Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Teksi Udara Bakal Jadi Kenyataan, Airbus Rancang Terbangkan Prototaip Penghujung 2017
Autotainment

Teksi Udara Bakal Jadi Kenyataan, Airbus Rancang Terbangkan Prototaip Penghujung 2017

Han OthmanBy Han Othman18/01/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

teksi-udara-airbus-2017
AIRBUS Group semalam mengumumkan rancangan untuk menguji prototaip teksi udara pandu automatik untuk seorang penumpang menjelang penghujung tahun ini, menurut agensi berita Reuters. Gergasi penerbangan itu mendakwa ‘teksi terbang’ ialah langkah logik seterusnya dalam pengangkutan urban, dan berharap dapat membangunkan jaringan kenderaan itu yang boleh ditempah menerusi aplikasi seakan perkhidmatan perkongsian kereta seperti Uber.

Urban Air Mobility yang membentuk sebahagian daripada Airbus Group ialah divisi yang membangunkan kenderaan vertikal berlepas dan mendarat (VTOL) yang akan menggunakan variasi rotor-condong untuk berlepas dan mendarat seperti helikopter. Bagaimanapun, ia akan meluncur terbang seperti pesawat dengan enjin pendorong.

TERBANG GAYA DRON

https://roa.h-cdn.co/assets/17/03/768x432/1484690690-syn-roa-1484585947-qj9qwssce1sgzc5u2rsd.jpg
Skematik rekabentuk penuh masih belum diriliskan, tetapi kenderaan prototaip pertama akan menggunakan empat rotor yang mungkin kelihatan seperti dron gaya-quadcopter.

Seratus tahun lalu, pengangkutan urban ialah bawah tanah, kini kita ada kemampuan teknologi untuk pergi di atas tanah.” Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Airbus, Tom Enders

Sebagai tambahan kepada prototaip seorang penumpang itu, Enders berkata, Airbus juga berharap dapat membangunkan pesawat pengeluaran untuk penerbangan singkat menjelang 2021.

Sebagai pengeluar terbesar dunia bagi helikopter komersil, termasuk pelbagai pesawat awam dan ketenteraan, Airbus dilihat berada dalam situasi terbaik untuk menjadi peneraju dalam membangunkan teksi terbang automatik sebagai pengangkutan bandar masa depan.

Walaupun menyedari pengeluaran kereta terbang menjelang awal 2020 sebagai matlamat yang cukup tinggi dan bercita-cita besar, terutama apabila mempertimbangkan hasrat Airbus yang komited mahu menghasilkan kenderaan elektrik 100 peratus. Apapun, jika kita dapat melihat prototaip yang diperkatakan sebelum tamat hujung tahun ini, bersedialah dengan kemunculan teksi udara!

SUMBER: Road and Track

Airbus Auto Terkini autotainment pesawat udara terbang automatik teksi udara
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

18/06/2026
Auto Terkini

Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

17/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

16/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

15/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda4

#KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

By Shazwan Hisam12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.