Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tempahan Honda BR-V (2020) Baharu Kini Dibuka!
Auto Terkini

Tempahan Honda BR-V (2020) Baharu Kini Dibuka!

Han OthmanBy Han Othman03/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia hari ini membuka tempahan untuk crossover 7-kerusi, BR-V (2020) baharu di semua 100 pengedar Honda terpilih seluruh negara dengan penampilan lebih segar dan dinaik taraf. Pelancaran model baharu ini akan dijadualkan pada suku pertama tahun ini.

BR-V kali pertama diperkenalkan di Malaysia pada 2017. Gabungan rekabentuk gaya dan versatiliti kenderaan utiliti sukan (SUV) menjadikan BR-V sebagai crossover serba guna yang pantas menarik minat ramai pembeli Malaysia, terutama kalangan pelanggan berkeluarga.

BACA >>> #PanduUji: Perodua Aruz atau Honda BR-V? Ini Jawapan Kami!

DIBANGUNKAN UNTUK PASARAN ASEAN

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, BR-V dibangunkan eksklusif Honda R&D Asia Pacific (HRAP) untuk pasaran Asean.

“Ini model HRAP pertama di Malaysia. BR-V bersedia memenuhi peningkatan permintaan pasaran untuk kereta 7-kerusi yang luas dan versatil.

“Sejak dilancarkan pada 2017, lebih 36,000 unit BR-V dijual di negara ini setakat Januari 2020. Keputusan menggalakkan ini diterjemahkan kepada 45 peratus perkongsian pasaran pada 2019, yang membantu BR-V mengekalkan posisi sebagai peneraju segmen,” katanya.

BACA >>> Kilang Honda Filipina Henti Operasi Pengeluaran BR-V, City

Luaran BR-V baharu dinaik taraf dengan penampilan lebih bergaya dan segar, serta pada masa sama mengekalkan ciri menarik dan menonjol sedia ada.

Rekabentuk depan menampilkan bampar depan ditambah baik dengan gril depan baharu, termasuk kemasan bampar bawah, dan kemasan lampu kabus depan baharu. BR-V baharu ini juga didatangkan dengan kemasan bampar bawah belakang, antena sirip jerung dan rim aloi 16 inci yang semua baharu.

Ciri lain, pelanggan kini boleh masuk dan keluar kereta dengan selesa, menghidupkan kereta menggunakan penghidup tanpa kunci (keyless entry) dan punat tekan mula (push-start button) yang dilengkapkan pada semua varian.

BACA >>> Inilah 5 Sebab Kenapa Anda Patut Pilih Honda BR-V

BR-V baharu dijana enjin 1.5L SOHC i-VTEC berkuasa 118hp dan tork 145Nm, juga angka spesifikasi tertinggi dalam segmennya. Model ini adalah pilihan ideal untuk pelanggan berkeluarga kerana ia memang direka untuk memberikan ekstra keluasan buat penumpang dan memuatkan pelbagai saiz barang.

Tempat duduk baris ketiga boleh dilaraskan condong dan terbalik (tilt & tumble) secara 50:50, serta boleh dibaringkan rata untuk memaksimumkan ruang but. Jadi BRV-V memang model yang sangat sesuai untuk pergi bercuti seisi keluarga, bersantai dan mengembara.

BR-V baharu juga akan memiliki kerusi kulit baharu dengan tambahan aksen merah untuk membangkitkan pengalaman keselesaan dan sporty buat pemandu dan penumpang.

Maklumat lanjut boleh hubungi talian bebas tol Honda Malaysia, 1-800-88-2020 atay layari www.honda.com.my.

BACA >>> Honda BR-V (2019) Facelift Kini di Thailand, Harga Bermula RM102k

Auto Terkini Crossover Honda Honda BR-V Honda Malaysia Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) SUV Toichi Ishiyama
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Toyota Hilux BEV offroad
Sembang Deras

#SembangDeras: Diesel Mahal, Mampukah Toyota Hilux BEV Jadi Penyelamat?

09/04/2026
Auto Terkini

GrabX2026: Grab Lancar 13 Ciri AI, Sasar Jadi Pembantu Harian Lebih Pintar di Asean

08/04/2026
JPJ Negeri Sarawak sita Ferrari ultra-terhad
Auto Terkini

Op Luxury: JPJ Sarawak Sita Ferrari ‘Ultra-Terhad’

08/04/2026
Auto Terkini

Hap Seng Star Sambut 140 Tahun Mercedes-Benz Dengan Acara Istimewa Hujung Minggu Ini

08/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

By Shazwan Hisam03/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
Auto Terkini

Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

By Shazwan Hisam04/04/2026
Moto Morini X-CAPE 700 2026
Roda2

Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

By Shazwan Hisam03/04/2026
Roda4

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

By Shazwan Hisam01/04/2026
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

By Han Othman01/04/2026
Auto Terkini

Selangor Laksana BDR Tiga Hari Seminggu Mulai 15 April

By Shazwan Hisam07/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.