• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda BR-V (2019) Facelift Kini di Thailand, Harga Bermula RM102k

Honda BR-V (2019) Facelift Kini di Thailand, Harga Bermula RM102k

June 19, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

397
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS memasuki tahun ketiga di pasaran, Honda BR-V tampil dalam bentuk model dipertingkat (facelift) di Indonesia pada April lalu. Kini giliran Thailand pula memperkenalkan model  edisi sama pada 10 Jun lalu.

Asasnya, BR-V (2019) facelift Thailand mempunyai gaya sama seperti versi Indonesia kecuali beberapa perbezaan warna luaran seperti gril depan dan aksesori belakang. Dari depan, BR-V tampak seperti CR-V mini, terutama pada bampar.

BR-V menerima pembaharuan estetika pada gril, lampu utama dengan lampu posisi LED, lampu siang (DRL), lampu kabus dan rim aloi yang keseluruhannya menampakkan imej lebih trendy. Satu lagi ciri menarik ialah bahagian kabin kini didatangkan dalam opsyen tiga baris tempat duduk dengan 7 penumpang, atau dua baris tempat duduk dengan 5 penumpang.

BACA >>> #PanduUji: Perodua Aruz atau Honda BR-V? Ini Jawapan Kami!!!

Sistem infotainment BR-V (2019) facelift dilengkapkan skrin sentuh 7 inci dengan sokongan peranti iOS dan Android, termasuk sambungan audio-visual menerusi HDMI, USB dan auksiliari (AUX) serta fungsi wayarles Bluetooth. Trenkuasa pula dipacu enjin sama, 1.5L i-VTEC dikekalkan dan serasi menggunakan bahan api E85 atau E20 dengan output tenaga 117hp, serta dipadankan transmisi CVT.

Perincian Honda BR-V (2019) Facelift Mengikut Varian:

Honda BR-V SV

  • Lampu utama projektor dengan lampu posisi LED, lampu siang (DRL) dan lampu kabus rekaan baharu.
  • Antena radio sirip yu.
  • 7-kerusi dengan kemasan hitam dan merah.
  • Tempat duduk baris kedua dengan pisahan 60:40 dan baris ketiga 50:50.

Honda BR-V V

  • Lampu utama jenis projektor.
  • 5-kerusi tanpa baris ketiga yang boleh digunakan untuk ekstra muatan barang.
  • Ruang baris ketiga digantikan pelapik kargo, manakala bawah kerusi baris kedua ditempatkan kotak utiliti.

Ada 6 warna ditawarkan, termasuk 2 warna baharu: Passion Red Pearl dan Platinum White Pearl sebagai tambahan kepada warna sedia ada: Lunar Silver Metallic, Modern Steel Metallic, Black Crystal Pearl dan Taffeta White.

DI MALAYSIA TAHUN INI?

Di Thailand, BR-V SV dijual pada harga 835,000 baht (RM111,200), dan BR-V V pada harga 765,000 baht (RM101,900).

Selepas dua negara, lazimnya pasaran Malaysia akan menyusul dan saingan dalam segmen SUV kecil ini dapat diukur semula selepas bertentang dengan Perodua Aruz, Toyota Rush dan Mitsubishi Xpander yang bakal dilancarkan kelak.

Berdasarkan sambutan hebat Aruz dengan pakej dan harga sukar ditandingi, agak sukar BR-V untuk bersaing kecuali sesama pesaing import seperti Rush, Xpander dan model pengganti Livina. Sebagai ingatan kembali, BR-V pada 2017 pernah terjual hampir 11,000 unit dalam masa enam bulan sahaja.

BACA >>> #PanduUji: Honda HR-V Hybrid, Si Abang Berkuasa dengan Prestasi Setanding Enjin 2.0L

Artikel Berkaitan

397
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Honda, Roda4 Tagged With: Honda, Honda Automobile (Thailand) Co., Honda BR-V, Honda Thailand, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Ltd., SUV, Thailand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
    Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
  • Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard
    Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my