Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tempah dan Menang, GWM Malaysia Tawar Baucar Percutian hingga RM30,000!
Auto Terkini

Tempah dan Menang, GWM Malaysia Tawar Baucar Percutian hingga RM30,000!

Han OthmanBy Han Othman19/08/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GREAT Wall Motor (GWM) Malaysia menyemarakkan semangat patriotik sempena sambutan bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia dengan tawaran ‘Merdeka Exclusive Book & Win’ bermula 15 Ogos hingga 30 September 2024 kepada pelanggan dihargai.

Pemilik kenderaan elektrik (EV) GWM ORA bertuah berpeluang memenangi baucar percutian mewah bernilai bernilai RM30,000 ke mana-mana destinasi baharu dengan bergaya menerusi tawaran GWM Malaysia untuk merasai percutian diidamkan.

Cara Penyertaan

Kunjungi mana-mana pengedar rasmi GWM Malaysia untuk menempah dan mendaftarkan GWM Ora Good Cat atau GWM Ora 07 sebelum 31 Oktober 2024.

Setiap pemilik berpeluang memenangi cabutan bertuah lapan hadiah berupa:

  • Hadiah Utama: Baucar percutian bernilai RM7,500 (1 Pemenang)
  • Hadiah Kedua: Baucar percutian bernilai RM5,000 (2 Pemenang)
  • Hadiah Ketiga: Baucar percutian bernilai RM2,500 (5 Pemenang)

Selain itu, GWM Malaysia turut mempamerkan ciri moden untuk model GWM Ora Good Cat dan GWM Ora 07. Kedua-dua model EV ini direka khas dengan teknologi terkini yang bukan saja menawarkan pengalaman pemanduan mesra alam, tetapi juga
memberikan keselesaan dan prestasi tiada tandingan.

GWM Ora Good Cat terkenal dengan rekabentuk retro-futuristik dengan jarak pemanduan mengagumkan, dan ciri keselamatan terkini yang menjadikan model ini pilihan ideal buat pemandu gaya hidup moden. GWM ORA 07 pula menggabungkan kejuruteraan inovatif dengan ruang dalaman mewah yang menjanjikan perjalanan lancar dan penuh gaya.

Kedua-dua model ini hadir dengan pakej waranti komprehensif GWM Malaysia. Komitmen tinggi terhadap kualiti dan reliabiliti memastikan setiap pelanggan dapat menikmati EV GWM ORA dengan ketenangan dan perlindungan sepenuhnya.

Pakej waranti GWM Ora Good Cat menawarkan:

  • Waranti bateri kuasa hingga 8 tahun atau 180,000km
  • Waranti motor elektrik hingga 8 tahun atau 180,000km
  • Waranti unit kawalan motor elektrik (EMCU) hingga 8 tahun atau 180,000km
  • Waranti kenderaan hingga 5 tahun atau 150,000km (kecuali bahagian haus dan lusuh)
  • Penggantian pek bateri ‘1-to-1’ (kondisi pengecasan (SOH) bateri jatuh bawah 70 peratus)
  • Waranti perlindungan karat dan kakisan hingga 12 tahun.

Pakej waranti GWM ORA 07 menawarkan:

  • Waranti bateri kuasa hingga 8 tahun atau 180,000km
  • Waranti motor elektrik hingga 8 tahun atau 180,000km
  • Waranti unit kawalan motor elektrik (EMCU) hingga 8 tahun atau 180,000km
  • Waranti kenderaan hingga 6+2 tahun atau 180,000km*
  • Penggantian pek bateri ‘1-to-1’ (kondisi pengecasan (SOH) bateri jatuh di bawah 70 peratus
  • Waranti perlindungan karat dan kakisan hingga 12 tahun

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui An Qi berkata;

Tawaran hebat ini ialah tanda penghargaan kami kepada pelanggan. Ini peluang untuk kami meraikan hari bersejarah dalam negara dengan penuh rasa bangga selain  menyumbang semula kepada masyarakat.

“Kami menggalakkan orang ramai merebut peluang tawaran hebat ini dan mengalami sendiri kualiti luar biasa untuk model GWM Ora Good Cat dan GWM Ora 07.”

Maklumat lanjut atau sesi pandu uji, boleh lawati pandu uji GWM Malaysia.

* Tawaran Masa Terhad. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Auto Terkini GWM Malaysia GWM ORA 07 GWM Ora Good Cat Kenderaan Elektrik (EV) Merdeka Exclusive Boo & Win
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

20/03/2026
Auto Terkini

Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

20/03/2026
Auto Terkini

Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

19/03/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

19/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

By Han Othman15/03/2026
Autotainment

#Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

By Han Othman15/03/2026
Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

By Shazwan Hisam13/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
QJMotor AX200s recall
Auto Terkini

Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

By Shazwan Hisam17/03/2026
WMoto NX150S 2026
Roda2

Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

By Shazwan Hisam16/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.