• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Kenapa Kereta Boleh Terbakar Selepas Kemalangan?

#TahukahAnda: Kenapa Kereta Boleh Terbakar Selepas Kemalangan?

May 10, 2022 By Shawkath Leave a Comment

452
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KENDERAAN tidak sepatutnya terbakar secara spontan atau tiba-tiba. Jika situasi itu berlaku, besar kemungkinan ada kerosakan lain lebih awal.

Pada masa sama, mungkin ramai tidak tahu kes kenderaan terbakar kerap berlaku dalam purata satu daripada lima kes kebakaran adalah melibatkan satu atau banyak kenderaan.

BACA >>> Huru-Hara di Genting Highlands, Kereta Terbakar Mengundur Turun Bukit

Ini sebabnya sektor automotif sentiasa berada di bawah pengawasan ketat. Perkara itu amat jelas apabila banyak kenderaan dipanggil balik kerana dikhuatiri komponen terjejas atau rosak kerana boleh menyebabkan ancaman kebakaran, terutama membabitkan sistem bahan api dan trenkuasa.

Kebakaran berpunca dari sistem elektrik dan bahan api lazimnya berpunca daripada masalah pilihan rekabentuk dalam kenderaan. Jika siasatan mendapati punca kebakaran disebabkan komponan bermasalah atau faktor rekabentuk, pengeluar terlibat boleh dikenakan tindakan kerana mendatangkan kecederaan.

BACA >>> Kes Skuter Elektrik Terbakar di India: Sel, Modul Bateri Jadi Punca?

PUNCA KEROSAKAN BOLEH MENYEBABKAN KEBAKARAN

Ada beberapa kerosakan utama boleh mengakibatkan kebakaran hingga boleh mengancam nyawa pemandu, termasuk penumpang seperti berikut:

1. Saluran, Tangki Minyak Bocor
  • Tangki minyak sepatutnya diposisikan di depan gandar belakang dan ada pelindung antitebuk dan bekas tadahan bahan api (bladder).
  • Braket dan objek tajam lain tidak sepatutnya berada berhampiran kawasan tangki bahan api.
  • Saluran aliran bahan api tersalah pasang atau diposisi tidak betul adalah berbahaya kerana boleh pecah jika berlaku kemalangan.
  • Kebocoran kecil jika terkena percikan api pencucuhan (ignition) boleh menyebabkan api marak pantas.
  • Material mudah terbakar (petrol, diesel atau minyak lain) yang bocor boleh terbakar jika terkena percikan atau logam terlampau panas.
  • Ramai orang tidak sedar, selain bahan api, ada beberapa komponen kenderaan mengandungi bahan mudah terbakar.
  • Kebakaran yang disebabkan bahan api biasanya berlaku bawah kenderaan atau dari atas permukaan jalan.
  • Kebakaran seperti itu mudah merebak pantas akibat kebocoran bahan api.

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Mitos Jimat Minyak yang Boleh Diikut, Tapi Jangan Percaya Sangat

2. Kegagalan Sistem Elektrik
  • Kebakaran akibat sistem elektrik biasanya berlaku pada papan pemuka atau kawasan sekelilingnya.
  • Sistem pendawaian ekstensif dalam kenderaan moden boleh rosak jika berlaku kemalangan.
  • Pelanggaran teruk boleh membuatkan kabel terputus dan mencetuskan percikan api yang kemudian menyambar bahan api.
  • Pendawaian rosak dalam sistem pencucuhan juga berpotensi menyebabkan litar pintas, sekali gus mencetuskan kebakaran.
3. Kegagalan Enjin Teruk
  • Sebahagian besar kebakaran kereta bermula dari ruang trenkuasa, atau enjin.
  • Bateri rosak juga boleh menyebabkan kebakaran. Jika bateri tidak dijaga baik, kakisan mudah terbakar boleh terbentuk atas terminal bateri.
4. Faktor Lain
  • Beg udara juga boleh meletup.
  • Kerosakan mekanikal boleh menyebabkan percikan atau letupan pada bahan mudah terbakar hingga membakarkan kenderaan.

Tindakan Undang-Undang

Orang terperangkap dalam kenderaan terbakar berdepan risiko kecederaan kerana api dengan pantas mudah merebak ke dalam kabin. Penumpang juga boleh mengalami keracunan akibat terhidu gas toksik.

Walaupun kenderaan terbakar mungkin berpunca daripada kemalangan, tetapi sebahagian besar insiden kebakaran adalah tanggungjawab pengeluar.

Apabila kesalahan terletak di pihak pengeluar, mangsa kenderaan terbakar boleh memfailkan tindakan undang-undang dan pampasan kewangan daripada pengeluar akibat kecuaian.

BACA >>> Fakta atau Auta: Botol Air Mineral Dalam Kabin Penyebab Kereta Terbakar?
BACA >>> Parkir Lama Bawah Matahari, Cover Dashboard Alza Terbakar
BACA >>> Pemandu Rentung, MPV Terbakar Selepas Terpelanting, Langgar Pengadang Jalan
BACA >>> Isu Enjin Terbakar: Hyundai, Kia Kena Siasat

SUMBER: Seanclearypa

Related

452
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Isu Bateri Terbakar, Punca Kenderaan Terbakar, Punca Kereta Terbakar, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev