Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Tentang Bau Kereta Baharu yang Perlu Anda Tahu, Bukan Aromaterapi!
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Bau Kereta Baharu yang Perlu Anda Tahu, Bukan Aromaterapi!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/06/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ARTIKEL kali ini kita akan mengulas mengenai bau kereta baharu. Walaupun tiada sampel boleh dikongsikan sebagai contoh bauan untuk dihidu, tetapi kami yakin anda tentu sudah sedia maklum tentang aroma yang dikatakan bau kereta baharu.

Mengenai aroma kereta baharu, kita boleh bahagikan kepada dua kategori pemilik. Pertama, mereka yang sukakan bau kereta baharu hingga sanggup mencari pewangi seakan aroma itu supaya dapat selalu menghidu bauan tersebut walaupun usia kenderaan sudah tidak lagi berstatus ‘bau kedai’.

Kedua, mereka yang tidak tahan bau kereta baharu dan menganggap aroma tersebut busuk lalu mempersoalkan kenapa kereta yang baru dibeli perlu berbau memualkan. Bagi mereka itu bukan bauan aromaterapi.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tak Suka ‘Bau Kedai’ Kereta Baharu? Apa Kata Cuba Tip Ini…

APA SEBENARNYA BAU KERETA BAHARU?

  • Setiap kereta ada bauan tersendiri mengikut jenis bahan digunakan ketika proses pembuatan. Apa dihidu itu ialah sebatian organik meruap (volatile organic compounds, VOC), iaitu bahan sama menyebabkan cermin depan seperti diselaputi kabus gris.
  • Ada laporan mendakwa VOC mungkin terdiri daripada lebih 100 bahan kimia campuran, termasuk bahan beracun seperti benzena dan formaldehid.
  • Toksin ftalat juga didakwa dikesan dalam kereta baharu, tetapi bahan itu tidak meruap dan bukan sebahagian bau kereta baharu.
  • VOC dianggap sebagai bahan cemar udara, dan terbentuk melalui proses pelepasan gas (off-gassing) daripada material plastik dan semua produk yang terhasil daripada petroleum.
  • Jika dalam kabin kereta, bahan itu dapat dikesan pada kerusi daripada busa (foam) yang juga digunakan untuk menghasilkan, karpet, papan pemuka hingga bahan pelarut dan gam dalam pembuatan kenderaan.
  • Jika anda sukakan bau barang baharu seperti alatan perkakasan di rumah kerana menganggap wangi atau segar, itu sebenarnya bahan kimia yang berisiko memberikan kesan negatif ke atas kesihatan.

BACA >>> ‘Pasukan Hidung Audi’- Unit Khas untuk Hidu Bau Material Kereta

ADAKAH IA MEMUDARATKAN?

  • Bau terhasil daripada VOC membawa pelbagai kesan dan impaknya berbeza mengikut individu. Antara kesannya ialah sakit kepala, loya, sakit tekak sehingga penyebab kanser serta gangguan sistem imun (dalam tempoh panjang).
  • Ada laporan menyatakan bau VOC tidak begitu berbahaya tetapi bukan bersifat aromaterapi.
  • Tahap risiko atau kawalan kadar bau seperti kereta baharu sebenarnya bergantung pada sesebuah negara sama ada mengenakan kawalan regulasi ketat atau sebaliknya.
  • Sebagai contoh, Amerika Syarikat (AS) dikatakan tidak mengamalkan undang-undang kualiti udara berkait bau kereta baharu dan kadar VOC mungkin lebih tinggi dalam kenderaan buatan AS.

BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Bahang Matahari Boleh Buat Kereta Rosak?

APA ANDA BOLEH BUAT?

