Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Masalah ‘Flat Spot’, Kenapa Tayar Boleh Kempis Kalau Diparkir Lama?
Autotainment

#TahukahAnda: Masalah ‘Flat Spot’, Kenapa Tayar Boleh Kempis Kalau Diparkir Lama?

TalibBy Talib05/05/2020
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERETA dicipta untuk bergerak setiap hari dan bukan terperap di kawasan parkir. Sekiranya terbiar lama, ada pelbagai masalah boleh muncul dan antara masalah paling biasa berlaku adalah kondisi bateri. Kalau terminal atau fius tenaga tidak dicabut, bateri mudah rosak dan tidak tahan lama.

Selain bateri, ada juga komponen lain yang perlu diawasi pemilik kenderaan. Contohnya, aspek luaran kereta, mungkin ada najis burung mengotori badan kereta, atau kondisi komponen daripada bahan getah seperti wiper, getah pintu, tayar dan lain-lain.

Sebut mengenai tayar kereta, ini komponen paling penting kerana diperlukan untuk bergerak dan menampung beban kenderaan. Material tayar dihasilkan berasaskan kompaun getah lembut untuk memberikan keselesaan dan cengkaman ketika memandu. Salah satu masalah tayar biasa dialami pemilik adalah kemunculan kesan rata pada tayar yang juga dipanggil ‘flat spot’ (atau ‘flatspotting’).

BACA >>> UK Uji Material Baharu Turap Jalan Guna Getah Tayar Terpakai
BACA >>> Polis Tahan Pemandu dengan Tayar Bengkak Kuasa 15

APAKAH ‘FLATSPOTTING’?

Masalalah tayar flat spot boleh berlaku jika kereta diparkir lama
Permukaan kawasan parkir dan material tayar mempengaruhi kesan flat spot

Flat spot adalah situasi tayar mengalami kesan rata pada bawah tayar, iaitu bahagian tayar yang menyentuh permukaan jalan di kawasan parkir. Situasi ini biasanya berlaku jika kereta diletakkan dalam keadaan sama lebih 30 hari.

Tahap permasalahan itu berbeza mengikut kondisi permukaan kawasan parkir, jenis kereta dan tayar. Masalah jadi lebih ketara sekiranya kereta diletakkan atau permukaan keras sedangkan kompaun tayar pula jenis lembut. Situasi tayar (yang lembut) perlu menampung dan menyerap semua beban kereta selama mana ia tidak bergerak pada satu-satu posisi. Kita ambil contoh situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana banyak kereta terbiar tidak dipandu,

Ada juga pemilik yang ada lebih satu kereta. Namun, cuma satu kereta saja yang kerap digunakan. Jadi, satu lagi kereta terpaksa diparkir lama dan tidak bergerak. Situasi begini kerap menimpa pemilik yang jarang menggunakan kereta lama mereka.

Situasi begini dapat dilihat di kawasan parkir pangsapuri yang mana  kereta terbiar lama tidak bergerak dengan tayar mula mengempis.

LANGKAH PENJAGAAN

Tukar kedudukan tayar mengikut hari.

Langkah Pertama: Sentiasa gerakkan kereta setiap dua minggu. Ini boleh dilakukan bersama langkah penjagaan bateri untuk kereta yang tidak dipandu lama. Seandainya kereta tidak dapat bergerak, cukup sekadar keluar dari parkir kereta dengan mengundur ke depan dan kebelakang.

Bagi penghuni pangsapuri, bolehlah saling tukar petak parkir dengan jiran. Jika di rumah sendiri, boleh cuba keluar parkir dan tukar posisi parkir. Tindakan menukar kawasan tayar akan mengelakkan kesan rata terbentuk akibat tidak bergerak.

Langkah Kedua: Ini perlu dibuat bersama langkah pertama. Sekali lagi diingatkan, langkah pertama wajib dibuat kerana kereta anda tidak boleh diparkir dalam satu posisi saja dalam jangka masa lama. Boleh lihat gambarajah di atas tentang contoh putaran kedudukan tayar yang bersesuaian mengikut bilangan hari.

Pastikan tekanan udara dalam tayar sentiasa mencukupi, atau lebihkan 1 atau 2 PSI. Ini bagi memastikan tayar mempunyai cukup tekanan udara bagi menampung berat kereta.

Langkah Ketiga: Jangan simpan barang yang tidak berguna dalam kereta kerana boleh menambah beban ke atas tayar. Kereta bukan stor! Keluarkan semua barang tersebut, cukup sekadar apa yang perlu ada dalam kereta. Tetapi, janganlah sampai kerusi belakang pun hendak dicabut sebab tiada penumpang.

KAEDAH PEMULIHAN

Graf pemulihan tayar.

Kaedah Pertama: Ada kajian pakar tayar mendakwa masalah flat spot mungkin boleh di atasi dengan memandu kereta lebih 30 minit. Lihat graf di atas dan ingat, pemanduan dengan tayar tidak bulat sepenuhnya memang tidak selesa.

Namun, ada yang berpendapat, walaupun tayar sudah kembali bulat (selepas dipam atau dipandu) ia cuma bersifat sementara kerana kondisi tayar sudah tidak seelok dulu. Jadi, prestasi tayar sudah tidak sama seperti sedia kala.

Kaedah Kedua: Tukar tayar baharu. Pedih, tetapi ini sahaja jalan paling selamat dan diyakini 100 peratus boleh memulihkan prestasi tayar kereta anda.

BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Tukar Tayar Saiz Besar Lebih Mahal, Jejas Prestasi?
BACA >>> #Tahukah Anda: Kenapa Tayar Ganti Lebih Kecil daripada Tayar Biasa?

PENUTUP

Langkah pencegahan yang baik pasti lebih elok daripada langkah pemulihan. Namun, apa dialami setiap pemilik kenderaan adalah berbeza sama ada dari segi bajet, persediaan dan peruntukan masa. Diharapkan artikel ini mampu membantu. Pastikan tekanan udara dalam tayar kereta ada sentiasa mencukupi dan kereta sentiasa dipantau.

Jangan lupa awasi kereta anda, dan pastikan tayar tidak bertukar dengan bata (kena rembat la tu!). Fakta menarik, tahukah anda tayar jentera Formula Satu (F1) akan dicabut dalam kawasan PIT untuk mengelakkan kesan flat spot?

autotainment Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Roda4 tahukah anda Tayar Tayar 'Flat Spot' Tayar Flatspotting Tayar Kempis tip automotif
Talib

Artikel Berkaitan

Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Korang – Naked, Sportbike, Cruiser atau Touring?

26/02/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.