Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kenapa Rekabentuk EV Tiada ‘Hidung’?
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Rekabentuk EV Tiada ‘Hidung’?

Han OthmanBy Han Othman18/12/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KETIKA pelancaran model kenderaan elektrik (EV) nasional pertama, Proton e-MAS 7 2025, baru-baru ini, ada satu komen netizen bertanya, kenapa rekabentuk EV jenis tiada ‘hidung’ (lihat tangkap layar foto bawah)?

Tiada ‘hidung’ itu dimaksudkan sebagai rekabentuk tanpa gril yang biasanya ada pada kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE). Sebaliknya rata-rata model EV hari ini direka tanpa gril dengan rekabentuk bampar licin dan serba slik. Kalau ada gril pun, lebih kepada acah atau fake saja tanpa fungsi jelas, sekadar estetika semata.

Berbalik kepada soalan seorang netizen itu;

Kenapa rekabentuk EV jenis tiada ‘hidung’?

Begini…

Rekabentuk EV tidak lagi memerlukan gril kerana perubahan keperluan teknikal dan estetika moden. Antara sebabnya;

Contoh sistem penyejukan cecair dalam EV.

Pertama, sistem penyejukan EV tidak lagi seperti enjin kereta ICE (petrol/diesel). Ini kerana kereta ICE memerlukan gril untuk menyalurkan udara luasr ke radiator bagi menyejukkan enjin.

Sebaliknya, EV menggunakan motor elektrik yang menghasilkan lebih sedikit haba, manakala komponen seperti bateri dan inverter disejukkan melalui sistem lain, seperti penyejukan cecair tertutup. Jadi gril besar sudah tidak lagi relevan.

Kedua, untuk memberikan aerodinamik lebih baik. Ini kerana tanpa gril, rekabentuk bahagian depan EV boleh direka lebih licin untuk mengurangkan seretan angin (drag coefficient), sekali gus membantu meningkatkan kecekapan tenaga dan jarak perjalanan bateri.

Ketiga, untuk estetika moden dan identiti EV. Ini kerana rekabentuk tanpa gril mampu menyerlahkan penampilan EV yang tampak bersih dan futuristik, sekali gus memberikan imej kenderaan emisi sifar.

Misalnya, Tesla, Hyundai IONIQ 5, dan Kia EV6, termasuk Proton e.MAS 7 menggunakan rupa depan minimalis untuk mencerminkan teknologi moden.

Rekabentuk khas EV juga membantu pengguna dan pihak berkuasa membezakan mana satu kereta EV dan kereta konvensional. Dalam fasa kemasukan lambakan model EV di pasaran yang perlu berkongsi jalan raya sama dengan pemandu kereta ICE, rekabentuk unik EV sedikit sebanyak membantu aspek keselamatan kerana memudahkan pengecaman.

Keempat, untuk pengiktirafan jenama. Banyak pengeluar cuba mencipta identiti unik untuk EV masing-masing. Tanpa gril tradisional, pasukan pereka dapat menumpukan kepada ciri lain seperti lampu depan atau corak permukaan.

Sesetengah EV seperti BMW iX masih menggunakan ‘gril’ tetapi sekadar sebagai elemen hiasan, bukan fungsi.

Kesimpulannya, rekabentuk tanpa gril adalah evolusi logik untuk menyesuaikan keperluan teknikal EV dan memberikan rupa yang lebih inovatif dan berkesan.

autotainment EV Tiada 'Hidung'? Kenderaan Elektrik (EV) Proton e.MAS 7 Proton e.MAS 7 2025 tahukah anda
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

26/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

26/06/2026
Autotainment

Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

26/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

26/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

By Syafie23/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

By Abang Hirata20/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.