Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Tentang Gejala Microsleep Ketika Memandu yang Anda Perlu Tahu
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Gejala Microsleep Ketika Memandu yang Anda Perlu Tahu

Azizi HBy Azizi H08/12/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BARU-baru ini negara dikejutkan dengan insiden menimpa pemain kebangsaan yang juga penyerang JDT, Syafiq Ahmad yang terbabit kemalangan di Kilometer 163 Lebuhraya Utara-Selatan di Sungai Bakap ketika dalam perjalanan pulang ke kampung keluarganya di Pendang, Kedah.

Kemalangan tersebut menyebabkan isteri Syafiq, Nur Amalina parah, dan meragut nyawa bayi lelakinya yang baru berusia 22 hari, ibu mertua, Zainab Wahab, 45, dan pembantu rumah, Titik Sukamti, 30-an.

Walaupun mendakwa kemalangan berlaku kerana cuba mengelak sesuatu, tetapi berdasarkan siasatan polis, Syafiq sebenarnya terlelap sejenak atau mengalami gejalan microsleep ketika memandu. Ini menyebabkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

BACA >>> Ular Sawa 2.5 Meter Lentok Tidur dalam Trak Pikap

MICROSLEEP KETIKA MEMANDU

Sebenarnya, ini bukan kes kemalangan pertama membabitkan pemandu terlelap ketika memandu. Setiap tahun sentiasa ada kes seumpama itu. Namun, ramai pemandu masih memandang remeh gejala berkenaan kerana mungkin tidak pernah mengalaminya. Malah, sesetengah pemandu mendakwa mampu mengawal diri daripada mengantuk.

Benarkah microsleep dapat dikawal? Apakah itu microsleep?

Apakah Microsleep?

Microsleep ialah gejala yang membuatkan seseorang terlelap sejenak dalam 1-10 saat tanpa sedar. Ini berbeza daripada situasi mengantuk biasa kerana microsleep mampu menyebabkan anda terlena tiba-tiba tanpa dapat dikawal. Malah, ia boleh berlaku ketika sedang melakukan tugasan penting seperti memandu, menunggang, berehat atau bekerja.

Gejala berkenaan juga berlaku tanpa mengira tempat dan masa seperti di pejabat, sekolah, atau rumah ketika sedang menonton TV atau melakukan kerja tertentu seperti membaca, menjahit, menggunakan mesin, bermain komputer, atau memandu.

Kajian mendapati seseorang itu boleh mengalami microsleep hanya dengan tidak cukup tidur untuk satu malam saja.

Apakah Punca Microsleep?

Punca microsleep mungkin disebabkan berikut:

  • Gangguan tidur seperti insomnia atau berhenti bernafas ketika tidur (obstructive sleep apnea).
  • Tidak cukup tidur malam.
  • Narkolepsi, iaitu gangguan sistem saraf hingga menyebabkan mengantuk berlebihan pada siang atau tertidur mengejut tanpa mengenal masa dan tempat.
  • Tidur kurang 8-9 jam.
  • Terlalu penat atau letih.
  • Badan cuba melawan rasa mengantuk
  • Bosan kerana melakukan sesuatu kerja atau tugasan sama dalam jangka masa lama.

Sebagai contoh, penyelidik Pusat Kebangsaan untuk Maklumat Bioteknologi (NCBI) pernah melakukan kajian ke atas beberapa peserta cukup rehat. Mereka diminta menggunakan kayu bidik untuk menjejak sasaran bergerak pada skrin komputer selama 50 minit.

Dalam eksperimen itu, secara purata responden mengalami 79 kali gejala microsleep hingga 6 saat. Ya, bosan memang boleh buat terlelap.

Gejala Ketika Memandu

Adakah tampar pipi sendiri mampu hilangkan mengantuk?

Jika berlaku tanda-tanda tersebut, anda perlu segera berhenti berehat:

  • Kereta dipandu terhuyung-hayang keluar dari lorong asal
  • Kerap menguap
  • Terlepas lorong yang hendak dimasuki
  • Kelopak mata berat
  • Tersengguk
  • Lupa perkara sedang dibuat

Cara Mencegah

Ada beberapa tip lain yang boleh dilakukan sekiranya menyedari diri mengantuk ketika memandu, atau jika merancang melakukan perjalanan jauh atau lama.

  1. Jika memandu bersama orang lain, minta dia pula memandu.
  2. Pastikan cukup rehat (sekurang-kurangnya 8 jam) sebelum memulakan perjalanan jauh.
  3. Berhenti setiap dua jam memandu walaupun tidak rasa mengantuk. Boleh minum, buat senaman ringan, atau tidur saja.
  4. Dengar muzik keras jika memandu berseorangan.
  5. Ajak penumpang dalam kereta bersembang.
  6. Gerakkan anggota badan atau buat senaman ringan.
  7. Ambil vitamin, kafein atau minuman tenaga supaya dapat bertahan daripada mengantuk.

PERINGATAN: Sebenarnya tiada cara lain paling berkesan melainkan anda perlu berhenti segera untuk melelapkan mata. Tempoh 20-30 minit sudah cukup untuk mengembalikan kembali segar dan menghilangkan rasa mengantuk.

BACA >>> PLUS Bakal Perkenal Kapsul Tidur di R&R, Tahun Depan

SUMBER: USnews.com | BetterSleep

Auto Terkini autotainment kemalangan Microsleep SImptom Lelap Sejenak Syafiq Ahmad tahukah anda
Azizi H

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.