Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kenapa Nissan GT-R Dipanggil Godzilla, Bukan Dugong atau Ketam?
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Nissan GT-R Dipanggil Godzilla, Bukan Dugong atau Ketam?

Han OthmanBy Han Othman29/07/20196 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda gelaran ‘Godzilla’ yang merujuk kepada Nissan Skyline GT-R atau Nissan GT-R adalah berasal daripada model R32 GT-R Australia? Sebagai makluman, R32 ialah generasi ketiga dalam barisan Skyline GT-R yang dihasilkan antara 1989-1994. Kenapa godzilla, bukan dugong, keli atau ketam?

Begini, Australia ialah negara eksport pertama R32 GT-R sebelum model itu dihantar masuk ke negara-negara lain seluruh dunia. Apabila melakukan debut dalam Kejohanan Kereta Touring Australia (ATCC) pada 1990, raksasa Jepun itu berjaya menafikan jentera disegani di medan lumba, Ford Sierra Cosworth daripada mengekalkan kejuaraan podium yang dipertahankan sekian lama. Malah R32 GT-R turut memenangi perlumbaan klasik Bathurst 1991 dan 1992.

BACA >>> Inilah 7 Nissan GT-R Edisi Khas yang Paling Wow!

RAKSASA FIKSYEN JADI GELARAN

Susulan itu, pihak media Australia mula menggelarkan jentera sport itu sebagai ‘Godzilla’, dipercayai dimulakan majalah permotoran Wheels dalam keluaran Julai 1989. Kepada yang belum tahu, Godzilla ialah raksasa yang wujud sebagai karakter fiksyen dalam Tokusatsu, iaitu siri drama kesan khas Jepun sebelum jadi popular selepas filem Godzilla arahan Ishiro Honda pada 1954.

Sejak itu, karakter Godzilla mula menjadi ikon budaya pop dunia yang bukan saja muncul dalam komik, novel, iklan, permainan video dan rancangan televisyen, tetapi turut diangkat sebagai subjek utama dua filem Hollywood.

Jadi apabila Godzilla diberikan kepada GT-R, itu bermakna kereta itu mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar di kalangan pemerhati dunia permotoran di Australia. Gelaran itu langsung menjadi buah mulut dan sebutan kalangan peminta-peminat automotif seluruh dunia.

BACA >>> Nissan GT-R NISMO (2020) Mula Dijual di UK, Harga RM900k

HURA-HARAKAN DUNIA PERLUMBAAN

Faktanya, potensi besar dimiliki GT-R memang sukar dibendung hingga membuatkan kelas perlumbaan Group A di Australia terpaksa dipecahkan untuk mengelak dominasi melampau, sama seperti dilakukan Audi Quattro dalam siri rali Group B. Ataupun dalam dunia bukan permotoran, GT-R bolehlah diibarat Siti Nurhaliza masuk bertanding dalam Juara Lagu yang pasti membuatkan ramai penyanyi lain berputus harap. 😛

Malah, Kejuaraan Kereta Touring Jepun (JTCC) juga terpaksa dipecahkan kelas perlumbaan gara-gara GT-R. Apa tidaknya, si Godzilla ini memenangi 29 perlumbaan daripada 29 penyertaan, termasuk merangkul takhta kejuaraan lima tahun berturut-turut bermula 1989 hingga 1993!

Akibatnya, JTCC dibahagikan kepada dua kelas baharu, iaitu Super Touring dan GT500 seperti hari ini. Bermula 1991 hingga 1997, R32 GT-R (dan R33) turut melakarkan 50 kejuaraan perlumbaan daripada 50 penyertaan dalam siri N1 Super Taikyu.

BACA >>> Nissan GT-R Edisi Pemain Tenis Jepun, Naomi Osaka yang Cuma 50 Unit Dijual

Cukuplah setakat itu kerana sebenarnya ada banyak kejuaraan lain dicatatkan GT-R. Kesimpulannya, memang patut dan layaklah GT-R digelar Godzilla dan bukan dugong, keli atau ketam. Rancangan Top Gear BBC tidak ragu-ragu mengiktiraf GT-R sebagai sumbangan Jepun terbaik dalam kejuruteraan supercar. 😀

SUMBER: TorquePost

asal usul nama Godzilla GT-R autotainment Nissan Nissan GT-R Nissan Skyline Nissan Skyline GT-R Nissan Skyline GT-R R32 R32 GT-R Supercar tahukah anda
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

27/07/2026
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.