Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kenapakah Tork Penting untuk Kenderaan?
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapakah Tork Penting untuk Kenderaan?

Han OthmanBy Han Othman05/09/2020
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA membeli kereta, ramai akan melihat angka kuasa kuda (hp), dan jarang sekali memandang tentang tork (Nm). Ramai salah faham dengan menganggap kereta dengan kuasa kuda tinggi juga akan memiliki tork yang tinggi. Walhal faktanya tidak semestinya begitu.

Kita ambil contoh trak pikap Ford Ranger Wildtrak yang dijana enjin 2.0L dengan tork 500Nm dan kuasa 211hp, manakala kenderaan utiliti sukan (SUV) seperti Honda CR-V 2.0 berkapasiti enjin sama (2.0L) memiliki tork 189Nm dan kuasa 152hp. Adakah ini bermakna CR-V kurang berkuasa dan kurang pikap?

Fakta yang orang tidak tahu, Ranger Wildtrak memiliki berat hingga 3.2 tan, sebaliknya berat CR-V cuma 1.52 tan dengan pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 11.3 saat. Maknanya, angka tork dan kuasa kuda perlu juga dibaca bersama berat jentera.

Semestinya tork tinggi sangat diperlukan Ranger sebagai kenderaan jenis trak pikap yang digunakan untuk melakukan tugas-tugas ekstrem seperti meredah jalan off-road, menunda kenderaan dan mengangkut muatan berat.

Soalannya, kenapa tork penting?

APAKAH ITU TORK?

Pertama, mari kita fahami dahulu beberapa definisi pantas mengenai tork (Nm) dan kuasa kuda (hp).

Dalam spesifikasi automotif, TORK ialah daya kilasan atau pusingan, manakala KUASA KUDA pula ialah seberapa pantas daya kilasan itu digunakan.

Contohnya, memasang dan membuka nat tayar kereta menggunakan pemutar tayar (wheelbrace) dan pistol detar (rattlegun). Faktanya, kedua-dua alatan itu menghasilkan tork yang sama untuk memasang dan membuka nat tayar. Tetapi, pistol detar dikatakan lebih berkuasa kerana kemampuan melakukan tugas memasang dan membuka nat tayar dengan pantas.

Banyak tork pada kelajuan putaran perlahan memberikan anda sejumlah kuasa yang menyamai kurang tork pada kelajuan putaran tinggi.

Ramai berminat dengan kuasa disebabkan pecutan. Sebenarnya, apa perlu anda tahu ialah berat kenderaan yang memberikan kesan besar kepada seberapa pantas sesuatu kelajuan itu dihimpun. Penggearan juga menjadi faktor besar, di mana keluk kuasa dan tork enjin berbeza daripada output puncak yang menjadi judul utama dan angka yang kerap dipetik.

BAGAIMANA MENILAI PRESTASI?

Jika berminat dengan pecutan, lihatlah pada angka 0-100kmj. Sebab itulah spesifikasi model trak pikap tidak pernah menyenaraikan pecutan 0-100kmj sebab itu bukanlah tujuan utama kenderaan tersebut dibina.

Tetapi bagaimanakah pula jika sesebuah kenderaan penumpang itu, yang bukan jenis trak pikap, memiliki angka tork tinggi seperti Honda City RS yang mampu menghasilkan tork setinggi 253Nm dan dikatakan tertinggi dalam kelasnya?

Begini, jika anda berminat dengan kuasa disebabkan kelajuan maksimum? Sudah tentu kuasa ialah faktor utama. Tetapi bukan semua pemandu berani hendak memandu dengan kelajuan hingga 200kmj. Tetapi hampir semua pemandu memerlukan tenaga yang mencukupi untuk memotong kenderaan depan dan inilah apa mampu dilakukan tork.

Apabila anda menggandakan kelajuan, anda sedang meningkatkan empat kali seretan (drag), dan apabila meningkatkan kelajuan sebanyak tiga kali ganda, anda sebenarnya sudah melakukan enam kali seretan! Bukankah kereta berkuasa 402hp sepatutnya mempunyai dua kali ganda kelajuan maksimum kereta 201hp? Tetapi kenapa rata-rata kelajuan maksimum ditulis lebih kurang sama saja?

Berat jarang menjadi isu besar apabila menilai perihal kelajuan maksimum walaupun kereta kita agak perlahan untuk mencapai tahap kelajuan maksimum. Apa yang dipedulikan ialah kelajuan maksimum itu dapat dicapai juga akhirnya. Lambat atau perlahan sudah tidak penting.

Sedangkan dalam dunia nyata, kereta berat dengan kelajuan maksimum tertinggi mungkin lebih perlahan berbanding kereta yang mampu memecut pantas dengan kelajuan maksimum rendah seperti Toyota 86. Dalam pemahaman lain, kereta berkelajuan maksimum 200kmj boleh saja lebih perlahan berbanding kereta berkelajuan maksimum 160kmj.

Jadi, kuasa bukanlah jawapan muktamad bagi pecutan atau kelajuan maksimum. Hakikatnya, pecutan adalah tentang tork.

KAITAN KUASA TUNDAAN DAN KUASA/TORK?

Bagaimana pula tundaan yang diuar-uarkan  pada sesebuah kenderaan jenis trak pikap atau 4×4? Apakah ada kaitan antara rating tundaan dan kuasa atau tork?

Faktor yang mempengaruhi rating tunda bukanlah output enjin semata-mata, tetapi penyejukan enjin, transmisi dan casis. Perhatikan spesifikasi Land Rover Defender dengan rating tundaan 3,500kg walaupun cuma berkuasa 120hp. Sebaliknya rating tundaan Toyota Land Cruiser Prado sekadar 2,500kg walaupun berkuasa 188hp, manakala Nissan Patrol GU mampu menunda beban 3,500-2,500kg bergantung kepada jenis enjin dan transmisi.

Kuasa kuda tinggi tidak semestinya mampu melakukan kerja tundaan. Kita tidak boleh menentukan keupayaan tundaan dengan output enjin semata-mata. Anda tentu perasan prestasi sesebuah kereta itu akan berubah apabila dinaiki ramai penumpang. Payah sungguh hendak memotong kenderaan depan sampai kena tutup penyaman aircond!

Malah, angka prestasi mampu memperdayakan anda. Sensasi pecutan sangat berbeza apabila bercerita mengenai Toyota 86 berbanding enjin supercas Range Rover. Walaupun angka menunjukkan kereta sport Toyota itu lebih perlahan, tetapi fiil laju lebih terasa berbanding Range Rover.

Ya, ada banyak enjin lain di pasaran menunjukkan keluk hantaran kuasa yang mengagumkan, tetapi realitinya tidaklah sehebat mana jika dibandingkan kereta kurang berkuasa.

Jadi, apa yang kita perlu pelajari dan fahami adalah jangan menilai sesebuah kereta itu berdasarkan spesifikasi tertentu sahaja (terutama kuasa dan tork). Ia tidak ubah seperti menilai sebuah buku dengan melihat kulitnya semata-mata. Kita sepaturnya memandu uji kereta itu terlebih dahulu dan merasai kehebatannya berasaskan fiil dan cita rasa sendiri. 🙂

Apakah Daya Kilas Apakah Tork autotainment daya kilas Kenapa Tork Penting tahukah anda tork Torque
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Korang – Naked, Sportbike, Cruiser atau Touring?

26/02/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.