Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kenapa Swingarm Motosikal Moden Bengkok?
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Swingarm Motosikal Moden Bengkok?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/03/20193 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KENAPA lengan ayun @ swingarm motosikal moden sekarang bengkok-bengkok belaka?

Lengan ayun di sini bukanlah bermaksud lengan abah yang selalu diayunkan ke belakang kita kerana degil nak mampus, tetapi terjemahan Bahasa Melayu untuk istilah Inggeris – swingarm, yakni komponen motosikal berupa batang besi yang bertanggungjawab memegang komponen roda belakang seperti rim+tayar, brek dan sproket.

Mengimbau kembali kenangan swingarm bengkok bak pisang pada zaman dahulu kala, terlintas di kepala kami tentang Aprilia RS250 keluaran 1996 yang begitu lazat ditunggang dan menjadi kegilaan jejaka-jejaka kacak yang rata-rata kalangan mereka hari ini sudah pun bergelar ‘bapak budak’.

Direka dengan keupayaan enjin 2-lejang, RS250 memerlukan ruang kelegaan untuk laluan kebuk ekzos. Jadi, cuma dengan membengkokkan swingarm, barulah laluan tersebut dapat disempurnakan. Tetapi bukanlah Aprillia yang mencipta rekaan swingarm seperti itu. Tetapi jentera lumba Suzuki RG500 milik pelumba legenda, Kevin Schwantz yang lebih dahulu menggunakannya. Kemungkinan juga ada model lain yang lebih awal.

BACA >>> #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket – Mahu Pikap atau Laju?

Rekabentuk swingarm jentera Schwantz ketika itu nampak sofistikated dan mahal. Sekali pandang, memang nampak seperti dibikin pakar-pakar Suzuki secara rahsia dan tersorok di makmal yang terletak di pedalaman Jepun sana.

Namun Aprilia berjaya menggilap rekaan itu beberapa tahun kemudian dan bertindak memasarkan rekaan komponen tersebut menerusi model RS250, dan dijual pula pada harga berstatus selebriti dan jutawan kosmetik ketika itu. Pengeluaran RS250 juga tidak dibuat dalam skala besar untuk pasaran dunia. Apapun, Aprilia menjadi pengeluar yang berjaya mengilangkan komponen motosikal berkenaan.

YAMAHA YANG PERTAMA

Lengan ayun Yamaha YZF-R6 (2002)
Lengan ayun Suzuki RG500 milik Kevin Schwantz

Pujian dan kredit kepada Yamaha sebagai pengeluar besar pertama menggunakan teknologi Tuangan Acuan Vakum (Vacuum Die Casting – VDC). Dek teknologi hebat itulah terhasilnya pelbagai rekabentuk menarik yang tidak mustahil lagi dibikin pada masa kini. Sebelum itu, keseluruhan swingarm bengkok dibuat menggunakan bar logam yang dibentuk daripada tenaga paksaan (force) seperti komponen swingarm aluminium pada model R6 (2002).

Pada 2003, R6 juga menjadi model motosikal pertama menggunakan proses pembuatan dipanggil Tuangan Acuan Terkawal (Controlled Fill Casting – CFC) yang mempengaruhi bentuk swingarm (dan keseluruhan frem) model baharu tersebut. Secara tiba-tiba model itu menghasilkan konsep pembuatan motosikal menggunakan arca logam organik. Namun, kemasan akhir pada komponen disebutkan sukar diperhatikan kerana berwarna hitam.

BACA >>> #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi – Tip Pilih Saiz dan Jenis

Menurut Yamaha, teknik CFC ialah implementasi teknologi VDC, iaitu  proses menyedut logam aluminium cair ke dalam acuan, dan bukan cuma dituangkan. Proses kejuruteraan tersebut menjadikan acuan lebih padat, mengurangkan ruang poros dan memastikan logam aluminium dapat mengalir dalam keseluruhan acuan. Teknik itu juga dapat menghasilkan produk yang lebih kukuh, ringan dan mampu dibentuk mengikut apa saja kehendak pereka.

LEBIH RINGAN DAN KUAT

Yamaha YZF-R6 (2003)

Jurutera Yamaha, Dr Hiroshi Yamagata menjelaskan segala proses pembuatan tersebut seperti di bawah ini:

“Dengan teknologi CF (Controlled Fill), Yamaha mampu menghasilkan bahagian yang lebih ringan dan pada masa sama lebih keras berbanding acuan konvensional. Kami dapat mengawal ketebalan bahan dan mengubahnya mengikut kesesuaian bahagian acuan berbeza. Ini dilakukan supaya kami dapat menghasilkan komponen yang kuat dari segi struktur dan dapat mengurangkan berat pada bahagian yang tidak mengalami daya tekanan tinggi.

“Selain itu, kami juga dapat membentuk bahagian ini secara bebas dan menghasilkan bahagian permukaan komponen berkualiti tinggi. Proses kimpalan juga jadi lebih efektif seperti dapat dilihat pada lengan ayun bengkok R6 yang mengandungi dua produk acuan yang disambungkan secara vertikal.

“Dasar teknologi ini bertujuan mengoptimumkan kondisi aluminium panas yang mengalir ke dalam acuan. Objektifnya, menjadikan cairan aluminium dapat diisi dalam acuan dengan efektif supaya dapat diratakan (dalam acuan) sebelum proses pengerasan berlaku. Proses ini membolehkan Yamah menghasilkan bahagian aluminium lebih nipis, tetapi keras dan masih baik untuk dikimpal.

BACA >>> BMW Hasilkan Swingarm Gentian Karbon Versi Pengeluaran Massa?

“Proses CF ini juga memberikan ketepatan pada kawalan kondisi acuan, melibatkan (1) bahan kedap yang dibangunkan secara eksklusif antara dua bahagian acuan untuk menghasilkan kondisi vakum lengkap (lebih enam kali ganda berbanding metod konvensional lain), yang mengurangkan rintangan udara ketika cairan aluminium itu disedut ke dalam acuan, (2) mengawal suhu acuan supaya suhu aluminium kekal stabil sepanjang proses dan (3) meningkatkan kelajuan suntikan aluminium cair ke dalam acuan (lima kali lebih pantas) supaya isian acuan ideal dapat diperoleh,” katanya.

LEBIH MUDAH DIKIMPAL


“Keputusan diperoleh dapat menghasilkan komponen aluminium tuang (cast aluminium) yang mengandungi 1/5 kandungan oksida jika dibandingkan metod konvensional proses tuangan acuan (die cast) aluminium. Ini menjadikan bahan ini senang dikimpal. walaupun nipis, komponen dihasilkan sangat kukuh dan kuat,” kata Hiroshi lagi.

BACA >>> Suzuki Patenkan Enjin USD @ Terbalik, Swingarm Panjang dan Motor Jadi Lebih Stabil?

Sejak awal kemunculan teknologi tuangan vakum (vacuum casting) pada model R6 kira-kira 15 tahun lalu, hampir semua pengeluar mengadaptasi metod itu dalam menghasilkan pelbagai komponen aluminium yang kuat, cantik dan ringan. Namun, apakah teknologi berkenaan akan digantikan pula dengan teknologi gentian karbon seperti terdapat pada motosikal BMW HP4 Race?

SUMBER: Motorcycle.com

autotainment Dr Hiroshi Yamagata Kevin Schwantz lengan ayun roda2 swingarm Yamaha
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Autotainment

    Toyota Outrun 2026 – Beberapa Jalan Di Putrajaya Ditutup Bermula Malam Sabtu

    03/07/2026
    Roda2

    Harley-Davidson Perkenal Koleksi Eksklusif Liberty Edition 2026 Di Kuala Lumpur

    03/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    03/07/2026

    3 Comments

    1. kah2870 on 11/03/2018 10:39

      Suzuki Fxr150 pun ada swing arm

      Reply
    2. Rubadub on 25/03/2019 20:55

      Kenapa bengkok?

      Reply
    3. azroy on 18/07/2019 12:13

      kenape Lc135 arm xsetle dgn ekor lampu .
      bru kuor kedai pun dh senget
      xde kualiti langsung
      xberbaloi langsung dgn harganya
      sepatutnya pihak yamaha kna kaji benda2 mcm tu .bkn hrga 7ringgit ni 7k lebih maa…

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    By Han Othman28/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.