• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kawasaki Patenkan Sistem Stereng Hab-Tengah, Tanpa Fork untuk Superbike

Kawasaki Patenkan Sistem Stereng Hab-Tengah, Tanpa Fork untuk Superbike

February 17, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

FacebookTwitter


KAWASAKI Japan sedang cuba menghasilkan sistem stereng hab-tengah (hub-centre steering, HCS) untuk superbike berdasarkan beberapa imej paten yang tersebar di Internet, terdiri daripada set sistem suspensi dikongsi dan komponen stereng.

Kemunculan imej patenn itu mungkin menjawab teka-teki di sebalik langkah Kawasaki membeli saham Bimota 49.9 peratus, sebelum munculnya Tesi H2 di Pameran Motor Milan (EICMA) 2019.

BACA >>> #EICMA2019: Bimota Tesi H2 (2020) dengan Enjin Supercas Kawasaki

bimota-tesi-h2-3
Bimota Tesi H2 1
Bimota Tesi H2 3

Bimota terkenal sebagai perintis sistem stereng hab-tengah dalam industri motosikal. Pengeluar Itali itu memperkenalkan model Tesi pertama pada 1990-an dengan sistem stereng sama yang mana projek pembangunan bermula sejak 1982.

Paten sistem stereng hab-tengah Kawasaki itu tidak menyalin terus susun atur Bimota. Suspensi depan swingarm bersambung pada frem utama menerusi set pautan tidak paralel di belakang. Ada unit member vertikal yang menghubungkan stereng dengan bar menerusi pautan yang membolehkan suspensi bergerak.

Ada pula unit absorber tunggal dipasangkan melintang (bawah kepala stereng) dengan rod tunjal (pushrod) pada swingarm depan untuk beroperasi.

Secara teori, kelebihan pengendalian dan cengkaman masih sama seperti kebanyakan model sistem stereng hab-tengah lain, termasuk Tesi. Namun, impak tekanan brek akan dipindahkan daripada swingarm depan kepada frem motosikal berbanding proses naik turun melalui sistem fork dan kepala stereng pada motosikal konvensional.

Ini membolehkan motosikal kekal stabil ketika membrek pada permukaan tidak rata, meningkatkan kesan cengkaman tayar depan atas jalan.

BACA >>> Bimota KB4 dengan Enjin Supercas Kawasaki Ninja H2 Didedahkan Pertengahan Tahun Ini

SUMBER: Bennetts

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kawasaki, Kawasaki Japan, paten, Sistem Stereng Hab-Tengah (HCS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
  • #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
    #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my