corolla Altis Facelift
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Ferrari 12Cilindri Manuale – Gear Manual Kembali, Tanpa Transmisi Manual!

    06/07/2026
    Auto Terkini

    G.C. Ann Motor Enterprise Dilantik Sebagai CFMOTO Flagship Store Di Kuala Selangor

    06/07/2026
    BYD Alor Setar sambut Yangwang jelajah Malaysia
    Auto Terkini

    Jelajah Yangwang U9 China – Malaysia Tiba di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    06/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    03/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.