• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mekanik MotoGP dari Malaysia Ini Kongsi 3 Tip Penting Persediaan Motosikal

Mekanik MotoGP dari Malaysia Ini Kongsi 3 Tip Penting Persediaan Motosikal

April 15, 2020 By Aryon Leave a Comment

4.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APAKAH tip asas persediaan motosikal? Memang ada banyak tip yang dikongsikan, tetapi bagi mekanik MotoGP ini, beliau  hanya mahu berkongsi tiga tip asas saja.

Sebelum itu kita kenal dulu siapa mekanik MotoGP ini. Mungkin ramai tidak tahu, Habibtullah Mohd Fuad sudah menjadi mekanik profesional sejak 2003 lagi. Beliau bermula dalam kejuaraan PETRONAS Malaysia Cub Prix sebelum mengorak langkah menjadi mekanik di Kejuaraan Motosikal Asia (SuperSport 600cc) pada 2008 hingga 2011. Kemudian beliau menjadi mekanik Kejuaraan Sepanyol Moto2.

Habibtullah kemudian berkhidmat sebagai mekanik di MotoGP dalam kelas Moto3 dan Moto2 bermula 2014 hingga sekarang.  Berikut 3 tip dikongsikan beliau:

1. KELAJUAN MESTI SEIMBANG DENGAN BREK, TAYAR

Spesifikasi motosikal mesti seimbang, terutama jika motosikal itu diubah suai untuk meningkatkan prestasi asal jentera. Motosikal yang laju mesti diseimbangkan dengan sistem brek yang bagus dan tayar berkualiti baik.

Ramai penunggang mengabaikan aspek keseimbangan dengan hanya menaik taraf kuasa enjin saja. Tindakan begini sebenarnya membahayakan nyawa penunggang.

Perlindungan enjin juga penting untuk keseimbangan, iaitu menggunakan minyak enjin berkualiti mengikut gred disarankan pengeluar. Misalnya, Petronas Sprinta dengan teknologi UltraFlex mampu memberikan perlindungan menyeluruh untuk pelbagai jenis motosikal sama ada kegunaan atas jalan atau trek lumba.

2. TAYAR MESTI ADA BUNGA

Bagi motosikal atas jalan yang bukan digunakan untuk berlumba, pemilihan tayar sangat penting. Tidak perlu pun beli tayar mahal kerana itu bergantung kepada bajet masing-masing. Apa yang paling penting, tayar itu mesti ada bunga! Ini kerana fungsi tayar untuk motosikal atas jalan dan jentera lumba sangat jauh berbeza.

Ramai penunggang mengabaikan aspek ini dan mereka salah faham kononnya 'tayar botak' seperti digunakan motosikal lumba adalah jenis tayar terbaik.

3. KESELESAAN MENUNGGANG

Motosikal atas jalan perlu selesa dari segi posisi tunggangan dan kelancaran gear. Posisi tunggangan bergantung kepada fizikal dan keselesaan peribadi seseorang penunggang itu. Sesetengah penunggang gemarkan posisi tunggangan dengan hendal tinggi, dan ada pula mahukan peg kaki lebih rendah dan kaki tidak terlalu membengkok.

Posisi tunggangan boleh dilaraskan untuk mendapatkan keselesaan yang dimahukan, atau boleh juga memilih jenis motosikal tertentu mengikut keselesaan.

Bagaimanapun, tiada kompromi untuk tetapan jarak klac. Ini kerana walaupun penunggang itu mungkin mengadu klac motosikal mereka tidak selesa, terlalu jauh atau apa saja alasan lain, jarak kelegaan klac mesti berada dalam 2mm hingga 10mm supaya tidak haus.

Artikel Berkaitan

4.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: pengejar impian, Petronas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my