Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Inilah 9 Punca Kenapa Ekzos Motosikal Anda Keluar Asap Putih
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 9 Punca Kenapa Ekzos Motosikal Anda Keluar Asap Putih

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/11/201814 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APA? Motosikal keluar asap putih? Apakah petandanya? Jangan bimbang, itu mungkin petanda enjin motosikal anda sedang menghadapi masalah. Asap putih berlaku kerana ada minyak yang turut terbakar dalam kebuk pembakaran.

Adakah situasi itu normal? Jawapannya, TIDAK. Ini kerana pembakaran hanya memerlukan udara, petrol, dan percikan api. Kalau ada minyak masuk ke dalam kebuk pembakaran, maka gas sisa pembakaran mengandungi banyak emisi.

Kesannya, minyak enjin akan selalu berkurangan hingga perlu sentiasa diperiksa dan ditambah. Boleh jadi juga berlaku kehausan gelang piston yang menjejaskan prestasi enjin. Minyak yang terbakar juga menyebabkan deposit berlebihan pada kebuk pembakaran hingga proses pembakaran enjin terjejas.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan Penapis Udara Enjin dan Penapis Udara Kabin?

Berikut beberapa kemungkinan yang dikenal pasti sebagai punca motosikal mengeluarkan asap putih:

1. PISTON RING HAUS

Punca paling kerap berlaku ialah gelang piston atau piston ring haus. Gelang piston terbahagi kepada dua: gelang minyak dan gelang mampatan. Gelang mampatan berfungsi merapatkan celahan antara piston dan blok silinder supaya tekanan mampatan tidak bocor, manakala gelang minyak mencegah minyak dari ruang engkol (crank) masuk ke kebuk pembakaran.

Tetapi apabila dua gelang itu haus, celahan ring akan membesar. Kesannya, minyak dari tangki minyak dapat masuk ke dalam kebuk pembakaran. Penyelesaiannya, anda perlu tukar gelang piston.

2. DINDING SILINDER HAUS

Masalah kedua ini masih berkaitan dengan punca pertama di atas. Tetapi masalahnya bukan terletak pada gelang piston, sebaliknya dinding silinder. Ketika enjin bekerja, dinding dan gelang piston akan saling bergesel hingga dalam jangka masa tertentu, dua komponen utama itu mengalami kehausan.

Jika kehausan berlaku, minyak enjin dapat memasuki kebuk pembakaran (sama seperti di atas). Simptom seperti enjin hilang kuasa dan sukar dihidupkan ketika sejuk akan berlaku apabila silinder mula haus. Cara mengatasi, anda perlu buat bore up atau rebore, atau dalam bahasa mat motor dipanggil ‘korek blok’ untuk melicinkan semula dinding silinder. Proses ini memerlukan anda menurunkan enjin motosikal.

3. SEAL INJAP BOCOR

Faktor lain minyak masuk ke dalam kebuk pembakaran berpunca dari komponen atas enjin. Injap berfungsi sebagai pintu memasukkan udara untuk proses pembakaran enjin (intake) dan mengatur sisa buangan pembakaran (exhaust).

Setiap injap ada kedap yang mencegah minyak bocor mengalir masuk ke dalam manifold. Atas faktor penggunaan, kedap boleh mengalami degradasi, iaitu jadi mengeras yang membuatkan daya kedapan menurun hingga minyak boleh masuk ke ruangan manifold dan seterusnya enjin.

Cara mengatasi, ganti kedap injap baharu.

4. VALVE BENGKOK

Batang injap atau valve berupa rod besi yang menghubungkan injap dengan aci (cam). Pada posisi normal, batang injap perlu 100 peratus lurus tanpa bengkok. Jika bengkok, batang injap tidak lagi berada pada paksi tengah (tidak centre), manakala lubang injap (yang ada kedap) sudah ditetapkan secara selari dengan lubang ambilan/ekzos.

BACA >>> SOHC atau DOHC? Enjin Mana Satu Lebih Bagus? Kenali Istilah, Fungsi dan Perbandingan

Jika batang injap bengkok, salah satu sisi kedap akan tertekan dan sisi lain pula longgar. Bahagian longgar itu kemudian menjadi laluan minyak masuk ke dalam manifold yang bersambungan dengan kebuk pembakaran. Jika cuma tukar kedap injap dan bukan injap, masalah serupa akan berulang.

