Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kereta Steve Jobs Tiada Nombor Plat, Tidak Pernah Bida Harga ‘Meninggal’
Autotainment

#TahukahAnda: Kereta Steve Jobs Tiada Nombor Plat, Tidak Pernah Bida Harga ‘Meninggal’

Han OthmanBy Han Othman04/08/20163 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

steve-jobs-plate
KERETA Steve Jobs tidak pernah ada nombor plat. Apakah kekayaan dimiliki jutawan itu membuatkan mendiang mahu tampil berbeza berbanding orang lain. Lagipun berapalah sangat nilai saman yang sememangnya mampu dibayar semudah memetik jari.

Namun, semua jawapan di atas tiada kena mengena dengan kenapa kereta Mercedes-Benz SL55 AMG milik Jobs tiada nombor plat. Faktanya ialah kelompongan (loophole) undang-undang di California, iaitu salah sebuah negeri di Amerika Syarikat (AS).

Jobs (atau seseorang yang rapat dengannya) mendapati ada kesempatan yang boleh digunakan pada undang-undang kenderaan di California yang membenarkan pembeli kereta baharu dalam negeri itu untuk tidak menampal nombor plat bagi tempoh maksimum enam bulan.

SITUASI MENANG-MENANG

steve-jobs
Jadi, Jobs menjalinkan perjanjian jual beli (trade in) dengan pengedar Mercedes-Benz untuk menukar beli keretanya itu setiap enam bulan. Jadi, memang betullah Jobs tidak pernah memandu kereta bernombor plat.

Malah, Jobs bukan saja beruntung dapat memandu model baharu setiap enam bulan, tetapi pihak pengedar pula berpeluang menjual Mercedes terpakai milik Jobs pada harga tinggi. Win-win situation. Lagipun, AS memang negara lubuk duit bagi ribuan pengumpul item ‘rare’, terutama barangan milik selebriti dan tokoh terkenal negara itu.

Nampak tak betapa bijaknya kepala otak Jobs? Tetapi, sesetengah VIP dan jutawan negara ini pula terbalik. Mereka cenderung berebut-rebut menghabiskan duit membida nombor plat ‘chantek’. Malangnya, rata-rata nombor plat yang dibida itu tiada nilai langsung di bawah radar pengumpul item sedunia. Malah, dikutuk pula rakyat jelata sebagai membazir semata-mata.

Kasihannnn… 😥


Maksud ‘harga meninggal’ ialah harga sesuatu barangan yang melampaui nilai sebenar pasaran dan di luar kemampuan orang kebanyakan.

Apple Inc autotainment kereta Steve Jobs Mercedes SL55 AMG Steve Jobs tahukah anda
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI)
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Lulus MV15 Puspakom Belum Tentu Selamat? Anda Mungkin Kena Buat Pemeriksaan Khas B2

08/06/2026
Orang ramai di Kuala Lumpur
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

21/05/2026
Steinwinter Supercargo 1983
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik yang Melangkaui Zaman

05/06/2026
Autotainment

#TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

21/05/2026

3 Comments

  1. Ismail on 04/08/2016 21:48

    Anda sendiri mengatakan undang-undang kenderaan di California yang membenarkan pembeli kereta baharu dalam negeri itu untuk tidak menampal nombor plat bagi tempoh maksimum enam bulan, adakah dinegara ini mempunyai undang2 yang sama? Kalau tidak maka jangan jadi bodoh mengatakan orang yang membida nombot plat dengan harga yang tinggi disini adalah umpama bodoh sebab anda admin yang sebenarnya bodoh, setiap negara berlainan Cara Dan undang2 maka setiap orang mempunyai kepuasan yang berbeza, Cara setiap insan menyalurkan bantuan pada kerajaan juga berbeza, kalau kita kasihan orang buta menjual tisu maka kita akan Beli tisunya walaupun pada ketika ITU kita tidak memerlukannya

    Reply
    • AO on 04/08/2016 23:04

      Membida nombor plat berharga berjuta-juta tetap satu pembaziran dan sia-sia walaupun duit bidaan itu kononnya disalurkan untuk kebaikan. Lebih teruk, trend tersebut mewujudkan nilai kasta dalam masyarakat. Di Barat rata-rata pemilik nombor plat harga melampau adalah golongan artis, selebriti dan VIP yang penuh kontroversi dan skandal. Sebaliknya, golongan intelektual, negarawan, dan jutawan ‘true’ di sana, nombor plat nyata tiada apa-apa makna bagi mereka.

      Saudara pakai nombor plat apa? Juta-juta juga?

      Reply
      • Jimmy on 24/12/2016 11:57

        Alaa no tu leh jual balik. So win win juga la. Kalau kat malaysia ade law 6 bulan tu mungkin ade gak yg buat.

        Kalau dia kata charity and duit tu pergi ntah ke mana, bukan salah pembida. Tapi organiser la.

        Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.