Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Tentang Fork Terbalik @ USD yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Fork Terbalik @ USD yang Perlu Anda Tahu

admin.pandulajuBy admin.pandulaju03/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


KALI pertama mendengar sebutan fork USD, bunyinya semacam mata wang Dolar Amerika – USD. Namun faktanya, itu semua tiada kena mengena sama ada fork itu hanya boleh dibeli dengan duit dolar.

Sebenarnya, USD membawa maksud ‘terbalik/inverted‘ atau istilah asal daripada bahasa Inggeris bermaksud ‘upside down‘ @ USD. Jadi apakah fork terbalik ini? Kenapa teknologi kejuruteraan automotif menemukan komponen ini?

Fork USD mengubah orientasi asal stanchion atau topang dekat gandar, dan slider besar di atas yang diapit pada pendakap triple tree (komponen memegang batang fork).

BACA >>> Aprilia Bangunkan Teknologi Fork Anti-Junam

Komponen pendakap ‘Triple Tree’

Fork konvensional (standard), juga digelar right-side up (mengadap atas) pula secara tipikal mempunyai slider besar dekat gandar, manakala tiub fork kecil (stanchions) diapit triple tree.

Atau dalam huraian mudah:

  • Fork USD – batang kecil di bawah
  • Fork standard – batang kecil di atas

Itulah perbezaan fungsi setiap komponen kecil yang melengkapkan sistem suspensi itu. Jika masih lagi keliru, boleh saja perhatikan gambar di bawah ini:

KENAPA FORK TERBALIK?

Fork USD dicipta kerana kajian kejuruteraan mendapati teknologi ini dua kali ganda lebih baik berbanding fork konvensional. Teori pertama, fork USD dapat merendahkan berat unsprung (berat komponen yang bersambung dengan roda) motosikal dan dapat memberikan pengendalian lebih baik.

Manfaat paling besar, fork USD dapat meningkatkan kekakuan (stiffness) komponen depan motosikal. Walaupun teori itu tidak disokong sepenuhnya, tetapi hujah bantahan terlalu kecil dan tidak mampu menyaingi manfaat diberikan.

Fork USD pada Kawasaki KLX 150.

Kekakuan atau stiffness – rintangan kepada defleksi – tiub bergantung kepada diameter komponen itu. Semakin besar diameter tiub, semakin tinggi tahap kekakuan. Bagi fork USD, slider besar, secara definisi, berada di atas, dan lebih besar daripada stanchion, jadi ia sepatutnya lebih kuat dan kaku (stiff).

Jika diperhatikan bahagian depan motosikal, ia berfungsi seperti tuil. Bahagian kepala pada frem (atau hampir selari dengan pendakap triple tree) bertindak sebagai fulkrum (titik sokongan). Jadi, daya paksaan defleksi atau lenturan (bending) yang lebih tinggi akan disalurkan kepada apa saja tiub paling hampir dengan fulkrum itu.

Disebabkan tiub berdiameter besar lebih kuat, kita secara tidak langsung faham bawah fork USD akan kurang deflek. Ini kerana bahagian fork paling kuat yang dipasang membolehkan fork USD menangani tekanan kuat akibat defleksi. Kekakuan suspensi memberikan fiil dan maklum balas yang lebih baik, termasuk gerak balas hebat kerana kurang geseran statik, iaitu stiction, antara seksyen atas dan bawah fork.

BACA >>> Kawasaki Patenkan Sistem Stereng Hab-Tengah, Tanpa Fork untuk Superbike

ADAKAH KITA MEMERLUKANNYA?

Fork konvensional sudah dicipta sejak beberapa dekad lalu dan masih mampu beroperasi baik dalam banyak kondisi pemanduan. Namun, penemuan kejuruteraan ialah fakta yang disokong hujah teknikal sah. Kebanyakan penunggang motosikal tidak mampu menunggang agresif atau cukup laju untuk menguji batasan fork konvensional.

Sama seperti teknologi lain yang ada pada motosikal, penggunaan fork USD lebih kepada tujuan homologasi, iaitu perundangan pihak berkuasa sesebuah negara atau badan sukan permotoran. Lagipun, bukankah motosikal lumba patut nampak berbeza dengan motosikal versi pengeluaran massa?

Fork konvensional sudah lama digunakan dalam banyak situasi tunggangan.
Fork USD menawarkan stiffness yang lebih baik

Jadi, sebab utama fork USD dipasang boleh saja dianggap sebagai usaha pengeluar mengikut trend jentera lumba bagi tujuan tarikan pemasaran. Malah, kita dapat lihat fork USD dipasang pada motosikal adventure-tourer berkuasa tinggi. Secara teknikal, bagi tunggangan off-road, fork USD memang terbukti mampu menyerap daya hentakan lebih baik berbanding fork konvensional.

Namun, di sebalik kebaikan pasti ada juga kelemahan. Fork USD agak sukar disenggara dan kebanyakannya tiada saliran buangan bendalir. Jadi, menukar bendalir fork USD bukan kerja mudah dan pastinya mengundang caj lebih tinggi di bengkel

BACA >>> #ApaNakBuat: ‘Fork Seal’ Kerap Bocor? Jangan Hantar ke Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!

Selain itu, kebocoran yang berlaku pada fork USD adalah lebih serius berbanding fork biasa. Bagi fork konvensional, setiap kebocoran tidak segera mendatangkan bahaya. Tetapi, situasi sama berbeza dengan fork USD yang lebih cenderung mengepam minyak keluar disebabkan daya graviti dan fungsi setiap komponen dalaman. Kebocoran minyak juga begitu hampir dengan kedudukan pad brek dan tayar depan. Bayangkan bahaya yang menanti!

Fork USD mungkin lebih berguna dalam situasi ekstrem. Tetapi secara realiti, mampukah kita mengesan dan mengesahkan manfaat komponen suspensi itu? Ya, memang sukar, tetapi setidak-tidaknya mampu memberi keyakinan ketika mengambil selekoh atau sedang memecut.

Tanpa disedari, penggunaan fork USD hari ini sudah cukup sinonim dan sebati dengan aksi motosikal yang mampu ditunggang laju tanpa sebarang masalah. Maknanya, kalau motor laju, mesti ada fork USD!

SUMBER: Revzilla

autotainment fork terbalik (USD) motosikal roda2 tahukah anda upside down (USD) fork USD usd fork
admin.pandulaju

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Roda2

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 dengan Warna Kuning Ikonik

18/01/2026
Thunder LS250-S
Roda2

Bobber Kustom dari Kilang, Thunder LS250-S Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM23,788

16/01/2026
View 2 Comments

2 Comments

  1. Aeip on 26/07/2018 00:34

    Motor aq demak sprinter125 x laju tp pakai USD fork jer. Boleh bg tips nak bqgi lowered? Hehe

    Reply
  2. Zaim on 19/03/2024 23:50

    Kerosakan fork

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.