Penyelesaian, ganti dua komponen: kedap injap dan injap.

5. PASANG TIDAK BETUL

Kes ini sama seperti di atas, cuma bezanya, tersalah pasang injap. Bagi sistem DOHC, posisi dua injap ambilan tidak boleh tertukar. Kalau tertukar, ada potensi bocor kerana kedudukan injap dan daun injap tidak sepadan. Untuk mengatasi, cuma perlu memasang injap dengan betul.

6. GASKET HEAD ROSAK

Gasket kepala silinder terletak di tengah sambungan blok silinder dan kepala silinder. Fungsinya sebagai pengedap atau seal supaya tekanan mampatan tidak hilang selain merapatkan saluran minyak dari tangki ke kepala silinder. Apa terjadi jika permukaan gasket rosak?

Tekanan mampatan boleh bocor dan minyak boleh mengalir keluar dari salurannya. Jika minyak mengalir keluar enjin, maka asap normal, tetapi banyak minyak akan merembes pada permukaan enjin. Sebaliknya, kalau minyak ke kebuk pembakaran, asap ekzos boleh bertukar jadi putih kebiruan (mengikut kuantiti minyak masuk).

Kalau ini berlaku, anda akan dapati bahagian enjin motosikal akan selalu kotor dan ada rembesan minyak mengalir. Enjin juga berbunyi kasar. Penyelesaian, tukar gasket kepala silinder baharu.

7. MINYAK CAIR

Dengar agak pelik, tetapi minyak yang terlalu cair boleh membuatkan ia memasuki celahan kecil enjin. Secara normal, ada data spesifikasi teknikal dikeluarkan Pertubuhan Jurutera Automotif (SAE) perlu dipatuhi pemilik. Ini penting kerana SAE mempengaruhi kemampuan minyak melalui celahan kecil enjin. Jika enjin daripada material aluminium, celahannya sangat kecil dan tiada masalah menggunakan minyak SAE 0W.

BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Tukar Minyak Enjin Mineral ke Sintetik, atau Sebaliknya?

Tetapi bagi enjin motosikal lama atau yang direka untuk negara tropika, minyak yang sesuai digunakan ialah SAE 20W ke atas. Kalau anda guna minyak gred SAE 0W, minyak boleh memasuki kebuk pembakaran melalui celahan gelang piston walaupun gelang atau silinder tidak haus.

Tetapi, minyak multigred SAE 0W-20 masih boleh digunakan kerana indeks kelikatan boleh meningkat mengikut suhu atau iklim. Jika motosikal tiba-tiba mengeluarkan asap putih selepas menukar minyak, penyelesaiannya ialah ganti minyak baharu mengikut rekomendasi pengeluar.

8. EFEK EKZOS

Penyebab motosikal mengeluarkan asap putih juga boleh berpunca daripada ekzos. Beberapa jenis ekzos memang memiliki sistem yang berfungsi menyuntik minyak ke dalam komponen itu, terutama ekzos lumba. Ini berlaku supaya jentera dapat bertahan pada suhu tinggi. Hasilnya, minyak yang disuntik akan terbakar kerana suhu gas ekzos cukup tinggi. hingga mengeluarkan asap putih.

Keadaan ini tidak berbahaya kepada enjin jika kandungan minyak enjin mencukupi. Namun, anda perlu buka ekzos motosikal dan cuba hidupkan enjin. Apabila tiada asap putih keluar dari dalam enjin, maka tiada apa perlu dirisaukan.

9. MOTOSIKAL 2-LEJANG


Jika semua masalah di atas tidak dijumpai, walhal motosikal masih mengeluarkan asap putih, itu mungkin kerana motosikal anda jenis 2-lejang (2-stroke). Tiada apa yang pelik kerana itu sebenarnya proses mekanisme pelinciran untuk enjin 2-lejang. Ini kerana motosikal 2-lejang memerlukan minyak sampingan, disebut minyak 2T, untuk melincirkan enjin. Minyak inilah yang menyebabkan asap putih.

Penyelesaiannya, relaks!

