Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Senggara Bateri Kereta Cara DIY
Autotainment

#ApaNakBuat: Senggara Bateri Kereta Cara DIY

Han OthmanBy Han Othman17/11/20185 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


Alatan Diperlukan: Spanar, penyembur penanggal kakis (corrosion-removal), berus dawai, kain lap
Masa Siap: 20 minit
Anggaran Kos: RM30

KUNCI utama memastikan kereta anda bergerak lancar dan berkesan ialah sambungan bateri yang baik. Walaupun bateri kereta anda daripada jenis bebas senggara (maintenance free), tetapi itu bukanlah bermakna anda boleh buat tidak ambil peduli saja sehingga kereta anda akhirnya terbujur kaku di tepi jalan.

Tahukah anda, sedikit hablur atau serbuk putih pada terminal bateri kereta sudah cukup untuk menghalang kereta anda daripada dihidupkan? Jadi, pemeriksaan ringkas secara pemerhatian ke atas kondisi bateri kereta mampu memberitahu anda bilakah masa anda perlu melakukan proses senggara tersebut. Ikut tip di bawah ini cepat!

1. Tanggalkan kabel daripada terminal bateri sepatutnya tidaklah sesukar mana. Anda cuma perlu menggunakan spanar saiz 10mm yang biasanya sudah siap dibekalkan bersama bekas alatan di belakang but.

2. Pastikan kabel negatif ditanggalkan terlebih dahulu. Jika terlalu ketat, gunakan pembuka skru mata rata untuk membuatkan ia longgar.

3. Cuci terminal bateri dengan penyembur penanggal kakis. Anda tentu pernah mendengar tip tentang air berkarbonat, Coca-Cola yang juga mampu melakukan tugas mencuci itu. Bagaimanapun, kami tetap menyarankan anda menggunakan produk lebih profesional dan spesifik yang boleh dibeli di kedai alat ganti dan aksesori kereta.

BACA >>> #TahukahAnda: Coca-Cola dan Kereta Bersahabat Baik?

4. Jika mahu cara paling klasik yang murah dan berkesan, gunakan saja bahan seperti air dan soda penaik (baking soda). Caranya mudah, taburkan soda penaik ke atas terminal sebelum tuangkan sedikit air dan biarkan sebatian tersebut berbuih selama seminit supaya dapat meresap ke dalam celahan kabel dan terminal bateri.

5. Kemudian, sental dengan berus dawai. Boleh juga gunakan berus gigi dan pastikan diberus hingga semua kotoran tertanggal dan permukaan terminal jadi bersih.

6. Bilas sisa cucian dengan air bersih. Keringkan terminal dan kabel dengan kain lap.

7. Pasang semula kabel pada terminal bateri. Pastikan diikat tidak terlalu ketat supaya tidak merosakkan alur skru, dan tidak juga terlalu longgar supaya kabel tidak mudah tercabut. Uji ikatan dengan menggoyangkan kabel ke kiri dan kanan.

8. Siap!

BACA >>> #ApaNakBuat: Bateri Mati? Jangan Risau, Hidupkan Kereta Anda Dengan Tali dan Jek


TIP PANTAS

https://www.batterystuff.com/images/knowledge-base/How-Batteries-Die.jpg
Bateri kong atau mati ialah masalah kereta paling kerap dihadapi ramai pemandu. Walaupun sukar diduga, anda sebenarnya boleh mengagak hayat bateri kereta hampir ke penghujung apabila sudah menggunakan bateri itu selama lebih 2 tahun. Malah, bateri lebih cepat mati jika kereta dipandu secara kerap dan jarak jauh.

Tetapi, cara terbaik yang boleh memanjangkan hayat dan memastikan bateri kereta anda cekap beroperasi ialah membuka bonet setiap 2 atau 3 bulan sekali untuk memeriksa kondisi bateri dan melakukan tugas cucian seperti di atas jika diperlukan. 😉

autotainment bateri kereta cuci bateri kereta DIY senggara bateri kereta tahukah anda tip automobil
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

19/01/2026
Senarai 20 kereta paling berkuasa 2025
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 20 Kereta Paling Berkuasa 2025

06/01/2026
E&O Express
Autotainment

#TahukahAnda: Malaysia Ada Perkhidmatan Kereta Api Mewah Ala Eropah?

20/01/2026
Penunggang motosikal
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Penunggang Motosikal Lebih Sihat Mental?

19/12/2025
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.