Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tardozzi: Honda Cuma Pedulikan Marquez, Tak Kisah Pasal Nak Bangunkan RC213V
Auto Terkini

Tardozzi: Honda Cuma Pedulikan Marquez, Tak Kisah Pasal Nak Bangunkan RC213V

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/05/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERANG dingin antara Ducati dan Honda dalam saingan Kejuaraan Dunia MotoGP bukanlah isu baharu. Terkini, sementara menunggu aksi pembukaan kelas premier MotoGP 2020, bos Ducati, Davide Tardozzi mencetuskan kontroversi mengenai beberapa isu hangat yang dikaitkan dengan pasukan lawan itu.

Salah satu isu itu adalah pembaharuan kontrak empat musim yang dimeterai Marc Marquez dengan Repsol Honda. Menurut Tardozzi, Honda Racing Corporation (HRC) memang tiada pilihan selain mengikat Marquez jika tidak mahu berdepan masalah.

BACA >>> Marquez Dedah Pernah Dirisik Ducati, Tapi Lebih Mencintai Honda

Terdahulu, pengurus Repsol Honda, Alberto Puig pernah menarik perhatian pemerhati dan media permotoran mengenai Andrea Dovizioso. Menurutnya, pelumba Ducati itu pernah menawarkan diri kepada HRC untuk kembali menunggang Honda RC213V.

Dakwaan Puig itu sampai ke telinga Tardozzi yang pantas membidas kenyataan tersebut dengan menyatakan Honda hanya pedulikan Marquez kerana bimbang mengalami masalah jika ‘Baby Alien’ itu meninggalkan HRC. Pada masa sama, Ducati sebenarnya sedang mengintai mahu mendapatkan Marquez.

Namun, hasrat itu musnah apabila juara dunia lapan kali itu memilih kekal bersama HRC untuk empat musim lagi.

Tardozzi berkata;

Honda faham memiliki Marquez lebih penting berbanding evolusi RC213V.  Mereka tahu akan mengalami masalah tanpa Marquez. Aku fikir menjaga Marquez adalah satu-satunya perkara dalam fikiran mereka.”

Selain Marquez, Ducati juga dilaporkan pernah mengintai pelumba pasukan pengilang Yamaha, Maverick Vinales dan rookie 2019, Fabio Quartararo (Petronas Yamaha SRT). Namun hasrat Ducati menemui kegagalan apabila Yamaha mengikat dua pelumba itu hingga sanggup melepaskan legenda hidup Valentino Rossi yang banyak berjasa kepada pasukan itu.

Tardozzi juga berkongsi keputusan Ducati yang akan menurunkan enam jentera serentak musim ini. Pada masa sama, Ducati juga menyarankan lebih baik setiap pasukan menyediakan hanya satu jentera untuk setiap pelumba supaya dapat menjimatkan kos yang terpaksa ditolak atas beberapa sebab.

Tardozzi berkata lagi;

Kami sudah siapkan segalanya tahun ini. Menyediakan jentera untuk enam pelumba bukan masalah. Dari sudut lain, usul itu (satu jentera untuk satu pelumba) hanya untuk menjimatkan kos. Ini realiti untuk pasukan seperti Pramac dan Avintia bagi menjimatkan kos operasi.

“Usul ini juga memerlukan beberapa pengubahsuaian regulasi Moto3 dan Moto2 (yang juga menyediakan satu jentera untuk satu pelumba). Ducati adalah satu-satu pasukan yang mengemukakan tawaran itu, tetapi ia tetap hanya usul.”

BACA >>> Mekanik MotoGP dari Malaysia Ini Kongsi 3 Tip Penting Persediaan Motosikal
BACA >>> Rossi Dedah Punca Dia Marahkan Toni Elias Sejak MotoGP 2006 Sampai Sekarang

SUMBER: PaddockGP

2020 MotoGP Alberto Puig Andrea Dovizioso Davide Tardozzi Ducati MotoGP Honda Honda HRC HRC Marc Marquez roda2 Valentino Rossi Yamaha Yamaha Monster Energy
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.