SUMBER: AutoExpose

Asap Putih autotainment Motor Keluar Asap Putih motosikal roda2 tahukah anda
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    16/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    05/03/2026

    14 Comments

    1. Raihan on 16/04/2019 21:53

      Saya dah adjust carburetor ikut standard,..tapi bila lepas bawak timing tinggi sikit…dia jadi mcm bobokk..pastu timing terus drop…and ekzos keluar asap putih tapi halus je

      Reply
      • velentino ronaldo 47 on 07/08/2019 02:53

        Carburetor problem tu..kalau servis carburator pun sama juga maknanya carb tu rosak. tukar baru trus OK.kalau carb dah tukar baru tapi tk takde timing maknanya valve bocor la.pasal ASAP putih kluar tu punca valve seal dah arwah so tukar baru,ring piston boleh jadi. serta masalah blok., maybe piston dh calar tu atau pun bak kata laman web ni ring piston punca sama permukaan Blok haus..so rebour la Blok tu atau beli baru je..mudah bukan.ANDA RASA SAYA ADA MASA UNTUK SAKIT KEPALA,JAWAPANNYA TIDAK SAMA SEKALI SAYA AKAN PENING MELAINKAN TAKDIR YG TUHAN BERIKAN PADA SAYA SO SABAR LA…SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN..KALAU KITA SAKIT ADA KELEBIHANNYA..SAKIT ITU PENGHAPUS DOSA..SALAM CERAMAH DARI POMEN SETTING SAMPAI TERBANG SINGGAH KE PLANET MARIKH

        Reply
      • Dwan on 28/10/2019 06:42

        Sebab apa kalau moto tak hidup tarik choke hidup? Lepas tu kluar asap putih?

        Reply
    2. Adin on 30/09/2019 19:59

      Block bauciu dh tukaq baru tapi asap tetap kluaq jgk..kenapa?

      Reply
    3. EKHSAN on 03/10/2019 12:51

      kalau ekzos ex5 bocor, agak agak berapa kos utk tukar?

      Reply
    4. Muhammad suhaimi on 10/03/2020 20:36

      Ekzos motor kluar asap hitam apa punca dia

      Reply
    5. Joe on 05/04/2020 17:11

      Block semua standard , tapi keluar asap putih dan ada bunyi cam besi berlaga kat depan head , kenapa eh?

      Reply
    6. Faiz on 10/04/2020 02:41

      Sy tgh laju tetiba keluar asap putih..terus mati,,kenapa ek??sedang kan bru tukar minyak hitam..spec 62
      Apa perlu sy bt??

      Reply
    7. Mohd izdman on 31/05/2020 21:40

      Saya pakai srl115 fi. Ulang alik kerja total 130km. But saya pkai minyak hitam 10w 40. Saya sedar lately ni minyak hitam tgok mcm makin kurang. Saya tukar sebulan 2 kli. Kkdang 1000 dah tukar. Kekadang 1500 dah tukar tpi recommend tukar 3000 tapi saya tgok sakit bila minyak hitam tu makin kurang. Kena selalu topup. Tapi berasap putih tak. Tapi bau something pelik smpai rumah and snpai office. Kenapa ye. Tolong sy sgt saya buntu dah ni

      Reply
    8. Jang on 18/07/2020 03:26

      Saya ada masalah pd sebijik motor sy ni sebenar sy dah buat ovahall tukar smua barang dan tukar blok baru bahagian head sy dah grandvavle dan dah tukar smua ape yg patut siap masuk cam std yg baru tp apa bila start motor sy jd mcm api tersangkut2 bobok bila pulas semput2 susah nak jalan sedangkan kaberetor pun sy dah tukar baru motor sy ni kriss 100 agak2 ada yg blh bantu utk menyelesaikan masalah tersebut

      Reply
    9. Amal on 27/07/2020 11:40

      Kenapa motor sport yamaha 100 saya bila koyak minyak jadi macam berat pas tu kadang2 jadi ok pulak

      Reply
    10. Mat on 22/09/2020 12:24

      Kalau petrol keluar ikut lubang ekzos Tu cmne ye boss

      Reply
    11. Khairul Ikhwan on 03/02/2021 00:02

      Saya baru top set motor! Masa pasang block piston agak fit.. adakah tu punca asap putih keluar??

      Reply
    12. MelErn on 15/02/2021 18:54

      Mengapa motosikal saya lepas tukar carburetor masa idle keluar asap putih tapi masa pulas throttle tiada asap yg keluar? Apakah sbab jadi mcm itu?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.