  • Jawapannya TIADA. Ini kerana VOC sememang dibebaskan material fabrik dan kulit dan anda sebenarnya tiada pilihan untuk mengurangkan bau berkenaan.
  • Apa boleh dilakukan mungkin sekadar meredakan kesan tengik atau tajam bau tersebut dengan meletakkan pewangi sebenar. Namun itu sama sekali tidak dapat mengurangkan kesan kimia negatif yang dibebaskan.
  • Banyak pengeluar memandang berat masalah bau itu dan cuba sebaik mungkin mengurangkan bahan pelepasan toksik kimia.
  • Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, golongan wanita hamil dan kanak-kanak dinasihatkan tidak berada dalam kabin kereta baharu kerana bahan kimia VOC dikhuatiri menjejaskan perkembangan dan tumbesaran si kecil.
  • Cara lain boleh dilakukan adalah membuka semua tingkap bagi membolehkan udara luar masuk ke dalam kabin.
  • Jika memandu, pilih tetapan penyaman udara yang membenarkan angin luar masuk ke kabin. Ini sedikit sebanyak mengurangkan kesan bau kereta baharu.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Mod ‘Udara Dalam’ dan ‘Udara Luar’ dalam A/C Kereta?

5 JENIS VOC DALAM BAU KERETA BAHARU

1. Toluene
  • Pelarut cecair terhasil daripada minyak mentah (crude oil) dan banyak digunkan dalam bahan penanggal pengilap kuku.
  • Bahan ini mungkin boleh ditemui dalam cat dan gam yang digunakan dalam kabin kenderaan.
  • Toluene juga digunakan sebagai ejen antiketuk dalam aditif petrol dan dibebaskan menerusi asap ekzos.
2. Etilbenzena
  • Sejenis bahan pelarut tanpa warna dan gas mudah terbakar. Boleh ditemui dalam tar batu arang dan petroleum.
  • Bahan ini digunakan dalam cat dan stirena (lihat bahan dalam senarai ketiga).
  • Sebaik proses pelepasan gas berlaku, bahan ini akan lerai menjadi bahan kimia lain (dipercayai kurang berbau) dalam tempoh tiga hari.
3. Stirena
  • Tidak terbentuk secara semula jadi (walaupun kandungan rendah boleh ditemui dalam buah-buahan dan sayur).
  • Ini bahan kimia sintetik yang dihasilkan di makmal dan banyak digunakan dalam kereta seperti getah, penebat dan lapisan bawah karpet.
  • Masa diperlukan untuk bahan ini resap di udara selepas proses pelepasan gas ialah satu atau dua hari.
4. Xilena 
  • Cecair mudah bakar dengan bau harum boleh ditemui dalam tar arang batu dan petroleum.
  • Digunakan dalam industri getah dan material kulit.
5. Trimethylbenzene
  • Berbau kuat dan pelik. Berbentuk cecair dan digunakan sebagai pelarut dan pencair serta dalam aditif bahan api kenderaan.
  • Boleh resap di bawah pancaran cahaya matahari. Cara terbaik, jemur kereta ketika matahari terik dan lakukan langkah ini selama beberapa hari.

VOC dikatakan akan resap pada kadar kira-kira 20 peratus setiap minggu. Cara mempercepatkan proses berkenaan ialah jemur kereta ketika cuaca panas dan buka tingkap, termasuk pintu untuk membolehkan angin memasuki ruang kabin. Selamat mencuba!

BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Bajet Hilangkan Bau Asap Rokok dalam Kereta
BACA >>> #TahukahAnda: 7 Tanda Anda Kena Tukar Kereta Lama, Beli Kereta Baharu
BACA >>> #ApaNakBuat: 6 Tip Elak Sakit Belakang Ketika Memandu
BACA >>> Asbak aka ‘Ashtray’ – Perkakasan Kereta Paling Banyak Disalah Guna, Tetapi Cukup Berguna

SUMBER: Thought | HowStuffWorks

autotainment Bau Kereta Baharu Bau kereta bahaya Cara hilang bau kereta Kabin bau kimia Petua hilangkan bau kabin kereta tahukah anda
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.