Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Inilah Spanar Asas yang Perlu Anda Tahu Sebelum Baiki Motosikal
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah Spanar Asas yang Perlu Anda Tahu Sebelum Baiki Motosikal

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEPADA penunggang yang mahu belajar baik pulih motosikal, anda disarankan kenal dulu jenis spanar asas dan kelebihan setiap satu alatan tersebut.

Ini boleh mengurangkan risiko tersalah beli, selain dapat menjadikan kerja baik pulih lebih efisien. Ini maklumat paling asas untuk penunggang baharu.

JENIS SPANAR

Secara am, ada dua kategori spanar, iaitu kekal dan boleh laras yang terbahagi kepada empat jenis:

  • Spanar cincin (jenis kekal)
  • Spanar terbuka (jenis kekal)
  • Spanar boleh laras (rahang boleh dibesarkan atau dikecilkan)
  • Spanar soket (saiz boleh ditukar ganti)

Anda perlu pilih saiz spanar yang tepat untuk membuka nat dan bolt kerana setiap satu ada saiz standard.

1. SPANAR CINCIN

Spanar cincin ialah pilihan pertama yang disyorkan dalam semua kategori spanar buka nat atau bolt motosikal. Ini kerana spanar cincin dapat diletakkan atas keenam-enam bucu nat atau bolt dengan lebih kemas, juga cara paling selamat melonggarkan atau mengetat nat.

Selain itu, spanar jenis ini dapat mengurangkan kesan haus atau kerosakan pada bucu nat atau bolt.

2. SPANAR TERBUKA

Rahang spanar ini akan menyentuh rapat pada dua permukaan nat, sama ada semasa mengetatkan atau melonggarkan nat.

Kepala alat ini ada offset kecil dan ia sesuai digunakan pada bahagian dengan ruang akses kemasukan yang terhad, berbanding spanar cincin. Ada juga spanar kekal jenis kombinasi iaitu membabitkan spanar terbuka dan spanar cincin. Spanar ini memberikan kelebihan kepada pengguna.

3. SPANAR SOKET

Peralatan spanar soket sama fungsinya dengan spanar cincin tetapi batang pemegang ratchet memudahkan lagi kerja-kerja melonggar atau mengetat nat.

Bagaimanapun, ia ada kelemahan. Jika nat gagal ditanggalkan dengan spanar soket atau terlampau ketat, anda perlu gunakan spanar cincin atau terbuka. Gambar bawah ialah soket 12mm dengan tiga jenis pemegang  sehala (ratchet) 1/4″ (bawah), 3/8″ (tengah) dan 1/2″ (atas).

Saiz pemegang ratchet juga boleh mempengaruhi kerja-kerja menanggalkan nat, jika terlalu besar dan ruang terhad, ia tidak membantu.

4. SPANAR BOLEH LARAS (MONKEY WRENCH)

Spanar boleh laras kurang disyorkan sebagai alat buka nat kerana mudah menyebabkan bucu nat dan bolt menjadi haus. Jika situasi memaksa, ia boleh digunakan tetapi perlu berhati-hati untuk mengelakkan nat rosak atau haus.


UKURAN IMPERIAL DAN METRIK

Spanar ada dua jenis label saiz pada spanar, iaitu metrik dan imperial. Metrik biasanya untuk motosikal Eropah, Britain dan Jepun. Contohnya: 4mm, 8mm dan 12mm.  Imperial pula untuk motosikal dari Amerika Syarikat. Contoh saiz imperial: 1/4, 9/16, 5/8, 11/16 dan 3/4.

SUMBER: BikeExif | Teng Tools

autotainment DIY Komponen Motosikal roda2 tahukah anda tip motosikal
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    KTM 390 Duke | Jepun
    Roda2

    KTM 390 Duke 2026 untuk Jepun Terima Sistem Brek WP Baharu, Enjin 399cc Berkuasa 45ps

    27/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    By Abang Hirata23/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.