Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Tentang Teknologi A.S.A Perodua yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Teknologi A.S.A Perodua yang Perlu Anda Tahu

Han OthmanBy Han Othman21/02/20212 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


A.S.A ialah ciri baharu diperkenalkan Perodua buat kali pertama pada Myvi (2018) serba baharu.

Pengenalan teknologi bantuan pemandu itu agak mengejutkan ramai peminat dan pemerhati automotif tempatan kerana Perodua sebelum ini bukanlah pengeluar yang tergesa-gesa mahu menjuarai aspek keselamatan kenderaan.

Namun, tidak untuk Myvi (2018) yang sekian lama dinobatkan sebagai Raja Jalanan Malaysia dengan diberikan pelbagai nama julukan seperti ‘Taliban’ dan ‘King of the Highway’. Model standard sahaja sudah diberikan 4-beg udara. Janganlah dibawa bercerita tentang varian premium pula, sudah tentulah lebih sempurna aspek keselamatan yang diberikan. Dan A.S.A adalah kesempurnaan yang mahu ditonjolkan itu.

BACA >>> #PanduUji: Perodua Myvi (2018) Baharu Sedap Dipandu, Tapi…

APAKAH A.S.A?

A.S.A ialah singkatan akronim kepada Advanced Safety Assist (Bantuan Keselamatan Termaju), iaitu sistem bantuan pemandu yang dibangunkan Daihatsu. Sebenarnya teknologi seakan A.S.A. adalah ciri biasa yang terdapat pada model-model premium pelbagai jenama. Tetapi untuk segmen kenderaan bajet atau ekonomi seperti Myvi (2018), ia boleh dianggap luar biasa.

 

Secara mudah, A.S.A terbahagi kepada 4 sistem berbeza, iaitu:

  • Amaran Pra Perlanggaran / Pre Collision Warning (PCW)
  • Brek Pra Perlanggaran / Pre Collision Braking (PCB)
  • Amaran Gerak Depan / Front Departure Alert (FDA)
  • Kawalan Salah Operasi Pedal / Pedal Misoperation Control (PMC)

BAGAIMANA A.S.A BEROPERASI?


A.S.A beroperasi berasaskan kamera sensor yang disorokkan di sebalik cermin pandang belakang dan bertindak memberikan arahan tertentu kepada 4 sistem utama di atas. Perincian seperti berikut:

i. Amaran Pra Perlanggaran / Pre Collision Warning (PCW)

Mengeluarkan bunyi amaran dalam sela masa dan jarak dua saat apabila mengesan kenderaan anda menghampiri kenderaan hadapan dalam situasi kurang selamat. PCW berfungsi cekap dalam kelajuan 4-30kmj.

ii. Brek Pra Perlanggaran / Pre Collision Braking (PCB)

Berfungsi mengaktifkan brek untuk menghentikan kenderaan jika mengesan tiada sebarang respon daripada anda untuk membrek (mungkin sebab terlalu asyik memandang makwe di seberang jalan) hingga langsung terlupa tentang bunyi PCW.

Jika anda biasa dengan istilah teknologi keselamatan automotif, PCB adalah sama seperti sistem brek kecemasan automatik (AEB). Tahap pertama PCB, kaliper akan mencengkam pad brek secara sederhana dalam sela masa 1.3 saat, manakala tahap kedua, brek akan berhenti secara cemas dalam jarak 0.8 saat sebelum berlanggar. Ingat, pastikan tali keledar kekal diikat kalau tidak mahu melakukan aksi lagak negeri ke luar tingkap!

BACA >>> Tentang Sistem Brek Automatik yang Perlu Anda Tahu

iii. Amaran Gerak Depan / Front Departure Alert (FDA)

Asasnya tiada kena mengena dengan dua ciri di atas. FDA akan mengeluarkan amaran bunyi sekiranya kereta anda masih berhenti ketika kenderaan lain di hadapan sudah bergerak, yakni situasi yang kerap berlaku di lampu isyarat atau ketika kesesakan trafik teruk. Ini dapat mengelak anda dihon pemandu belakang yang tidak sabar menanti atau terdesak kerana isterinya sarat mahu beranak. Ciri FDA juga bukan lesen untuk anda perlu melayan Facebook, Instagram atau berswafoto sepanjang masa dalam kereta, tanpa mengira tempat, ruang dan masa.

iv. Kawalan Salah Operasi Pedal / Pedal Misoperation Control (PMC)

Berfungsi mengesan halangan berupa sebarang objek fizikal di hadapan kenderaan anda dalam jarak 4 meter. Pada jarak itu, anda tidak dibenarkan menginjak pedal untuk menambah pecutan. Misalnya seperti mengacah mahu melanggar sekawan lembu yang sedang melenggang melintas jalan. Di sini, PMC akan menghalang anda melakukannya!

Selain mengelak anda memecut membuta tuli ketika pengguna jalan raya sedang melintas, terutama pejalan kaki, fungsi sebenar PMC juga adalah mengelak situasi tertekan pedal yang kerap berlaku ketika keluar-masuk parkir, ataupun diserang panik atau kerasukan hingga terlupa mana satu pedal brek, mana satu pedal minyak. Memang banyak insiden kemalangan berlaku disebabkan situasi tersebut. Mujurlah ada ciri seperti PMC.

A.S.A 2.0 ialah versi dikemas kini daripada sistem sebelum ini, dan kali pertama diperkenalkan menerusi debut model Aruz di Malaysia pada Januari 2019. Versi 2.0 ini ditambah ciri seperti:

  • Pengesan pejalan kaki.
  • Halaju operasi dipertingkat hingga 100kmj untuk Amaran Pra-Perlanggaran (PCW).
  • Halaju operasi dipertingkat hingga 80kmj untuk Brek Pra-Perlanggaran (PCB).

Berikut model Perodua yang dilengkapi ciri A.S.A 2.0 setakat ini:

  • Axia 1.0 AV
  • Bezza 1.3 AV
  • Myvi (semua varian)
  • Aruz 1.5 AV
  • Ativa (semua varian, AV paling lengkap), boleh mengesan kenderaan dua roda.

PERINGATAN!

Bagaimanapun, tanggungjawab, kepekaan dan keprihatinan pemandu tetap jadi perkara paling utama yang perlu ditikberatkan. ASA cuma berfungsi sebagai ciri bantuan yang memudahkan keselamatan pemanduan.

Sebagai contoh, kamera sensor perlu mengesan 60 peratus padanan objek sebelum sistem dapat diaktifkan membabitkan sudut pandangan melintang 40° melintang dan menegak 20° menegak bersama kualiti imej 1280 x 960 piksel, termasuk mengesan sejauh 60 meter ke hadapan. Bagaimanapun, semua itu turut bergantung kepada faktor cuaca. Jadi anda perlu sentiasa berhati-hati.

BACA >>> Raja Jalanan Kembali Gegar! Perodua Myvi (2018) Dilancarkan! [7 Fakta Ekspres + Foto Rasmi]

Advanced Safety Assist (ASA) Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) ciri keselamatan kenderaan Perodua Perodua Myvi (2018) Roda4 subkompak subkompak hatchback tahukah anda
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Korang – Naked, Sportbike, Cruiser atau Touring?

26/02/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026

2 Comments

  1. FAZLIE BIN AB AZIZ on 25/05/2019 05:58

    Kalau beli spec biasa boleh ker pasang sistem A.S.A nie min??

    Reply
  2. AO on 21/02/2021 21:29

    Tak boleh.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.