Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kenapa Volvo Masih Tuntut Hutang daripada Korea Utara Sejak 70-an?
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Volvo Masih Tuntut Hutang daripada Korea Utara Sejak 70-an?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/02/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS tamat Perang Dunia Kedua (WWII), banyak Kerajaan mula membangunkan negara menerusi pakatan ekonomi dan hubungan diplomatik dengan meletakkan keamanan sebagai teras keutamaan.

Beberapa negara Eropah mula membuka sempadan yang menyaksikan kebangkitan banyak industri dunia, termasuk automotif.

BACA >>> Diplomasi Volvo Lembutkan Korea Utara, Pyongyang Berhutang Lebih RM1.5b Kepada Sweden

Selepas hampir 20 tahun perang tamat, pengeluar automotif dari Sweden berusaha mencari pasaran untuk mengeksport kenderaan dalam kuantiti banyak. Ini kerana pengguna beberapa negara seperti Britain, Perancis, Portugal, Amerika Syarikat (AS), Kanada, Rusia dan Jepun sudah mula meyakini produk Volvo yang mana kereta buatan Sweden itu mula menjadi fenomena.


Volvo dan Kerajaan Sweden kemudian memilih Korea Utara sebagai lokasi terbaik menjalinkan perniagaan walaupun negara itu masih bergantung bantuan luar seperti membeli mesin dari utara Eropah. Malah Sweden juga mendirikan kedutaan di negara Asia Timur itu, yang juga Kerajaan Barat pertama berbuat demikian.

Kontrak ditandatangani Korea Utara itu membawa kepada pembelian 1,000 unit Volvo 144. Namun, apa tidak diketahui,Pyongyang tidak berhasrat untuk membayar pembelian tersebut.

Model-model Volvo dibina dan dihantar ke Korea Utara walaupun proses menyiapkan tempahan berlarutan hingga setahun. Khabarnya, model-model tempatan itu diagihkan kepada golongan yang ada kaitan dengan pemerintah selain sebagai  tanda persahabatan dengan pihak berkuasa.

Volvo 144 ialah model sedan terbaik 1970-an dan sebahagian daripada siri 140, terdiri daripada versi 2- dan 4-pintu, termasuk wagon.

BACA >>> Volvo V60 Recharge T8 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM287k!


Nama 144 bermaksud kereta pertama dalam konfigurasi enjin 4-silinder dan 4-pintu. Model itu meraih populariti memberangsangkan yang menyaksikan Volvo membuka fasiliti pengeluaran di Belgium, Kanada, Australia, Malaysia dan Afrika Selatan.

Hingga kini, Korea Utara masih memiliki kenderaan dikirim Volvo pada 1972 dan 1973, yang semakin sukar ditemui di pasaran dunia. Walaupun menyedari Pyongyang memungkiri janji, tetapi Volvo masih menunggu mendapatkan bayaran dengan tunggakan berjumlah sekitar €110 juta (RM522 juta) yang mula dituntut pada 1976.

BACA >>> Walaupun Kereta Atas Nama Isteri, Suami Boleh Tuntut Harta Sepencarian?

Korea Utara dikatakan langsung tidak peduli dan tidak merancang hendak membayar. Sweden pula tidak pernah melupakan hutang tersebut dan kekal mengingatkan Pyongyang setiap dua tahun supaya melangsaikan hutang yang tertunggak sejak 1970-an.

Kementerian Luar Sweden mendakwa jumlah tunggakan hutang setakat ini adalah kira-kira €277 juta (RM1.3 bilion) dan akan terus meningkat. Volvo terselamat kerana Stockholm sudah membuat bayaran penuh menggunakan dana awam untuk tempahan 1,000 unit kereta tersebut, dan kini cuma perlu berusaha mendapatkan semula hutang tersebut.

Mungkin ada harapan kerana Volvo kini dimiliki firma China, tetapi masih tiada sebarang kepastian.

BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Insurans Anda Tiada Perlindungan Kereta Tenggelam Banjir
BACA >>> Lelaki Ini Menabung Lebih Setahun untuk Beli Motosikal Tunai, 5 Jam Baru Selesai Kira
BACA >>> Warga Brunei, Singapura, Thailand Sudah Boleh Lawat Eropah

SUMBER: AutoEvolution

Auto Terkini Hutang Kenderaan Perdagangan Hutang Korea Utara Korea Utara PERANG DUNIA Perang Dunia Kedua Perang Dunia Kedua (WWII) Sweden Volvo WWII
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Nozel pam minyak
Auto Terkini

Kerajaan Kekalkan Subsidi RON95 Walaupun Harga Minyak Global Tidak Menentu

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.