Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Takata Mengaku Bersalah Isu Skandal Beg Udara, Setuju Bayar AS$1 Bilion
Auto Terkini

Takata Mengaku Bersalah Isu Skandal Beg Udara, Setuju Bayar AS$1 Bilion

Han OthmanBy Han Othman18/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SYARIKAT pengeluar alat ganti automobil, Takata Corp mengaku bersalah dan bersetuju membayar penalti AS$1 bilion (RM4.44 bilion) berhubung isu skandal letupan beg udara yang menyebabkan sekurang-kurangnya 16 kematian dengan majoriti kes berlaku di Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, isu skandal tersebut dijangka semakin rumit berikutan keputusan peguam plaintif yang mahu mengheret lima pengeluar utama automobil yang dipercayai berdegil menggunakan beg udara yang rosak walaupun sudah mengetahui risiko bahaya produk tersebut hanya kerana mahu mengurangkan kos. 

Mengenai pengakuan bersalah itu, Takata mengakui sengaja menyembunyikan bukti tentang terdapat jutaan peledak (inflator) beg udara yang boleh meletup kuat dan membuatkan kanister logam pecah hingga menyebabkan pemandu dan penumpang cedera atau maut.

PANGGIL BALIK TERBESAR DALAM SEJARAH AS

Kerosakan inflator disebut sebagai punca kematian 11 mangsa di AS dan lebih 180 kecederaan seluruh dunia, sekali gus menyebabkan banyak pengeluar yang menggunakan beg udara Takata bertindak memanggil balik kereta mereka. Proses panggil balik itu mencatatkan rekod terbesar dalam sejarah automotif AS yang membabitkan 42 juta kenderaan dan lebih 69 juta inflator.

Pengakuan bersalah dibacakan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Takata, Yoichiro Nomura dalam kamar mahkamah persekutuan Detroit dan beliau turut bersetuju bahawa Takata akan dijual atau bergabung dengan syarikat lain.

Penalti dikenakan termasuk AS$850 juta (RM3.78 bilion) yang akan dipulangkan kepada pengeluar, AS$125 juta (RM556 juta) kepada mangsa dan keluarga, dan AS$25 juta (RM111 juta) sebagai denda perlakuan jenayah.

Sementara itu, dalam satu lagi kes berlainan, tiga bekas pegawai eksekutif Takata didakwa atas pemalsuan laporan ujian, tetapi ketiga-tiga tertuduh masih di Jepun.

BACA >>> 7 Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu Tentang Isu Beg Udara Takata

DEGRADASI BAHAN KIMIA

 

Inflator Takata menggunakan ammonia nitrat bagi menghasilkan letupan kecil untuk mengembungkan beg udara apabila berlaku perlanggaran. Namun, apabila terdedah kepada suhu tinggi dan kelembapan, bahan kimia tersebut mengalami proses degradasi dan bertindak balas terlalu pantas dengan menyebabkan letupan terlampau kuat hingga memecahkan kanister logam yang disimpan di sebalik penutup stereng.

Di AS sahaja, sebanyak 19 pengeluar automobil memanggil balik produk mereka, manakala jumlah inflator yang dipanggil balik seluruh dunia mencecah lebih 100 juta unit.

Bagaimanapun, penalti dikenakan itu masih kecil jika mahu dibandingkan denda AS$21 bilion (RM93 juta) yang perlu dibayar Volkswagen berikutan skandal penipuan emisi diesel.

BACA >>> Jurutera Volkswagen Mengaku Jadi Dalang Skandal Emisi Diesel

BEG UDARA TAKATA DI MALAYSIA?

Di Malaysia, Honda Malaysia antara pengeluar yang paling terjejas teruk dengan merekodkan tiga kematian membabitkan pemilik kereta jenama itu akibat insiden letupan beg udara.

BACA >>> Lagi Kemalangan Maut Akibat Beg Udara Honda Meletup

Susulan insiden berkenaan, Honda Malaysia melancarkan operasi panggil balik besar-besaran untuk menukar inflator beg udara secara percuma, termasuk membuka hab bergerak. Antara pengeluar lain yang turut memanggil balik produk ialah Toyota, Nissan, Mitsubishi dan Mazda.

SUMBER: Fox News

Auto Terkini beg udara Beg udara takata Honda Malaysia skandal beg udara Takata Takata Corp Takata mengaku bersalah
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTM Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

02/03/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.