Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Tentang Suspensi Strut MacPherson yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Suspensi Strut MacPherson yang Perlu Anda Tahu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


STRUT (ataupun topang) MacPherson ialah jenis suspensi depan yang paling kerap digunakan pada kereta moden. Namun, apakah jenis suspensi ini kenapa komponen ini selalu diguna pakai pada kereta?

Suspensi strut MacPherson ialah rekaan suspensi ringkas dan bebas yang digunakan hampir semua pengeluar kereta dunia, terutama kenderaan pacuan roda depan (FWD). Ia dihasilkan berdasarkan rekabentuk segitiga asas dalam dua bahagian, iaitu lengan kawalan (control arm) dan rod radius. Dua bahagian itu membentuk segitiga pada casis kereta. Kebiasaannya, segitiga ini berada bawah absorber.

Control arm meletakkan tayar secara sisi dan radius rod menghentikan ia daripada bergerak ke depan dan belakang dalam gerbang roda. Control arm biasanya lebih besar dan kuat, serta dipasangkan secara terus pada bahagian bawah hab roda. Hari ini, dua bahagian itu (control arm dan rod radius) disatukan menjadi control arm lebih besar dan disambungkan dengan bar stabiliser yang memautkan casis dan unit suspensi.

Bahagian unit damper (absorber) dan spring dipasang menegak atau dekat dengan suspensi, terdiri daripada silinder tertutup yang diikat atas hab. Pada hab atas ada kolar lebar (upper control arm) yang memegang spring koil, manakala syaf damper (damper shaft) diikatkan pada struktur kereta dengan kuat.

Melalui cara ini, strut MacPherson mencipta tiga poin (bentuk segitiga) struktur tetap untuk roda yang menjadikan kuat dan versatil. Suspensi ini juga boleh diubah suai untuk kegunaan lebih berat seperti pemanduan trek. Lebih penting, ia murah dan mudah dibikin.

Rekabentuk suspensi ini diperkenalkan sejak kereta mula menggunakan casis unibodi, atau dikenali sebagai monokok yang menawarkan tahap rigiditi tinggi pada bahagian strut MacPherson dipasang dengan memberikan sokongan dan kawalan diperlukan untuk fungsi lebih baik.

Earle S Macpherson
Ciptaan asal suspensi strut MacPherson.

Pelbagai kemajuan dilakukan melahirkan pelbagai interpretasi terhadap rekabentuk suspensi ini. Bermula lakaran pertama Earl S MacPherson (foto atas) dengan penggunaan bar anti-oleng (anti-roll bar) yang juga sebagai rod radius hingga komponen masa kini dalam unit berasingan. Sesetengah kereta menggunakan suspensi ‘wishbone’ (palang siku) berbanding kombinasi arm kontrol dan rod radius.

Jelas sekali strut MacPherson adalah antara sistem suspensi terbaik. Malah, pengeluar kereta mewah seperti BMW dan Porsche juga menggunakan suspensi ini, termasuk digunakan Volkswagen untuk model prestasi seperti Golf GTI.

Jika dibandingan satu lagi suspensi popular, double wishbone, komponen ini memberikan lebih ruang untuk tetapan kamber dan pusat olengan (roll center) yang dapat mengurangkan olengan badan kereta. Ini termasuk memberikan lebih kawalan pengendalian dan lebih tajam di selekoh.

Bagaimanapun memang tidak boleh disangkal strut MacPherson ialah komponen paling cekap dan berbaloi dengan menggabungkan faktor kekuatan, spring dan kestabilan pada kos pembuatan rendah.

BACA >>> Bila Nak Selesai? Pandu Proton Exora Tak Sampai 2,000km, Tapi OCH Sudah Bocor
BACA >>> Michelin Indonesia Henti Guna Pembalut Plastik untuk Tayar Motosikal

SUMBER: CarThrottle

double wishbone MacPherson MacPherson suspension strut suspensi suspension wishbone
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.