Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tempah Proton Iriz (2019) Facelift Hanya RM9.99, Siap Ada Arahan Suara ‘Hi Proton’
Auto Terkini

Tempah Proton Iriz (2019) Facelift Hanya RM9.99, Siap Ada Arahan Suara ‘Hi Proton’

Abang GYLBy Abang GYL28/02/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERMULA 1-11 Mac ini, anda boleh menempah Proton Iriz (2019) facelift secara atas talian. Lebih menarik, yuran tempahan dikenakan hanya RM9.99 dan boleh dibuat menerusi laman rasmi Proton.

Malah, mereka yang membuat tempahan menerusi atas talian juga akan diberikan cukai jalan percuma selama dua tahun sebagai tanda penghargaan. Bagaimanapun, tempahan hanya boleh dibuat bermula 10 pagi (1 Mac) dan berakhir pada 11.59 malam (11 Mac). Bagaimanapun, harga jualan masih belum didedahkan.

Proton Iriz (2019) facelift masih lagi hadir dalam5lima varian:

  • Standard 1.3L MT
  • Standard 1.3L CVT
  • Executive 1.3L CVT
  • Executive 1.6L CVT
  • Premium 1.6L CVT

Proton Iriz (2019) Facelift
Berbanding versi terdahulu, Iriz (2019) facelift menerima beberapa perubahan ketara dari segi rupa luaran dan dalaman. Antaranya, bentuk kemasan krom pada gril depan berilhamkan busur awang-awang ‘Ethereal Bow’ yang seakan kening sedang menjeling. Rekaan gril juga diterapkan elemen ‘Infinity Weave’ sebagai signatur baharu Proton.

Bampar depan dan belakang lebih sporty berbanding versi sedia ada. Lampu depan pula diambil daripada model Persona dan turut dipadankan dengan lampu siang (DRL) LED. Selain itu, Iriz (2019) facelift juga bakal menampilkan warna baharu, biru muda.

Rekabentuk belakang juga tidak lagi kelihatan lencana Proton, sebaliknya digantikan perkataan ‘P R O T O N’, seperti tertera pada X70. Perkataan Iriz juga diberikan kemasan dengan kehadiran huruf ‘R’ merah. Juga kelihatan antena sirip yu dan rim aloi rekaan baharu.

BACA >>> Shukri: Proton Iriz Tak Kurang Apa-Apa, Sama Hebat dengan Model Lain

ENJIN & KOTAK GEAR SAMA, TAPI ADA TALAAN DIBERIKAN

Aspek mekanikal, tiada sebarang perubahan enjin mahupun transmisi dilakukan. Ianya masih kekal sama, tetapi beberapa talaan dilakukan untuk menjadikan ia lebih responsif dan jimat minyak. Begitu juga dengan kadar NVH yang diberikan peningkatan.

Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift

ARAHAN SUARA ‘HI PROTON’

Lebih menarik, unit infotaiment Iriz (2019) facelift diberikan nafas baharu dengan skrin berwarna bersaiz 7-inci, dibangunkan Proton dan ECARX, yang menawarkan ciri konektiviti, termasuk fungsi arahan suara (voice command) ‘Hi Proton’, sama seperti X70. Ini ialah hatchback segmen-B pertama Proton yang dilengkapi ciri sedemikian.

BACA >>> Foto Proton Persona (2019) Facelift Didedahkan, Siap Ada Arahan Suara ‘Hi Proton’!

Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift

BERAPA HARGA?

Buat masa ini, Proton tidak mendedahkan sebarang tanda harga utnuk semua model Iriz (2019) facelift. Namun berdasarkan info kami terima, harga jualan lebih murah berbanding versi sedia ada. Jika benar seperti diperkatakan, sudah pasti ia akan jadi nilai tambah buat rakyat Malaysia untuk memiliki kenderaan pada harga lebih mampu milik.

BACA >>> #PanduUji: Proton X70 yang Bukan Bishe Bishe

GALERI
Enjin Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
Proton Iriz (2019) Facelift
enjin Proton Iriz (2019) Facelift enjin proton iriz 2019 harga Proton Iriz (2019) Facelift harga proton iriz 2019 pandu uji Proton Iriz 2019 Proton Iriz (2019) facelift Proton Iriz 2019 proton iriz baru tempahan Proton Iriz 2019 warna proton iriz 2019
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Kerajaan Bakal Perkenal Program Lesen Kenderaan Berat Untuk Veteran ATM

    18/03/2026
    Auto Terkini

    LEPAS Tampil Strategi Jenama Berteraskan Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

    17/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    17/03/2026
    Acara KLSCFM batal sempena Aidilfitri 2026
    Auto Terkini

    KL Car Free Morning (KLCFM) Batal 22, 29 Mac Ini Sempena Cuti Raya

    17/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Roda4

    Proton X90 2026 Facelift Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99,800

    By Syafie15/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.